Salam petang Jumaat semua!! Penah tengok tak pek serbuk tom yam kaler ungu kat atas tu?? weeeee..ni lah serbuk tom yam putih..sesuai digunakan bagi yang rasa tak mau makan tom yam yg pedas..yg ini rasanya masam2 mcm tom yam, kaler putih dan tak pedas, even anak i umur setahun lebey tu pon bley makan ayam dr tom yam putih nih..
Masa berjalan2 ke mydin beli barang, ternampak la paket ini, i rembat 2 dan salah satunya dah siap digunakan masak tom yam...
ni hasil masakan tom yam putih i..
Jom masak!
Bahan2:
1. 1 paket serbuk tom yam putih
2. ayam 4 ketul (potong kecik)
3. 3 ekor sotong besar (potong)
4. udang (ikut suka nak buh bape ekor)
5. daging (hiris nipis)
6. serai (dititik..maksudnya tumbuk skit bg serai pecah2)
7. sebiji tomato
8. 1 paket enorki mushroom
9. sedikit kubis
10. sedikit kailan
11. bunga kubis dipotong..
12. lobak merah
13. daun limau purut
14. 1 sudu jus limau nipis
15. garam
**sayur nak buh sayur ape pon xpe..kalo suke makan sayur meriahkan dgn mcm2 lagi..baby corn, cendawan tiram, brokoli..
Cara2:
1. masukkan air ke dlm periuk, masukkan serai, daging dan ayam
2.rebus ayam dan daging hingga mendidih, (konsider dah masak) masukkan 1 paket serbuk tom yam, kacau..
3. masukkan lobak merah, batang sayur kailan ( ni masukkan dulu bagi empuk)
4. bl tengok dh mula mendidih lagi, terus masukkan sotong, udang, kacau2 biar separuh masak
5. masukkan kubis, kailan dan bunga kubis, daun limau purut dan biar mendidih (* i masukkan daun limau purut lambat sikit sbb kalau awal2 i x suka ada rasa kelat sikit)
6. akhir sekali masukkan enorki mushroom dan tomato, kacau
7. masukkan perasa terakhir..garam dan sedikit jus limau..kacau dan hidangkan..
dah siap...boleh dihidangkan bersama nasi, mee, bihun atau kuew teow..
selamat berbuka puasa semua!
Yummy!!! |
0 comments:
Post a Comment