Pages

Monday 21 January 2013

INDEPENDENT dan PELUANG..


hari ni i nak cite pasal independent..berdiri di atas kaki sendiri..perkara yang sedari usia 16 tahun i belajar untuk menjadi independent sebab bermula saat itu i keluar rumah ke MRSM BESERI, Perlis..tanpa ada mak dan abah disisi..belajar menerima rakan2 di sekeliling..belajar mengurus diri sendiri..belajar mengurus wang..belajar menjadi pemimpin dikalangan pelajar, belajar menguruskan sesuatu program tanpa bergantung pada guru sepenuhnya..dan banyak value yg i dapat di sana..sehingga hari ini i rasa banyak jasa MRSM kepada diri i ni..opsss tercerita pasal diri sendiri pulak! hee~~

ape yg nak diceritakan di sini sedikit tentang situasi depan mata yang i sekarang..zaman ni dah jauh dari zaman i dulu..student zaman sekarang tersangat lah advance..diaorg jugak sgt independent.. diaorg mampu melakukan pelbagai tugasan yang disuruh hanya dengan sedikit penyeliaan..ini menunjukkan betapa meraka2 ini pewaris Malaysia yang hebat sebenarnya..tetapi..apa yang agak negatif biasanya i nampak dari generasi yg lebih berpengalaman..di mana berpengalaman ini kadangkala "membunuh" idea generasi muda dan menyebabkan gen Y ini tiada cara lain melainkan memberontak bagi menyuarakan pandangan mereka..hurmmm...bila gen Y mula bersuara dikatakan tiada respect..

sebenarnya..tidak kira berapa usia kita sebenarnya kita perlu menjadi seorang yang memberi peluang..seorang guru perlu memberi peluang pada anak murid untuk melaksanakan sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya..pasti anak murid ini akan berusaha melakukan yang terbaik supaya gurunya tidak kecewa dan dia akan diberi penghargaan..jika ada pandangan dari student, guru juga perlu memberi peluang bersuara..kemudian selaku yang lebih berpengalaman beri ulasan yang rasional..barulah akan ada rasa hormat dari student tersebut..seorang bos perlu memberi peluang pada pekerja untuk melakukan kerja yang baru supaya pekerja tadi akan merasakan dia perlu berusaha bersungguh2 tanpa mengecewakan bosnya..malah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya juga memerlukan peluang..seseorang atau sesuatu organisasi perlu memberi peluang kepadanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan..itu hanya beberapa contoh..

PELUANG yang diberi inilah sebenarnya melahirkan insan yang boleh berdikari atau INDEPENDENT..jika tiada peluang semuanya perlu dilaksanakan dengan arahan, maka kita bukan mendidik tetapi kita merosakkan generasi baru menjadi generasi yang terlampau bergantung pada arahan, tiada inisiatif sendiri dan lambat bertindak..

waallahualam..
Saturday 19 January 2013

FINALE Maharaja Lawak MEGA..i vote BOBOI..juara di hatiku..


Peace Yooo!! i memang peminat maharaja lawak mega..semalam final untuk 2012..i xde melanggan astro pakej mustika..so setiap episod maharaja lawak mega i tengok via you tube jer...

Dari season 2011 lagi i mmg suke tgk program ni..masa season 2011 i peminat BOBOI...dan kali ni season 2012..i masih lagi peminat setia BOBOI walaupun ahli boboi dah bertambah..seyes i rasa boboi menunjukkan bahawa generasi yg baru boleh bekerjasama dgn generasi otai..harun salim bachik sangat cool..muke slamber dan sgt sesuai dgn afdlin shauki..di mana afdlin selalu membawa idea baru membuatkan lawak yang nampak lebih educated..bukan semberono hentam buat lawak..lawak yg ada tema..ada mesej..bila dah ditambah nabil..pada awalnya nampak agak xbegitu ngam sgt..tapi di FINALE semalam seyes nampak sgt2 best mereka bertiga ni sebagai satu team! ALA TOMEY2..hehe..

Biarpun JOZAN menjadi juara, namun bagi i BOBOI masih juara dihati...tahniah buat semua semalam..JOZAN, JAMBU, SHIRO, BOBOI, SAYWHO...semuanya mempunyai kekuatan masing2 dan mempunyai peminat yg tersendiri..

jom kite layan video FINALE MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 yg berlangsung di JB semalam..temanya: freestyle dan musical..
LAYANNN....

**********************
BOBOI



***************************
SHIRO



************************
JOZAN



***********************
SAYWHO




*********************
JAMBU




***********************

Semoga Terhibur Uolssss!!
:)
Thursday 17 January 2013

Memori Tauhu Jepun dan Kerabu Mangga..


Semalam i pegi makan kat kedai KAK MOI...kedai makan kat area Kompleks Kraf..Taman Tasik Seremban..

Dalam banyak2 menu..semalam i berkenan makan tauhu jepun sayur dan kerabu mangga..dua menu ni mengingatkan i pada seorang rakan BAIK..seorang kakak yg DISAYANGI, seorang teman BERGADUH dan DISAKAT, seorang PENDENGAR masalah, seorang BOS yang dibuli PA, seorang kawan MAKAN, JOGGING dan MENGULAU, seorang pencetus IDEA kreatif..seorang yang sungguh BERSEMANGAT dan KOMPETETIF, seorang yang BERANI mencuba sesuatu yang baru dan BERANI mengutarakan pandangan, seorang yang penuh dengan HOBI dan BAKAT..seorang yang HEBAT..seorang yang TIDAK dapat di cari GANTI..
heee puitis pulak i..orang yang dimaksudkan empunya nama SURIA IBRAHIM atau panggilan lebih messraaa KAK CUE..tu la menu yg feveret kak cue bila g kedai kak moi nih...


so semalam bila i makan menu yg sama hati tergerak nak snap gambar..dan nak cite betapa nostalgik nye menu tauhu jepun & kerabu mangga..


to kak cue..i MiSS yoU.. 
**Muaahhhssss**
Tuesday 15 January 2013

LISTEN! LISTEN! LISTEN! The Story Of RESPECT...

Di suatu sudut ini i just nak share satu perkataan iaitu HORMAT @ RESPECT..
selepas menonton satu video ini..

i just nak komen:

RESPECT comes NATURALLY from ones HEART...

We cant ask people to LISTEN to us while we ourselves do NOT LISTEN to others..

TRUE dat YOUNGER should respect OLDER @ ADULTS..but EDUCATED YOUNGSTERS know which adult they should RESPECT..

RESPECT others then onley others will respect you..

Do NOT TALK about RESPECT when you show your UNRESPECTABLE ACTION..

Lastly, Lets us see the other video here:


Maybe Its HARD to except the TRUE facts..people always want others to listen and follow them, but they cant force people to follow them because they cant control others mind and feelings..

To MUSLIMS,as a KHALIFAH..we should realize that ALLAH, the creator of humans also always listening to us..each one of us in this world..he never fail to listen to us..
so why cant we LISTEN to others????

May Allah Bless Us..Amin..

Mana Nak makan kat SEREMBAN? Cuba Mee Kari Railway Rasah..

Helluuu sesi JJCM skrg yer..mane la tempat nak makan kat Seremban ni?? haaa...ni ada satu tempat i rekemen kan..dulu gerai biasa je kat tepi jalan rasah..skrg dah berpindah ke seremban2...
cari kedai MEE KARI RAILWAY RASAH..

mee kari yg slalu jadi feveret i..so walaupun kdai ni dah pindah ke seremban2..hr cuti i pegi jenguk2 kat kedai baru ni.. ni ha kedainye..



sebelah tu kedai perabot..depannye Petronas ni ha..



opss lupa nak share rupe mee kari yang glamer ni...mmg berbaloi beli sbbnye kalo mintak mee kari ayam mmg mee banyak, ada kerang dan ade ayam goreng yang dipotong yg agak banyak jugak..sedap tau..


tgk hariz posing dalam kedai..ni pose dh malas nak tunggu..


so sesiapa nak try mee kari kat seremban, silalah ke sini yer..

cari seremban 2, then cari petronas station seremban 2..tgk ade kedai yg berhadapan petronas tu tak..dan cari sign board mee kari railway rasah..

Jom JJCM di Seremban! 

14 JANUARI: KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN @SERI MENANTI

Hari ini 14 Januari 2013 ialah hari cuti am buat mereka2 yang bekerja di Negeri Sembilan..cuti ni bersempena hari keputeraan Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan..

Dari awal2 lagi incik hubby bersemangat nak pegi..nak dgr bunyi tembakan meriam katanye..sejarahnya kami semenjak kahwin x pernah sekali pun terlepass untuk pegi ke padang kat seri Menanti ni sempena hari cuti keputeraan tiap2 tahun..dari hariz dlm kandungan, smpai hariz 4 bulan dan sekarang hariz 1 tahun 4 bulan..heee..kate incik hubby bila hariz dh besar sikit leh join sukaneka (tiap2 tahun ada)..

bagi sesape rakyat jelata kat N9 yg lom penah pegi, i nasihatkan u ollsss keluar lepas solat subuh, sampai Seri Menanti nanti sebelum pukul 8pg.. sbb aturcaranya sgt cepat..kul 8pg mula, kul 9-9.30pg dah habis..so kalo lambat pegi mmg xde pape dh la..cuma ada khemah2 jualan dan pameran jer...

pagi tadi jalan sgt berkabus..km bertolak dr rumah jam 7pg..

hariz & mamanyer yg berposing dalam kete..

Dah sampai...jauh kne jalan..parking kete jauh..
pemandangan padang bila sampai..blom mula lagi..


Dah nak mula

antara rakyat jelata yg hadir pagi tadi
Ekspresi terkejut bila dentuman bunyi meriam pertama
ekspresi muka bila dengar bunyi tembakan meriam
berdas das

kawad
pancaragam yg buat persembahan


#Pose:Hariz yg cuba menarik perhatian abang2 sebelah
die..buat muke budak baekk tuuu..
Untuk tahun ni persembahan dari ATM tak sehebat tahun lepas, sbbnye tahun ni cuma ada persembahan dari pasukan pancaragam, menarik jugak la terutamanya bila part lagu "apo kono jang"..siap ade selitkan drama skit..heee...

Tapi tahun lepas bagi i lebih menarik sbb ade persembahan ATM yang menggunakan motor2 kete2 untuk aksi lagak ngeri...satu moto 10 org naik, aksi akrobat sambil moto tu berjalan..i minat tgk yg ni lagi la..

So harapnye tahun depan lebih besttt..tapi satu je x berubah..getaran tembakan meriam..tu baru meriam yg x besar sgt..i wonder cemane lah kalo meriam yg besar2 kat tempat perang..cemane bunyinye eh..heeee..

see u next year Seri Menanti!!!


Monday 14 January 2013

Projek InCik Hubby: Tanam Cili Padi..

Pagi tadi lepas balik dari Seri Menanti, my Incik Hubby bersemangat singgah kat nursery untuk beli tanah, baja dan beg plastik hitam kecik untuk nak mulakan projek menanam cili padi secara kecil2an..heee..jom tengok ape yg my beloved incik hubby buat pagi tadi..

9 bag je yg dapat disediakan
ni biji benih yg digunakan
ni la rupe biji benih dalam tu, btol2 macam
biji cili
tengok la hariz yg sibuk nak menanam jugak tu


heeee..kalo projek mini incik hubby i ni berjaya, i akan story dan upload gambar2 nanti yer..tapi lama la nak tggu progress cili padi ni kan? so SABARRR...
Thursday 10 January 2013

Pencarian KURSUS 2013



Asalnya nak buat keje lain, tapi tetiba tema hari ni menjadi pencarian kursus 2013..sbbnye awal pagi tadi dtg opis ni i kemas barang2 atas meja dan buang mana2 yg tak patut dah, so dalam kemas2 tu ada fail kursus tahun lepas..hmmm rupanya tahun lepas i ni tak cukup aktif..tak banyak kursus yg i pegi..jadinye untuk tahun ni i nak la mohon kursus2 awal2..senang nanti hujung tahun dah cukup bilangan hari..lagipun kalau cari sendiri ni kita dapat buat pilihan sendiri nak belajar tentang ape..hehehe..

so i mula dgn mohon kursus di INTAN...
sesape yg nak apply silalah isi online..klik link di bawah..

http://www.online-itims.intan.my/itims/courses_schedule/crs_course_list.php

then i bukak laman web IDFR...tapi ni khusus untuk sape yg nak kursus bahasa jer..(tahun ni malas la nak pegi kursus english kat IDFR..heee)..but uollss yg nak klik sini:

http://cas.idfr.gov.my/index.php?portal&m=course_application&p=index

then ms sembang2 dgn my friend her, moga die cite pasal kursus2 kat kolej komuniti..so i pon bukak lah jadual kursus2 pendek yg dh ada kat website kolej komuniti ni...jom sesama tengok, klik link ni:

http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/program-ditawarkan/kursus-psh-mengikut-bulan.html

tgk kursus2 kat kolej komuniti ni buat i rase macam nak g kursus buat kek, kek cawan, buat roti, pizza, apam, pau, kursus solekan, kursus membuat blog, kursus bahasa arab dll..(errr kursus ni x leh masuk dalam pengiraan hari berkursus kan?? isk2..kalaulah boleh..yippie!!)



selamat memohon kursus bagi tahun 2013! 

SATU CERITERA TENTANG : HIGH CONFIDENCE LEVEL



satu peristiwa kelakar berlaku pagi ni di mana i selaku chekgu telah melihat tahap keyakinan diri yg tinggi dr seorg pelajar nih..begini ceritanya:

satu situasi pada jam 10.32am di bilik pengajar tidak bernombor..

tok tok tok (student ketuk pintu)
student: assalammualaikum, puan hasbah ada?
me: owh puan hasbah xde pegi kursus.
student: eh, yg depan saya ni bukan puan hasbah ke, ade kelas sekarang..(muka confident senyum2)
me: eh, salah org ke?
student: tapi..kat depan ni ada nama puan hasbah..
(saya memandang student dgn rs nak gelak)
student: opss sory puan maizatul...
me: heee..jangan salah org lagi..


isk2..confident tu penting..tapi jangan sampai tersilap!! heee~~

but..tak salah kalo sentiasa punya keyakinan diri! sbbnye..org yg yakin tak takut andai tersalah..sbb die akan belajar dari kesalahan diri.. :)






Wednesday 9 January 2013

Erti Al-Fatihah by Voices of Ummi : Kegemaran My LiL Hariz

pagi ni i mendengar lagu kegemaran my lil ones, Hariz.. Erti Al-Fatihah by Voices of Ummi...
bila dengar lagu ni je hariz akan terus diam, tengok video klip ni dan akan gerak2kan kepala sambil senyum2..so kalo hariz tetiba meragam atau nak buat nakal, i akan cuba cara pasang lagu ni..hehehe..but it works dlm 80% je la..kalo asyik buat hariz pon malas nak tgk jugak..hehe..

meh layan video nih..bagus untuk anak2 kite mengenal erti Al-Fatihah..i likeee..mcm hariz like..so i pon dah hafal lirik lagu ni..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah) 
kami menyembahMu (Ya Allah) 
hanya kepadaMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka, 
bukan (jalan) mereka yang dimurkai 
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

ni la penyanyi2 cilik voices of ummi... :)


True Story of Air Asia 10,000 FREE seats..

Baru2 ni ada pengumuman yang katanya air asia bagi 10,000 FREE seats..so i & my beloved incik hubby pon menunggu la bila dibuka iklan dan tempahan tiket utk promo yang di umumkan oleh PM sendiri..semalam..i dah terbaca pasal iklan promo tu dr FB Air Asia..cm ni bunyinya...


"Great news! In conjunction with the ‘1Malaysia Integration Programme with AirAsia’ launched last Saturday by the Prime Minister of Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, we are offering 10,000 free seats for flights between Peninsular Malaysia and East Malaysia for all Malaysians!

It is available for booking at www.airasia.com to all Malaysians who have a valid Malaysian Identification Card (IC), on Wednesday, 9 January 2013, for a full 24 hours beginning 00:01hrs (GMT+8) and travel from 14 Jan 2013 – 4 Feb 2013!

Note: Only airport taxes are applicable for these free seats offered."


Maka dengan gumbiranya i ngn incik hubby plan nak cuba lah kul 12 am tadi..malangnya tertido..tapi kul 3.30am incik hubby dah bangun, so area kul 4am incik hubby kejutkan i untuk tengok available tickets tu..fly from KL- KUCH (and others selected places in Sabah & Sarawak) ticket price yang ditawarkan RM6.. From KUCH-KL RM 9.. ( i search kuching sbb i ade beloved Sis Kak Cue yg dok Kuching..+ my incik hubby dulu mmg penah dok sana belajar kat Politeknik Kuching..jadi km fikir agak familiar lah tempat ni utk short term holiday bagi promo nih senang la kan pegi tempat yg rs mcm dh biasa..xperlu perancangan sangat)...

okay sambung cite...i pon bersengkang mata dgn incik hubby untuk cari, mula2 search tiket KL-KUCH xde yang murah plg rendah RM144/person..yg KUCH-KL mmg ada RM9..search2 lagi refresh2 lagi kami excited bila jumpa harga tiket RM6 KL-KUCH (travel date:30 Januari 2013)...bila kami nak tukar return date kpd 31/1/13, mmg kami dapat tiket KUCH-KL RM9 tapi tiket KL-KUCH yang 30/1/13 td dah bertukar pulak..jadi RM144....xpe kami sabar lagi dan terus mencuba..sampai la kul5.30am kami dah mengantukkk..tak pe la kalo xdapat tiket murah ni...xde rezeki agaknya..so tido dengan rasa hampa la jugak..huwaaaaa...

tapi yang menjadi tanda tanya kat sini, cepatnye harga tiket tu berubah bila refresh sikit je trus tukar harga..hurmmm....then cepatnya 10,000 seat ni habis yer..sadis tol...
xpe la, cuba lagi search tiket murah lain kali..tapi rs xberbaloi terbagun kul4am tadi xde hasil pon....

and skrg bila i bukak skali lagi air asia, mmg dh xde tiket RM 9 yg i tgk pagi tadi tu..owhhhh cepatnya 10,000 FREE seats HABISSS...SOLD OUT!!!! 

Air Asia owh 1 MALAYSIA 10,000 FREE seats!!

Tuesday 8 January 2013

Ngantok?? STRESS?? Cuba 13 LANGKAH ini..CUTE sangat!!


I sangat mengantok sekarang ni..jadi google2 la cara2 nak hilangkan mengantok..dan terjumpalah artikel 13 langkah hilangkan mengantuk dan tekanan ni...bila baca rasa CUTE sangat..so uollss selamat membaca dan menCUBA!! 
kredit to: http://ibnismail.wordpress.com
*********************************************************************************************************
Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

********************************************************************************************************

Ngantuk Lagi tak?? heeee


Film Review: Strawberi CinTa..




Hujung mggu yg lalu download movie..dan i layan cite strawberi cinta nih...minat nak tgk sbb nak tgk cemana yana shamsuddin jadi org jepun..
(sbb ade tgk trailer cite nih kat TV)...

Cite ni ala2 comel2 gitu sbb i suke tgk yana jadi org jepun yang datang KL untuk cari mak die..pada masa yg sama Ichigo (Yana) tersuka dpt Hakimi (Pierre)...(buktinya bila kawan hakimi yg dilakonkan oleh Diana Amir tu muncul, Ichigo mcm jeles larr skit..last2 die dapat jugak jumpe mak die dengan bantuan hakimi...

movie ni hanya utk tontonan ringan..xsesuai bg yg expect tinggi dgn kecanggihan filem utk tgk cite ni..unsur2 komedi yg ada ok lar..i like jugak..dan paling i like tgk yana yg comel dgn baju2 yg nak tunjukkan die org jepunn..ehehehe..

so sesape nak layan cite nih..sila lah ke alamat di bawah:

http://www.teamhanna.org/malaysia/strawberi-cinta-2012-sdtvrip

LayanZZZZZ....





Monday 7 January 2013

MY Cutie Pies...

heeee..i namakan cutie pies sbb i really2 rs mereka bertiga ni sgt2 cute..and i mmg syg sgt kat diorg ni...diorg ni mmg i tgk pembesaran diorg dari kecik smpai la besar..

marsya amani mak i jaga sejak 10 bulan..so i tgk die membesar dari xboleh berjalan dan bercakap smpai sekarang dh bijak leh jadi kawan cakap..

muhammad amsyar mak i jaga sejak umur 3bulan..dr sangat kecik smpai sekarang dh makin besar, encem..sama jugak i tgk progress cemana die dr xleh berjalan sampai leh berjalan..tapi mak jaga sampai umur die setahun sebulan..amsyar blom boleh sebut perkataan2 dengan lancar lagi

lastly my little hariz yg comelsss..dilahirkan pada 2.9.11..yg mmg i lihat perkembangan pembesarannya dari sebelum lahir, mula lahir sampai sekarang dh boleh panggil mama, abah, opah, atuk...heeee..sayang hariz!! hariz sekarang suka baca buku (baca cara budak kecik yer) tgk2 gambar dlm buku tu pastu ikut kita sebut nama benda/barang dalam gambar tuuu..

semalam 3 cutie pies ni berkumpul berjumpa main2 bersama dan gaduh2 bersama..tgk la aksi2 manja2 cute2 diorg ni..eheh.. :)

Gaya2 manja 3 cucu opah..
hariz, amsyar dan marsya

hariz di tengah2 yang excited!

hariz si kecik sebelah abang yang dh makin besar

gaya budak nak main bola sorang2 xmo kongsi

last posing with mama..
i sayang diorang sume!! muahsssss**