Pages

Tuesday 19 January 2016

Mana lagi bagus? kad perubatan sendiri atau kad perubatan syarikat?



Semenjak bermenjak2 ni iolls suka tambah ilmu dalam pengurusan kewangan..jadi selalulah jugak iolss share di sini ye.
Harapnye uollss suke..
Jom baca topik hari ini tentang perlindungan takaful dari company dah ada, jadi perlu ke nak ambik untuk diri sendiri? nanti jadi bertindan pulak kan..dah ada dah..kalau ambik lagi macam membazir pulak..
Mana lagi bagus? kad perubatan sendiri atau kad perubatan syarikat?
Meh baca meh!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuknya takaful kenapa pulak Az letak gambar rumah ni ye?

Az salah tajuk ke?

tak..tak..betul tajuk tu..gambar tu pon betul..
sebelum kita share ilmu, Az nak tanya..mana lagi best, rumah sendiri atau rumah sewa?
Mesti ramai yang rasa rumah sendiri lebih baik kan?
Kenapa ye? Biasanya kita rasa begitu sebab bila rumah sendiri risiko untuk hilang rumah sbg tempat tinggal lebih rendah. Rumah sewa ni kadang2 tuan rumah boleh je bagi notis utk kita kosongkan rumah sebab dia nak balik duduk, ada orang lain yang nak duduk dan bayar sewa lagi tinggi, dll.

Maksudnya rumah sewa ini tiada jaminan sebagai perlindungan hujan panas untuk tempoh masa yang LAMA...
kerana itu ramai yang memilih untuk beli rumah sendiri..

Dalam kes takaful, ramai juga yang kata nantilah Az..kami sekeluarga dah ada dah..syarikat tempat saya bekerja dah cover semua manfaat kesihatan macam AZ cerita tu..nanti bila dah nak berenti dari syarikat kami fikirkan untuk ambil takaful ye Az.

Pernah terfikir macam situasi di atas?
Bagusnya bila majikan dah sediakan coverage untuk kita sekeluarga..tapi Az nak tanya..sejauh manakah jaminan untuk kita nikmati perlindungan dari majikan kita? Seandainya majikan kata nak stop benefits on protection atau seandainya company tutup dan move out dan meneruskan operasi di negara lain? Apa boleh kita lakukan?

Protection dari segi kesihatan atau medical card benefits dari company bukan lah selamanya..sekiranya kita berhenti kerja atau berpencen dari syarikat tersebut, secara automatiknya tiada lagi perlindungan untuk kita, Medical card benefits dari syarikat anda ibarat rumah sewa kita, kita boleh guna selagi menyewa, tetapi selepas tidak lagi menyewa, kita perlu berhenti dari menginap di rumah sewa itu.
​Lalu terpaksalah kita mencari rumah lain..begitu juga bila tiada lagi coverage dari syarikat, kita perlu mencari perlindungan yang baru..
Ketika itulah ada juga yang datang pada Az meminta agar diuruskan permohonan polisi takaful mereka. Tetapi pada masa itu bukan mudah untuk Az membantu ye..sebab potensi kelulusan untuk permohonan kad perubatan peribadi anda sudah menjadi TIPIS.
SEBAB:
** sekiranya anda sudah mempunyai rekod sakit ketika menggunakan perlindungan medical card dari majikan, penyakit tersebut secara automatik akan di kecualikan daripada coverage medical card yang baru kerana sejarah penyakit itu dikategorikan sebagai "penyakit sedia ada" sebelum memohon.
** katalah anda bernasib baik, permohonan telah diluluskan..bestnya! tapi baru dapat tahu bahawa nilai premium bayaran bulanan mahal!. Kenapa jadi mahal? sebab apabila usia makin meningkat, risiko penyakit semakin tinggi, jadi nilai bayaran bulanan juga semakin tinggi..(ketika ini ada yang kata Az tipu je, kata bayar premium rendah dpt coverage. diaorg apply kene bayar banyak pulak untuk coverage..hmm bukan Az tipu ye..tp ini dinamakan sebagai "CUKAI KEBODOHAN" -(bak kata Dr Azizan Osman)..kita perlu bayar lebih disebabkan kurang ILMU dan tindakan pada masa lampau..disebabkan tindakan yang lambat, sebab kita rasa tak perlu maka bila tiba masanya kita rasa perlu, kita perlu bayar lebih daripada mereka yang buat keputusan dan tindakan yang lebih CEPAT!)
**Sekiranya semasa masih bekerja anda sudah menghidap penyakit kritikal, maka harapan kelulusan kad perubatan anda makinlah tiada harapan. dah tentulah rejected..

Maka kawan2..memiliki kad perubatan sendiri itu jauh LEBIH BAIK berbanding menggunakan kad perubatan syarikat.
Kerana
Memiliki rumah sendiri itu lebih baik daripada kita menyewa rumah. Selagi ianya adalah rumah kita di mana pon kita berada ianya masih kita yang punya!

Selagi kad perubatan itu milik sendiri, diatas nama kita, gunalah manfaat kesihatan sehingga umur 80 tahun! coverage untuk Kematian, hilang upaya dan sakit kritikal pula gunalah sehingga umur 99 tahun! lamanya kan..keputusan bijak dan CEPAT hari ini memberi peluang untuk anda menikmati kemudahan untuk jangka masa panjang!

Jadinya jom rancang hari ini!
Miliki kad Perubatan anda SENDIRI!

Sediakan Payung GET sebelum ujian kesihatan datang.


terima kasih.
Great Az Advisors
​012 682 5197
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Monday 18 January 2016

Elak dari ditipu. Di mana patut saya laburkan wang?



Assalammualaikum. Iolls tertarik dengan tajuk berita ini. Hmmm sebenarnya kawan2 bukan mudah nak jadi kaya. Dalam sekelip mata letak duit banyak belum tentu jadi kaya. Pelaburan memerlukan perkara utama iaitu ILMU! Kemudian memerlukan kesabaran..iollss kongsi sikit info yang iolls tau ye.

Ini ceritera pelaburan2 yang dijamin tidak menipu..cuma perlu ilmu dan KESABARAN..sebab masa perlu dalam pelaburan..hari ni letak duit 10K esok dah jadi 20K memang tipulah..lagipun setiap perniagaan pun memerlukan masa setahun untk close account dan buat penyata untung rugi..selepas tu baru boleh decide nak bagi berapa dividen kepada semua shareholders. takkan setiap hari nak decide mcm tu kan?

Okeh ini info tentang kat mana tempat untuk anda melabur..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelaburan.

Dalam pelaburan, masa dan dimana kita laburkan wang memainkan peranan penting. Tiada pelaburan yang untungnya sekelip mata.
Tahukah anda?
Ada beberapa jenis pelaburan yang anda boleh sertai dan diluluskan oleh bank negara. (Selamat takkan ada masalah penipuan atau tetiba bungkus)

1. Pelaburan melalui bursa saham (stock market) - boleh buka acc CDS di mana2 investment bank. Boleh laburkan duit ke syarikat2 yang tersenarai di bursa saham malaysia. Risiko tinggi pelabur perlu ada ilmu utk menguruskan pelaburan. Pasaran saham boleh turun dan naik. Boleh untung dan rugi sekelip mata!!

2. Pelaburan melalui amanah saham. ASB ialah satu contoh dana amanah saham. Begitu juga amanah saham yang diuruskan oleh Public Mutual, CWA, Kenanga dll. Risiko sederhana. Terdapat pengurus dana yang dilantik utk menguruskan pelaburan. Antara instrument yang dicadangkan kpd yang inginkan keuntungan dalam jangka masa panjang. Pelabur boleh memilih untuk melabur dalam dana yang risikonya tinggi, sederhana atau rendah. 

3. Takaful.
Ada pelan pelaburan bagi anda di takaful. Pulangan dijamin. Bukan sahaja mendapat keuntungan dalam tempoh masa yang diingini, dapat BONUS tunai setiap dua tahun dan anda dilindungi oleh perlindungan takaful! Pampasan kematian dan sakit kritikal sehingga RM100,000! 

4. Fixed deposit.
Ini biasa ditawarkan oleh bank2. Simpan selama setahun atau dua dan nikmati 3% keuntungan. Risiko rendah. Pulangan biasanya dijamin.
Sebenarnya ada banyak pilihan kan untuk melabur. 

Kunci keuntungan ialah ILMU. 
Pilihan di tangan kita sebagai pelabur.Elakkan pelaburan anda dari melebur..
Jadilah pelabur bijak!/



Myza
012-6825197
------------------------------------------------------------------------------------------------------


Friday 15 January 2016

Tips Memilih Kad Perubatan


Selamat petang Jumaat pembaca semua..
Petang ni iolsss nak share tips celik kewangan yang iolss dpt drp website great Az Advisors nih..
Kali ni topiknya tentang Medical Card.

Jom baca!


Medical Card: Apa yang anda perlu tahu?




Biasanya bila Az bertanya tentang medical card, ramai yang jawab cepat dan ringkas ; "ADA". Tapi bila Az tanya lagi, apa benefits atau kelebihan medical card itu? Ada yang laju menjawab tentang coverage, elaun hospital, boleh pilih hospital, ada juga yang terkedu memikirkan dan baru mula menjawab dan ada pula yang sengih aje..macam2 respons ade..



Jadi pada petang yang diiringi hujan rahmat ini, marilah kita berkongsi ilmu, tentang apa yang perlu anda tahu, apa yang patut anda sebagai pemegang "Kad Debit Perubatan" perlu fahami tentang medical card anda..



Apa kata anda terus membaca supaya Az dapat terangkan apa yang istimewanya kad perubatan GET(GREAT EASTERN TAKAFUL). Semoga penerangan ini akan menjadi penjelasan kepada semua dlm bahasa mudah difahami..hakikatnya kita semua punyai latar belakang pengetahuan yang berbeza..manusia tak mungkin tahu semua perkara..jom kita mula!



1. Bilik dan penginapan hospital (hospital room & board)
Kebiasaannya medical card anda boleh menentukan bilik mana nak didiami masa sakit nanti. Ada yang dapat bilik single (siap boleh menghadap KLCC tuuuuu..heee gambar hiasan) ada yang bilik double dan ada yang bilik 4 katil sebilik. Setiap harga bilik yang layak ini bergantung kepada berapa simpanan kita sebulan. Ada yang seronok bila bagi tahu bayaran simpanan bulanan dia paling rendah berbanding kad perubatan yang lain, kira hebat, dah takde yang rendah dah..hebat dia..tapi bila masuk hospital dia bising kenapa da medical card, tapi kena duduk bilik yang 4 katil sebilik?? Di sini lah Az nak anda faham, bayaran bulanan paling rendah bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan, malah kalau bayaran bulanan paling tinggi pon bukan untuk dibanggakan. Bayaran setiap bulan itu hendaklah mengikut keperluan atau apa yang kita mahu. Kalau seandainya kita nak bilik yang besar, sorang2 je masa masuk wad, bayaran kita perlu lah lebih daripada rakan2 kita yang fikir hanya ingin keselesaan hospital swasta dan tak kisah dengan 4 katil sebilik. Kerana itu, bayaran bulanan biasanya ada yang RM150, RM200, RM250..seandainya nak yang cantik dan istimewa, bayaran bulanan haruslah istimewa..maksimum masuk hospital setahun ialah 180 hari = 6 bulan.





2. Unit rawatan rapi
Unit rawatan rapi ialah sebuah jabatan khusus dalam hospital yang menawarkan perubatan rawatan rapi.
Dengan adanya kad perubatan, maksimum boleh digunakan di ICU ialah selama 6 bulan =180 hari dalam masa setahun. Semua bil ditanggung beres! Walau berapa pun bayaran bulanan kita, GET akan bayar semua caj yang di bilkan. Tiada perbezaan untuk ICU, sebab ini ialah unit kritikal, maka, setiap pemegang kad perubatan Great Eastern Takaful akan dilindungi. Jangan risau..


3. Bekalan & khidmat hospital
Bila masuk hospital, nurse dan doktor akan guna barang2 tertentu contohnya picagari, jarum, kapas dll. Khidmat pula adalah bila doktor datang buat pemeriksaan atau jagaan kejururawatan daripada jururawat. Bagi bekelan & khidmat hospital ini:
- kalau kena operation: semua ditanggung
-dewan bedah (OT) :ditanggung
- bayaran pakar bius: ditanggung
-Lawatan Dr masa kat wad: maksimum 2 kali je sehari ditanggung.mmg standard la ye 2x. Pakar tak kan buat lawatan sampai 10x sehari. Pesakit pon tak sempat nak rehat2 kalau kerap sangat Dr tengok kan? Mana2 procedure hospital sama untuk ini, lawatan doktor pagi sekali & ptg sekali.
-semua ujian darah, air kencing, xray, ultra sound, MRI dll semua covered. asalkan utk penyakit yg sedang kita hadapi. bagus lagi:

(bawah ni PART PENTING yg ramai org tidak ambil kisah: baca betul2 tau..)

1- 60 hari(2 bulan) sebelum confirm diagnos penyakit tu boleh claim ye.  kalau igtkan sebelum ni sakit2 ringan je, g check up klinik sana sini.RM50,RM25,RM30..last2 dapat tau (sakit hati), liver disease ke atau lain2.baru Dr suruh masuk wad. jadi kesemua bill yang klinik2 kecilan tadi boleh claim best kan???

2. admitted (erti kata lain kena masuk wad) --yang ni guna guarantee letter daripada GREAT EASTERN TAKAFUL yang kan difax terus ke hospital. Itu sahaja. Bil settle lepas tu.

3. keluar wad..kena pulak pegi follow up. jgn risau semua follow up @ rawatan lanjutan yang diperlukan ditanggung oleh GET jugak dlm tempoh 90 hari(3 bulan) dari date keluar(discharge)

Harapnye CLEAR ye..kalau ragu2 dengan 3 kenyataan di atas ni comment aje kat bawah atau message aje Az ye.

- pemindahan organ: mana tau kes2 serius memerlukan pemindahan organ semua prosedur ditanggung Great Eastern Takaful ye.

-bayaran ambulans. sekiranya kemalangan dan ingin ditempatkan di Hospital yang hampir dengan rumah, pemegang kad perubatan boleh mohon ambulans dari Hospital swasta berhampiran rumah untuk datang ambil. Semua bayaran perkhidmatan ambulans akan ditanggung. Atau sekiranya mengalami kecemasan di rumah, boleh terus telefon hospital dan bayaran perkhidmatan ambulans dari hospital tersebut akan ditanggung oleh Great Eastern Takaful.

-pembedahan harian : ini melibatkan operation/ pembedahan yg sehari je. Juga ditanggung bilnya walaupun selepas pembedahan pesakit tak perlu duduk di wad.

4. Rawatan pesakit luar @ nak datang cek, terima rawatan, ambil ubat & terus balik.
- maksudnya tak masuk ward. Utk pengguna kad perubatan, kalau taknak masuk wad tapi nak guna kad hanya dibernarkan utk 3 kes ni shj:
a) kemalangan (plg banyak 30 hari dari tarikh kemalangan)
b) rawatan kpd pengidap kanser
c) rawatan dialisis buah pinggang (cuci buah pinggang)

**perhatian: utk kes sakit2 lain tak kira sakit apa pun, perlu masuk wad sekurang-kurangnya 8 jam berturut-turut tanpa henti..baru boleh guna kad perubatan GET.

5. Elaun tunai harian: best tak,  masuk ward, tak kerja, tapi boleh dapat duit.
Ini ialah elaun hospital.
-kalau masuk hospital kerajaan: dpt RM150 sehari (with Hospital Benefit)
-kalau masuk hospital swasta dpt RM100 sehari (with Hospital benefit)
** Ini dikira BONUS..sebab tujuan kita jadi pemegang kad perubatan untuk dilindungi, boleh mendapat perubatan terbaik pada bila2 masa diperlukan, jadi, bagi Az, elaun harian hospital ini dianggap sebagai BONUS!!

6. had tahunan dan seumur hidup
setiap kad perubatan yang anda pegang ibarat kad debit. Dalamya ada duit, tapi sekiranya selalu digunakan ianya boleh habis juga..limit atau had maksima penggunaan kad ini  bergantung kepada simpanan bulanan kita..contoh bayaran dan limit penggunaan:
-RM100= limit RM 600,000
-RM150 = limit RM900,000
-RM200 = limit RM1,200,000
agak2 ada tak sebanyak itu dalam simpanan kita? Berbaloi sebenarnya anda menjadi pemegang kad perubatan Great Eastern Takaful. Guna sahaja Kad debit dari GET ini, lebih baik daripada kita mengeluarkan semua simpanan lain yang kita ada apabila membayar bil hospital! Ini ialah contoh perancangan kewangan yang BIJAK!

7. Pampasan
Jika pemegang kad meninggal disebabkan kemalangan, akan ada pampasan extra RM xx,xxx (berhantung kpd simpanan bulanan jugak) selain drp jumlah perlindungan asas RM50,000, RM100,000 dan banyak lagi..

8. Tiada Ko-Takaful
Ini anda boleh pilih. Ada yang kata masuk ward pakai medical card tapi kena bayar jugak. Iya yang itu di panggil Ko-Takaful. Dengan Great Eastern Takaful limit ko takaful yang perlu dibayar oleh anda hanya maksima RM500 sahaja atau 10% daripada jumlah bil anda. Tapi sekiranya tak nak bayar apa2, Az nasihatkan untuk ambil kad perubatan tanpa ko-takaful. Bermakna bila masuk sahaja ward tak perlu bayar apa2, 100% ditanggung oleh Great Eastern Takaful. Jadinya pilihan ditangan anda.

Sampai sini sahaja perkongsian petang kita..hujan pon dah berhenti kat luar tu. Az nasihatkan kepada yang belum ada kad perubatan, berminat nak tahu lagi, jangan tunggu lama2..terus sahaja whatsapp Az! (012 6825197).
Sampai masanya kita akan rasa kepentingan kad perubatan ini. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kerana itu kita merancang persediaan untuk masa hadapan kita. Semoga dengan usaha merancang ini, Allah berikan kita kesempatan untuk menikmati hasil perancangan yang baik ini. Sayangi diri anda..bersedia sebelum ujian itu datang.

" TAKAFUL IBARAT PAYUNG PERLINDUNGAN, BILA TIBA HUJAN IA AKAN TERSU TERBUKA MELINDUNGI KITA"



Maka pilihlah payung yang TERBAIK!
Semestinya daripada Syarikat NO 1 dalam industri takaful!

Sekian.

Great AZ Advisors
012 6825197

Boleh refer website mereka: 

Langkawi Part 4: Underwater World


Disebabkan oriental village sesak, kami decide makan tengah hari dan petang kami nak bawak dua heros tu melawat ikan2 dan hidupan laut di Underwater World Langkawi. Sebelum tu belanja gambar Gunung Mat Chincang dari jauh dan kedai Laksa Sekoq kat tepi airport (kali ni xsempat p cari laksa..tak pa lain kali iolss plan nak p rasa laksa ikan sekoq tuuu..).

dari kejauhan..gunung mat chincang

kami lalu ja laju2 kat sini..tapi sempat la tgok org dok pulun makan laksa..sedapnya!!

-------------------------------------------------------------------------------

Sampai di Underwater World, kami terusss bertur beli tiket

hmmm masa beli tiket ni terasa dulu2 harga tiket tak lah macam ni..heee (dulu tu masa iolss umr 12 tahun! sekarang dh 30+ heeee)

Harga tiket nak masuk seperi berikut:
Kanak-kanak & warga emas : RM 23
Dewasa: RM33

Yang best kat dalam ni bila tengok penguin bebas berenang kat atas kepala, tengok penguin bersantai, tengok singa laut manja dok pusing2 dekat kaca yang kita berdiri dan best bila semua ikan berenang2 atas kepala! Macam2 rupa bentuk hidupan laut kita boleh saksikan kat sini. (eh..macam mak pulak yang semangat tgok ikan! bahaha)

Jom layanss gambo2 kat dalam underwaterword (gambo gloomy skit..pasai dlm tu gelap dan tak dibenarkan on flash camera..terkejut ikan2, penguin kang kan..)



the boys dok tgok spesies ikan berbeza


si kakak tua ni bunyinya garang!

us, incik hubby, kids and me..

pandai ikan tu selfie dgn i kan?

singa laut yang berehat selepas penat berenang. ini pregnant sea lion tau..

opsss siapa tu kat atas kepala?

tadaaa..belakang tu semua penguin2 bersantai..

masa untuk peluk penguin!!

ada pertunjukan ular masa kami dok sibuk tgok penguin..takot i bayangkan kalau lah terlepass ular ni..cabotttttt...(i bermasalah geli2 tgok reptilia ular nih..adoii)

haha inilah penguin2 comey yang bersantai tadiiii.. smbung tgok penguin sbb takot, geli tgok ular..


tunjuk ikan pada adik

sape kah itu? ini sotong KURITA!! besorr dalam tu tp die tengah tido agaknye

ini BELUT..nampak straight mcm kayu tu je kan..


MR CRAB ditemui!! besornye lah haiii..bape lah umonye ye

ini sekumpulan SHARKS..semua berkumpul ada meeting agaknye..

ini ikan pari besaqqq dok atas kepala cheq ha...


selfie dgn ikan..ikan pon lari tak mau selfie katenye..haha

us..tgok dua hero tu mcm dah penat..mama ngn abahnye boleh senyum lagi!

ini gambo Fav i..nampak beno abg dh penat nak tgok fish pon tak larat dah la tuuu..
sibuk ajak balikk

sempat lagi wefie sesame..eheh..

ini spesies udang!

sea horse!

jumpa NEMO! masa ni abg hariz semangat cakap dengan nemo..Mailah keluar NEMO..

bentuk dia macam si DOWRY kan..hehe

awasss dengn ini..obor2 perenjat..banyak sgt dlm ni..

dah smpai masa EXIT!

atuk, adik dan opah yang dh habis pusing akuarium gergasi nih

dalam Underwater World ini juga disediakan tempat makan..MarryBrown pon ade..kalau lapar..nak berenti makan dulu dan smbung tengok ikan pon boleh..lepas keluar kami cuci2 mata kat kedai cenderamata..hasilnya beli lah 2 helai baju untuk adik dan abang..hehe..

Lepas tu kami jeguk2 Pantai Cenang..




Langkawi Permata Kedah!!

Seronoknya berjalan2 hari ini..tak sedar har dah petang.
Kami balik semula ke Kuah dan makan malam di kedai berhadapan dengan HIG food court.

Mulanya nak ke food court. Tapi ramainye lah org sampai xde tempat!

Okeh sambung lagi part 5!

Langkawi part 3: Gamat Nusantara dan Beras Terbakar

Hari kedua di Langkawi..lepas breakfast dan lepas hariz & nafiz beserta abahnye mandi kolam,  kami pilih untuk ke Gamat Nusantara dan Beras Terbakar..


space parking besorr..xde masalah..

replika botol gamat besorr kat depan 

tertarik dengan bahagian sisi yang mana letaknya tempat memaska gamat..ada kawah2 besar dlm tu yang tengah masak bahan2 campuran untuk buat minyak gamat

heee zoom sikit..campuran ramuan minyak gamat tengah mendidih kat dalam tuuuu..tak digalakkan untuk masuk ke dalam..ye la kang takut la ade pape eksiden kan..

tp iolss masih ingat masa umur 12 tahun ke Langkawi ada jugak pegi tempat buat minyak gamat ni..pakcik yang jaga kawah tu bagi try celup jari dlm kawah mendidih ni..TAK PANAS langsung..ye btol..rs mcm sentuh minyak biasa aje..ajaib kan..

kali ni i takde la pegi celup jari dlm tu ye..hihi..

selfie skit kat gambo nusantara maju, perusahaan gamat 

selain shopping produk2 gamat, tepi ni ada mini cafe..boleh makan nasi lemak, minum2 atau makan aiskrim..tgok dua hero ni dgn abah diaorg..ni sume lepas makan aiskrim!

semua sibuk tunggu opah n atuk beli minyak gamat, balm gamat..hihi,.
ada macam2 lagi produk dlm ni..krim badan, minyak2, sabun, sume adoooo..

then kami bergerak ke beras terbakar 
(pegi sini tau dh beras tu sikit..tp yang nak pegi jugak sbb mak i nak beli kain batik kat sini..murah latenye kat sini berbanding tempat lain..)

beras terbakar dok dlm tempat kaca tu dan dlm pinggan aje..
haha cuba tgok my heros tu..sume sibuk tak mau tangkap gambo dgn mama..xpe la..mama sorang2 je la..

dalam pinggan tu beras terbakar yang tinggal..

sambil2 shopping tetiba jumpa my dearie Syahrina Farhana..(ni adik kump my80g) dok melaka dgn N9 ..tp sudahnya kami jumpa kat Langkawi! haha..

 antara tips shopping kat sini: beli kat kedai area luar2 jgn beli kat susur dalam..ada beza harga tau..kain batik, seluar batik sume labih murah kt bhgn luar..

selesai ke sana kami decide nak ke cabel car..tapi sblom tu singgah tangkap gambo kat sini jap..



suka tgok bot2 mewah parking sini..hehe..

smpai kat oriental village waktu tengah hari..betapa ramainyelah orang (cuti sekolah la katekan).. parking pon xde..makanya kami berpatah balik..(xdpt la plan naik duck tours n masuk 3d museum trlaksana kali ni..sobsss!!)

makan tengah hari di jalan area beras basah tadi..nanti i buat post on kedai ikann bakar tu..lauk banyak..makan kenyang smpai petang!

lepas makan kami ke Underwater World! 
Next entry: underwater world pantai cenang!