Pages

Wednesday 29 May 2013

1st time guna TEXTGRAM..

i adalah peminat setia INSTAGRAM..dan suke menggunakan filter2 dlm instagram..bila tgk org lain leh tulis text dan upload kat instagram..rs nak cari pe aplication tu..last2 dah jumpa 2 hari lepas..guna TEXTGRAM rupanya..best2..

tgk la hasil pertama i dlm textgram nih..


leh tulis, tkr font, leh masukkan simbol2..leh tukar latarbelakang..dan leh buat effect lg tu..tu yg lampu 3 suluh2 tu effect aje..template asal gambar greenboard tu jer..heee..suka suka suka guna textgram ni..

so u olls yg de android tu g kat google play search TEXTGRAM..dan mula lah berkarya!
Tuesday 28 May 2013

7 Jejak Jutawan bersama Irfan Khairi

ceritera adventure bersambung lagi..sebagai part yang ke2..ini part di pagi hari incik hubby dan i bertolak dr seremban ke KL..

bersemangat sungguh nak mendengar perkongsian dr IRFAN KHAIRI..dalam sesi Jejak Jutawan bersama Irfan Khairi anjuran Great eastern..



tenkiu so much pada sahabat i Hasbah Juwaini yang menaja tiket kami berdua pada pagi itu..Hasbah ni ialah salah seorang dr kawan i yg berjaya bila join GE..kalau korang nak baca segala ape advice kewangan yg my friend ni leh bagi..klik sini untuk baca blog Hasbah.. (hehe i promo u jap eh sebah..) 

okeh..berbalik cite tadi..sampai di GE area 9.20pg..naik ke tingkat 6 dan i berjumpa kawan lama yg sgt lama x jumpa..Awien..(kawan i ni keje kat GE underwriter..) Awien la agent tiket kami nak tgk Irfan Khairi..hehe..thanks awien! selepas pendaftaran, kami dh mula cari tempat duduk..dengan penuh semangatnya kami duduk di barisan kedua..lebih dekat lebih baik untuk menuntut ilmu kan..hehe..pada mulanya nak tangkap gambar dgn Irfan..dh mmg dekat je tempat km tu kan..tgk ade la beberapa org dtg dpn tgkap gambar..hasbah pon de ajak p..bila nak bgn, dh ade org xbg tangkap gambar lg sbb majlis dh nak start..so ni je la gambar yg ader..(amik dr fb hasbah..)



rasanya x perlu diperkenalkan siapakah irfan kahiri..tapi bagi yang nak baca latar belakang irfan khairi leh klik biodata irfan khairi..

okeh mari terus membaca apa yang dikongsikan Irfan Khairi tentang jejak jutawan..

1. MULAKAN PERNIAGAAN

-menurut cerita Irfan, mentor beliau ialah Dato Fadhilah Kamsah..nasihat Dato kepada irfan ialah selepas habis belajar, mulakan bisness, jgn cari keje lagi..bila irfan tanya pada dato, kalau bisness yang dijalankan gagal? dato nasihat, cuba lagi bisnes ke dua, kalau gagal lagi cuba lagi bisnes ke tiga sehingga lah percubaan yang ke9 kalau gagal lagi, maka boleh lah mula cari keje..

-irfan menasihati agar sebagai usahawan, pastikan perniagaan itu mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran..dengan adanya demand dari org ramai, barulah perniagaan itu akan berjaya..



-dan untuk memulakan perniagaan..dont be too perfectionist..

2. MULAKAN AWAL

-salah satu cara yang akan membuatkan kita memulakannya ialah dengan menulis matlamat. 



-3 perkara penting yang harus ditulis ialah: 1.apa yang ingin dicapai 2.bila kita nak capai 3.apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut..menurut irfan 3 perkara itu perlu diTULIS..supaya datangnya MAGIC..heee magic cemane tu eh? Magicnya ialah bila kita tulis, kita akan ada aim, dan kita akan mula sedar dengan peluang yang ada di sekeliling kita..

-selalunya untuk berjaya mengambil masa 7 tahun..dlm pada masa itu, jika kite menemui kegagalan kita masih ada banyak masa untuk perbaikinya..



3.APA YANG ANDA INGINKAN?

-selepas dah ada matlamat..kita kena membuat senarai 100 kebaikan jika kita berjaya mencapai matlamat..lets say if matlamat ialah menjadi 1 million man/women in 7 years..apa yg kita leh dapat..rumah besar, selesa, anak2 mendapat pendidikan terbaik, mak ayah dapat dihantar ke haji dan umrah, boleh melancong 1 family..boleh jadi leader..boleh membuat keputusan sendiri (xde la asyik kene ikut arahan walau hati sangat terpaksa..), ada masa fleksible utk kerja, keluarga dan diri sendiri...hmmm..ape lagi eh?? banyak lagi kan...so senaraikan segala2nya sbg kebaikan bila matlamat tercapai..lagi banyak lagi bagus..lagi SEMANGAT!!


-bila ada kebaikan, mesti ada keburukan..so another list ini ialah untuk dituliskan..ulang sekali lagi semua ini perlu ditulis yer..bak kata "robert T.Kiyosaki" dlm buku nya..perancangan bukan lah perancangan jika tidak ditulis dan dapat dibaca oleh org lain..ha..macam tu lah jugak kes kita nih..kene tulis semua..yg diimpikan akan terus jadi mimpi bila tak bertulis..so yg buruk ni pon kene tulis..apa yang akan berlaku kalau tak berjaya dapat 1 million nih??? haaa..bayang2kan..mybe rumah sederhana, holiday setahun sekali dlm msia..tak dapat hantar mak ayah pegi haji dan umrah..n of coz diri sendiri pon x dapat nak g mekah..hmmmm..mmg x best bila difikirkan keburukan..haishh..

-ada satu cara untuk kita membayangkan baik dan buruk ini..>> MIND STORMING..



-salah satu cara yang diguna oleh pemain bolasepak terkenal..Ronaldinho..yg mengamalkan teknik mind storming selama 90 minit!

-caranya sgt mudah..tutup mata dan bayangkan..langkah2 kejayaan, kesan kejayaan, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya..dan kesan kegagalan dlm tempoh ms yang sama..bayangkan..bayangkan.. (i dah cuba ms sesi talk irfan nih..hmmm..kalo tak buat pape bermula sekarang nampaknya ms depan yg i nampak ialah sama je dr sekarang smpai 10thn..dan mungkin akan berdepan dengan kebosanan..haishhh..) 

-formula mind storming ini ialah 1. bayangkan keadaan yg tepat dan jelas 2. buat selalu 3. lakukan dlm tempoh masa 90 minit.

4. TINGKATKAN KEYAKINAN!
-acaner kite ni nak meningkatkan keyakinan eh? selalunya lepas dgr pape talk motivasi..balik rumah rasa sgt2 termotivasi fuhh..fuhh..esoknya masih rasa..lusa dh mula suam..bulan2..lenyapp...

-irfan pon bnyk mencari cara macam mana nak kekalkan momentum keyakinan dan semangat nih..akhirnya irfan kata ditemui 1 cara..menurut hadis, jika belajar ilmu yang baru, amalkan setiap hari selama 21 hari, jgn skip sehari pon tau..insyaallah jika diamalkan dgn brdisiplin selama 21 hari, ianya akan jadi kebiasaan bagi kita..jadi habit..so kita akan still continue terus sebagai rutin...



5. TAMBAHKAN ILMU BARU..
- yang ni mmg i sgt2 setuju..sbbnya utk nak jadi hebat dlm sesuatu kuncinya ialah ILMU..cemana nak cari ilmu? baca buku, dgr talk, nasihat dr yg dh berjaya..kena selalu tambah ilmu..

-bak kata irfan dlm buku "the zulu's principle"..
jika kita membaca 5buah buku, kita kan jadi terhebat di antara 5org kwn..
jika 20 buku, terhebat di pekan tersebut..
jika 50 buku, terhebat di negeri tersebut..
dan jika 100 buku, terhebat di negara tersebut..


-seyes buku masih lagi releven untuk kita menuntut ilmu..biarpun zaman dh canggih..i masih lagi suka baca printed books..untuk menambah pengetahuan..

-dan..masa ni ade jugak yg irfan tambah..jika kita ada satu matlamat yg besar, kecilkan matlamat tersebut..acaner tu eh?? dh besar kecik pulak kan?? hee..senang je..cthnya kita target for 1 million in 7 years..kita pecahkan..each year nak bape? then, dlm one year, bape pulak each month, then dr each month, brape pulak utk each week? so kita takkan rasa terbeban dengan angka yang besar! dan yg penting, kita rasa mudah nak capai, dn bila brjaya capai yg kecil kita akan terus MOTIVATED!!

6. LAKUKAN PERANCANGAN
- hmmm..yg ini kene buat cemane perancangan utk dptkan prospek..dan bagaimana nak membina contack prospek, update dan remind prospek..

-cthnya kalaula kita beli cermin mata..da tak lepas 3-5 tahun kedai tu msg kita remind kata dh boleh buat yg baru dgn diskaun istimewa??

-ada tak kedai yg kita pernah pegi bagi kita kad birthday? sms birthday wishes kat kita?

-kita perlu bina satu hubungan dgn prospek supaya kita akan jadi org yg diingati dan yg pertama dicari bila nak satu produk ygkita ada tu..


-Built BRANDING..ha..macam beli beg ada brand, beli kasut ada brand, walau nampak sama kdg2 tapi branding lain..dan brand buat harga pon jadi lain kan?? kalau kedai kita built overall experience dgn customer kita..cthnya..bl tgk kaler pink..dh teringat kedai kita yg jual candies kan?? macam g McD..bila huruf M tu jer dh ingat kat mcD..hehe..so kene built jenama sendiri melalui design, warna..

7. MULAKAN SEKARANG!
-mana2 buku yg bagi tips untuk bisnes atau investment atau apa saja akan cadangkan mulakan sekarang..bukan ape..lbh cepat bermula..lebih bnyk pengalaman..sekali lagi i petik kata2 dari buku Robert T.Kiyosaki.."perniagaan bukan seperti sekolah dimana membuat salah itu adalah tidak dibenarkan disekolah..lebih sedikit kesalahan lebih baik..tapi dalam bisnes..lebih bnyk kali salah lebih baik kerana lebih banyak pelajaran yg kita dapat..'



**TIPS BONUS!
 Cari MENTOR..cari org yang dah BERJAYA..pelajari cara2 die boleh berjaya..dlm erti kata lain..bila dapat seseorg yg dah berjaya..jadikan mentor..COPY apa yg telah dilakukan..insyaallah akan berjaya..



so..itu perkongsian yg i dapat ketika mendengar ilmu yg disampaikan oleh IRFAN KHAIRI.. nasihat irfan lagi..buat lah sesuatu yang kita suka..tapi pastikan ada demand dr org ramai..jadilah usahawan yg bijak mengintai peluang!
Monday 27 May 2013

Popcorn SEDAP : GARRET Popcorn..

semalam adelah hari yg sangat adventure bg i dan incik hubby..pagi2 kami ke KL sbb nak dengar talk IRFAN KHAIRI kat GE Jln Ampang..then rs kesian pulak kat hariz yang ditinggalkan dirumah..jadinya i dan incik hubby decide balik rumah dan bawak hariz jalan2..kerana peristiwa nak balik kg naik train, makanya i cadangkan kt incik hubby cuba bawak hariz naik komuter dr stesen batang benar ke KL Central..then dr KL Central ke KLCC untuk sesaje jalan2..(nape dr seremban naik kat batang benar?? alkisahnya sbb malas lama sangat naik komuter..hehehe..)..

so part 1 journey kami semalam ialah nak cite tentang POPCORN yang SEDAP! (cite adventure i ni akan jadi caca marba..sbb nak cite mane yg i excited dulu..and of cos la kan i excited tulis pasal MAKANAN dulu..heee..i kan suke makan..)

bila uolss pegi KLCC,penah x jalan2 sampai ke sini??


haaa..ni la kedai yang menjual popcorn yg sangat mabeles tu..i 1st time rase popcorn yg sgt2 sedap ni tau..kedai ni namanya "GARRET POPCORN SHOPS"..

ni kat depan kedai (sorry gambar i snap x jelas..)


so..ape bezanya popcorn kat sini dgn yang kite biasa makan tu??
kat sini ada beberapa jenis popcorn yg disaluti caramel atau yang disaluti cheese (seyes yg ni rasa mcm keropok cheese yg sgt sedap!) dan ada jugak yg digabungkan popcorn dgn almond bercaramel, popcorn dgn macadamia bercaramel dan popcorn dgn cashew bercaramel (maafkan ejaan caca
marba i yer tuan2 puan2..) 

ni rupa popcorn2 yg dijual yg i amik dari website garret popcorn shops..

CaramelCrisp®

CheeseCorn™

Almond CaramelCrisp®

Cashew CaramelCrisp®

Macadamia CaramelCrisp®

i dh rasa caramel crisp & cheese corn..ni yg i beli semalam..

pandangan dr atas caramel popcorn yummeh nie..

Ini packaging die..cantek..i suke..
eh..lupa pulak nak bgtau perkara penting selain kesedapan popcorn nih..yg i beli small size untuk caramel crisp ni RM 17..tapi mmg bnyk dan berbaloi makan..

tgk hariz pon sangat suke..siap sebut "popcorn" bila die nak makan lagi..

tengok budak suke popcorn tue..sedapnye!!
di sini i sertakan link utk shop locator..sila klik kat sini..

errr dgn baik hatinya i postkan map kt mn nak beli popcorn yg mmg yummy nie..


alamat nya:
Suria KLCC
Lot C151, Concourse Floor, Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
Kuala Lumpur 50088

dan..

Lot G139B, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama,
Petaling Jaya, Selangor 47800



Jangan lupa cari dan cuba rasa popcorn nih! :)


Saturday 25 May 2013

Rancangan TV Disney Junior Kegemaran Hariz

heee..tetiba nak citekan rancangan TV yang my lil son suke tengok..kalau tengok boleh duduk diam depan TV..jom tengok ape cite kegemaran hariz!


haaaa..ni la cite yg hariz suke tengok..penah tengok x watak2 kat atas ni?? ni la cite TIMMY TIME..


 i dulu pon xtau ni cite ape..bila dah jadi favourite hariz i pon join jgk die tgk cite ni sambil i tolong cite kat die ape yg watak2 dalam cite ni buat..cite timmy time ni hariz akan tengok dr mula sampai habis...

satu lagi cite ni hariz suke tengok lagu permulaan dan penamat jer..


cite ni anak ayam..CHIRO..setiap kali lagu hariz mesti nyanyi cip cip lalalalalalalala..
ni la video klip lagu kegemaran hariz..


satu lagi cite ni i suke tengok..sangat kreatif..dari huruf boleh jadi objek yg dieja dgn huruf2 tu..(eh2..cm lari topik je pulak..tadi i kate kegemaran hariz kan..tetiba yg i suke tengok pulak..heeeee..layan kan je la eh..)
i minat tengok WORD WORLD..

ce tengok rumah tu dr huruf ejaan "HOUSE"

watak2 utama ni pon sama ce tengok betul2..dr ejaan perkataan
"SHEEP", "BEAR", "DUCK", "DOG", "ANT"



bila hariz dh masuk setahun setengah..i pon dh mula join hariz tengok cite2 kartun nie..tapi cite2 ni i rase bagus utk kanak2..tak de keganasan..word world lagi bagus..ajar mengeja..timmy dgn chiro watak yang nakal..tapi pasti ada pengajaran bila diorg ni buat nakal..hehe..i skrg pon dh jadi peminat channel disney junior! hehehe..

Dinner @ Nasi Arab Damsyik Seremban part2

kali ni ceritanya masih sama pasal nasi arab damsyik..fuhh kat seremban ni ramai peminat nasi arab ni..termasuk lah incik hubby saye tuuu...jadinya kami pon berdinner la kat restoran nasi arab yang terkemuka kat seremban ni..

Entrance restoran yg i slalu x sempat nak snap gambar..
selain makan kat ats meja di luar, leh jugak makan bersila kt dlm ni

layan..gambar set ns arab thalasa

nasi arab + ayam separuh + daging kambing..
disediakan jugak yogurt + sos  masam tomato yg diblend

dah nak balik..sempat tangkap gambar pokok nih..hehe..
so kepada sesiapa yang nak pegi makan kat situ..leh check entry i sebelum ni..ade map utk pegi kat kedai nasi arab damsyik nih..ade cite sikit pasal air teh pudina dan ada harga makanan..


selamat makan2! 
\(^_^)/

hey, its SATURDAY peepss!!

yuhuuuu..its saturday!..hari yang boleh melepak2 sikit..heeee..actually semalam pon dh mula cuti sbb wesak day..so bgn hr ni rase lebih happy sbb hr ni baru sabtu..sbb happy i nak share gambar2 happy on saturday.
yess peepss..its saturday! enjoy ur day!






Selamat menikmati hari sabtu uollss..selamat makan kenduri..selamat berjalan2..selamat bershopping..selamat bersantai!


Thursday 9 May 2013

My80G: Good Luck in Your Final Exam!

Minggu menjaga exam bagi i bermakna minggu menjawab soalan2 exam bagi student..ucapan ini khas buat kumpulan student yang diamanahkan di bawah jagaan i..semoga semuanya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang!

Sebelum berusaha jangan bertawakal..usaha dahulu, lakukan yang terbaik, barulah tawakkal..doa sy sebagai pendidik agar setiap seorang pelajar sy akan berjaya sentiasa mengiringi uollss..

(gambar baby2 comel ini khas utk semua sbb setiap dr uolls ada identiti yg comel cam gini!..hehehe..)


Selamat berjaya ahli2 MY 80 Generation! Sayang Uollsss!!!

Kata-kata Motivasi Pagi!!

One Small POSITIVE Thought In The Morning Can Change Your Whole Day!!
(sebut dalam hati kuat2 sambil tarik nafas dan hembus nafas dengan tenang..sebab kesibukan minggu exam akan bermula dalam diari kehidupan seorang pendidik!)




owh..musim untuk menjaga exam sudah bermula..musim marking paper exam pon dah bermula..jadi pagi2 ni terpaksa la cari motivasi pagi untuk diri sendiri..owhhh..jom layan gambar2 motivasi di pagi hari joms!!!









errr nape lak 2 yang last ni cakap pasal change eh?? owhhh i masih demam #CHANGE lagi nih..heeee..masih mengikuti pelajaran incik Robert T.Kiyosaki..kasik Motivation level diri upssss banyak2!!!
(berangan2 sambil senyum2 sorang..) heee ape daaa...


okehhh..dah baca sume kata2 motivasi di pagi hari? 

jomsss make things happen! 




Wednesday 8 May 2013

RICH DAD reminds me of "for the things to change, i must change first"


PRU 13 dah pon tamat..pihak yang menang dh pun membentuk kerajaan..i cuma nak share sedikit pengajaran yang i dapat secara peribadinya dari PRU13..ramai yang menggunakan tag line #UBAH #INIKALILAH..dan ramai jugak yang kecewa apabila tagline yg popular sempena PRU 13 itu tidak menjadi kenyataan..sebenarnya sesuatu yang i nampak ialah dalam keadaan kita inginkan perubahan, tetapi majoriti masih tidak mahu berubah..jangan lah kita menzahirkan kekecewaan itu dgn perbuatan dan kata2 yang membangkitkan rasa tidakpuas hati..cukuplah menunding jari kepada org lain, mengatakan bahawa diri kita betul, tetapi kita tidak berjaya sebab orang lain..ingatlah, satu jari menunding pada orang lain,4 jari lagi menunding pada diri kita sendiri..

cerita PRU 13 dan tagline #UBAH amat bermakna dalam diri i yang sudah 2x berjaya menjadi pengundi..sebelum ini i seorang yang suka memikirkan soalan "KENAPA": kenapa keaadaan jadi begini? kenapa keadaan tidak adil? kenapa cadangan kami ditolak mentah2? kenapa hasil kerja kami tidak diiktiraf, dipandang sepi? kenapa selaku pekerja muda kami rasa dipinggirkan? kenapa keadaan tidak boleh di"UBAH"? kenapa susah melakukan perubahan? alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dalam organisasi, dalam cara berfikir, bekerja dan alangkah baiknya perubahan berlaku dan menyenangkan ramai pihak?? begitu banyak kenapa terhadap persekitaran..sehinggalah sudah 5 tahun, i masih dalam keadaan yg sama walaupun setiap hari berharap keadaan akan berubah..

begitu lama mencari jawapan memandang sedalam2 diri..akhirnya disebabkan kempen #UBAH, i dapat satu jawapan iaitu, "FOR THE THINGS TO CHANGE, I MUST CHANGE FIRST"..betul mengubah keadaan itu sukar, kerana yang mewujudkan keadaan ini ialah segolongan manusia yg hidup bersama di satu tempat itu...mudah kah kita mengubah manusia? mudahkah mengubah prinsip yang dipegang setiap orang? tak mungkin kita dapat mengawal manusia seperti mana kita mengawal kereta kawalan jauh..kerana alat kawalan itu berada jauh di dalam hati setiap insan..

kerana jauhnya alat kawalan itu sehingga tidak tercapai secara fizikal, apa kata kita kawal diri sendiri terlebih dahulu..dalam sibuk org berkempen, dalam sibuk org mengundi i dan incik hubby jugak sibuk membaca buku bertajuk "RICH DAD, POOR DAD"..(thanks to kawan seopis, hasbah, yang juga sebilik yang menunjukkan buku ni pada i menyebabkan i pon rasa terpanggil untuk membelinya..dan berjaya mempengaruhi incik hubby utk baca..opsss..iklan jap..hehe)

Inilah Buku yang memberi tema #UBAH pada diri i..

tak mengapalah jika keadaan sekeliling i sekarang tidak dapat diubah, mulai saat membaca buku itu, i berazam untuk mengubah diri i..biarlah i berubah supaya menjadi seorang yang boleh mengawal keadaan sekeliling daripada menjadi seorang yang dikawal oleh keadaan sekeliling..banyak yang Robert T. Kiyosaki katakan dalam penulisannya itu benar..dan membuka minda i tentang banyak perkara dalam hidup dan terutamanya dalam pengurusan kewangan..banyak kali bila membaca i bertanya pada diri, sampai bilakah i nak bekerja untuk wang? bangun pagi dari jam 8-5 di pejabat? sampai pencenkah? sampai bila jugak i harus jadi orang yang perlu mengikut peraturan, arahan dan ketetapan sebagai pekerja? jom tengok quadrant E dan quadrant B nih:



bila difikirkan kembali betul..i ni tergolong dlm quadrant E: jd pekerja makan gaji jer..dan i jugak x pernah dapat ape itu definisi aset dan liabiliti dgn betul dalam menguruskan wang sendiri..bila baca buku terasa sgt i ialah golongan miskin dan pertengahan yang gagal mengurus wang dengan baik dan akhirnya menyalahkan kerja yang menyebabkan gaji x cukup..pangkat tak naik2..dll rungutan..



itu pelajaran paling penting yang i dapat iaitu memahami aliran wang..dari pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti..(rumah yang kite beli dan duduk skrg pon msk kategori liabiliti tau sbbnye tiap2 bulan kite kene bayar hutang rumah..kan??)...

setelah habis membaca buku RICH DAD POOR DAD, i tertarik pulak nak baca yang ini:RICH DAD's Guide to investing..


i akan baca sampai habis nak tau cemana Robert T.Kiyosaki jadi sophisticated investor rather than advanced investor..sbb menurut rich dad, dont be average investor..dan sophisticated investor ada 3E: education, experience , exact money...

semangat berkobar2 nk membaca nih..nnti i buat next2 episode untuk ceritakn tentang pelajaran2 rich dad dari Robert T. Kiyosaki ni eh...

Jom Baca Dulu..Jom2!!