Pages

Friday 15 January 2016

Tips Memilih Kad Perubatan


Selamat petang Jumaat pembaca semua..
Petang ni iolsss nak share tips celik kewangan yang iolss dpt drp website great Az Advisors nih..
Kali ni topiknya tentang Medical Card.

Jom baca!


Medical Card: Apa yang anda perlu tahu?




Biasanya bila Az bertanya tentang medical card, ramai yang jawab cepat dan ringkas ; "ADA". Tapi bila Az tanya lagi, apa benefits atau kelebihan medical card itu? Ada yang laju menjawab tentang coverage, elaun hospital, boleh pilih hospital, ada juga yang terkedu memikirkan dan baru mula menjawab dan ada pula yang sengih aje..macam2 respons ade..



Jadi pada petang yang diiringi hujan rahmat ini, marilah kita berkongsi ilmu, tentang apa yang perlu anda tahu, apa yang patut anda sebagai pemegang "Kad Debit Perubatan" perlu fahami tentang medical card anda..



Apa kata anda terus membaca supaya Az dapat terangkan apa yang istimewanya kad perubatan GET(GREAT EASTERN TAKAFUL). Semoga penerangan ini akan menjadi penjelasan kepada semua dlm bahasa mudah difahami..hakikatnya kita semua punyai latar belakang pengetahuan yang berbeza..manusia tak mungkin tahu semua perkara..jom kita mula!



1. Bilik dan penginapan hospital (hospital room & board)
Kebiasaannya medical card anda boleh menentukan bilik mana nak didiami masa sakit nanti. Ada yang dapat bilik single (siap boleh menghadap KLCC tuuuuu..heee gambar hiasan) ada yang bilik double dan ada yang bilik 4 katil sebilik. Setiap harga bilik yang layak ini bergantung kepada berapa simpanan kita sebulan. Ada yang seronok bila bagi tahu bayaran simpanan bulanan dia paling rendah berbanding kad perubatan yang lain, kira hebat, dah takde yang rendah dah..hebat dia..tapi bila masuk hospital dia bising kenapa da medical card, tapi kena duduk bilik yang 4 katil sebilik?? Di sini lah Az nak anda faham, bayaran bulanan paling rendah bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan, malah kalau bayaran bulanan paling tinggi pon bukan untuk dibanggakan. Bayaran setiap bulan itu hendaklah mengikut keperluan atau apa yang kita mahu. Kalau seandainya kita nak bilik yang besar, sorang2 je masa masuk wad, bayaran kita perlu lah lebih daripada rakan2 kita yang fikir hanya ingin keselesaan hospital swasta dan tak kisah dengan 4 katil sebilik. Kerana itu, bayaran bulanan biasanya ada yang RM150, RM200, RM250..seandainya nak yang cantik dan istimewa, bayaran bulanan haruslah istimewa..maksimum masuk hospital setahun ialah 180 hari = 6 bulan.





2. Unit rawatan rapi
Unit rawatan rapi ialah sebuah jabatan khusus dalam hospital yang menawarkan perubatan rawatan rapi.
Dengan adanya kad perubatan, maksimum boleh digunakan di ICU ialah selama 6 bulan =180 hari dalam masa setahun. Semua bil ditanggung beres! Walau berapa pun bayaran bulanan kita, GET akan bayar semua caj yang di bilkan. Tiada perbezaan untuk ICU, sebab ini ialah unit kritikal, maka, setiap pemegang kad perubatan Great Eastern Takaful akan dilindungi. Jangan risau..


3. Bekalan & khidmat hospital
Bila masuk hospital, nurse dan doktor akan guna barang2 tertentu contohnya picagari, jarum, kapas dll. Khidmat pula adalah bila doktor datang buat pemeriksaan atau jagaan kejururawatan daripada jururawat. Bagi bekelan & khidmat hospital ini:
- kalau kena operation: semua ditanggung
-dewan bedah (OT) :ditanggung
- bayaran pakar bius: ditanggung
-Lawatan Dr masa kat wad: maksimum 2 kali je sehari ditanggung.mmg standard la ye 2x. Pakar tak kan buat lawatan sampai 10x sehari. Pesakit pon tak sempat nak rehat2 kalau kerap sangat Dr tengok kan? Mana2 procedure hospital sama untuk ini, lawatan doktor pagi sekali & ptg sekali.
-semua ujian darah, air kencing, xray, ultra sound, MRI dll semua covered. asalkan utk penyakit yg sedang kita hadapi. bagus lagi:

(bawah ni PART PENTING yg ramai org tidak ambil kisah: baca betul2 tau..)

1- 60 hari(2 bulan) sebelum confirm diagnos penyakit tu boleh claim ye.  kalau igtkan sebelum ni sakit2 ringan je, g check up klinik sana sini.RM50,RM25,RM30..last2 dapat tau (sakit hati), liver disease ke atau lain2.baru Dr suruh masuk wad. jadi kesemua bill yang klinik2 kecilan tadi boleh claim best kan???

2. admitted (erti kata lain kena masuk wad) --yang ni guna guarantee letter daripada GREAT EASTERN TAKAFUL yang kan difax terus ke hospital. Itu sahaja. Bil settle lepas tu.

3. keluar wad..kena pulak pegi follow up. jgn risau semua follow up @ rawatan lanjutan yang diperlukan ditanggung oleh GET jugak dlm tempoh 90 hari(3 bulan) dari date keluar(discharge)

Harapnye CLEAR ye..kalau ragu2 dengan 3 kenyataan di atas ni comment aje kat bawah atau message aje Az ye.

- pemindahan organ: mana tau kes2 serius memerlukan pemindahan organ semua prosedur ditanggung Great Eastern Takaful ye.

-bayaran ambulans. sekiranya kemalangan dan ingin ditempatkan di Hospital yang hampir dengan rumah, pemegang kad perubatan boleh mohon ambulans dari Hospital swasta berhampiran rumah untuk datang ambil. Semua bayaran perkhidmatan ambulans akan ditanggung. Atau sekiranya mengalami kecemasan di rumah, boleh terus telefon hospital dan bayaran perkhidmatan ambulans dari hospital tersebut akan ditanggung oleh Great Eastern Takaful.

-pembedahan harian : ini melibatkan operation/ pembedahan yg sehari je. Juga ditanggung bilnya walaupun selepas pembedahan pesakit tak perlu duduk di wad.

4. Rawatan pesakit luar @ nak datang cek, terima rawatan, ambil ubat & terus balik.
- maksudnya tak masuk ward. Utk pengguna kad perubatan, kalau taknak masuk wad tapi nak guna kad hanya dibernarkan utk 3 kes ni shj:
a) kemalangan (plg banyak 30 hari dari tarikh kemalangan)
b) rawatan kpd pengidap kanser
c) rawatan dialisis buah pinggang (cuci buah pinggang)

**perhatian: utk kes sakit2 lain tak kira sakit apa pun, perlu masuk wad sekurang-kurangnya 8 jam berturut-turut tanpa henti..baru boleh guna kad perubatan GET.

5. Elaun tunai harian: best tak,  masuk ward, tak kerja, tapi boleh dapat duit.
Ini ialah elaun hospital.
-kalau masuk hospital kerajaan: dpt RM150 sehari (with Hospital Benefit)
-kalau masuk hospital swasta dpt RM100 sehari (with Hospital benefit)
** Ini dikira BONUS..sebab tujuan kita jadi pemegang kad perubatan untuk dilindungi, boleh mendapat perubatan terbaik pada bila2 masa diperlukan, jadi, bagi Az, elaun harian hospital ini dianggap sebagai BONUS!!

6. had tahunan dan seumur hidup
setiap kad perubatan yang anda pegang ibarat kad debit. Dalamya ada duit, tapi sekiranya selalu digunakan ianya boleh habis juga..limit atau had maksima penggunaan kad ini  bergantung kepada simpanan bulanan kita..contoh bayaran dan limit penggunaan:
-RM100= limit RM 600,000
-RM150 = limit RM900,000
-RM200 = limit RM1,200,000
agak2 ada tak sebanyak itu dalam simpanan kita? Berbaloi sebenarnya anda menjadi pemegang kad perubatan Great Eastern Takaful. Guna sahaja Kad debit dari GET ini, lebih baik daripada kita mengeluarkan semua simpanan lain yang kita ada apabila membayar bil hospital! Ini ialah contoh perancangan kewangan yang BIJAK!

7. Pampasan
Jika pemegang kad meninggal disebabkan kemalangan, akan ada pampasan extra RM xx,xxx (berhantung kpd simpanan bulanan jugak) selain drp jumlah perlindungan asas RM50,000, RM100,000 dan banyak lagi..

8. Tiada Ko-Takaful
Ini anda boleh pilih. Ada yang kata masuk ward pakai medical card tapi kena bayar jugak. Iya yang itu di panggil Ko-Takaful. Dengan Great Eastern Takaful limit ko takaful yang perlu dibayar oleh anda hanya maksima RM500 sahaja atau 10% daripada jumlah bil anda. Tapi sekiranya tak nak bayar apa2, Az nasihatkan untuk ambil kad perubatan tanpa ko-takaful. Bermakna bila masuk sahaja ward tak perlu bayar apa2, 100% ditanggung oleh Great Eastern Takaful. Jadinya pilihan ditangan anda.

Sampai sini sahaja perkongsian petang kita..hujan pon dah berhenti kat luar tu. Az nasihatkan kepada yang belum ada kad perubatan, berminat nak tahu lagi, jangan tunggu lama2..terus sahaja whatsapp Az! (012 6825197).
Sampai masanya kita akan rasa kepentingan kad perubatan ini. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kerana itu kita merancang persediaan untuk masa hadapan kita. Semoga dengan usaha merancang ini, Allah berikan kita kesempatan untuk menikmati hasil perancangan yang baik ini. Sayangi diri anda..bersedia sebelum ujian itu datang.

" TAKAFUL IBARAT PAYUNG PERLINDUNGAN, BILA TIBA HUJAN IA AKAN TERSU TERBUKA MELINDUNGI KITA"



Maka pilihlah payung yang TERBAIK!
Semestinya daripada Syarikat NO 1 dalam industri takaful!

Sekian.

Great AZ Advisors
012 6825197

Boleh refer website mereka: 

0 comments:

Post a Comment