Pages

Monday, 21 January 2013

INDEPENDENT dan PELUANG..


hari ni i nak cite pasal independent..berdiri di atas kaki sendiri..perkara yang sedari usia 16 tahun i belajar untuk menjadi independent sebab bermula saat itu i keluar rumah ke MRSM BESERI, Perlis..tanpa ada mak dan abah disisi..belajar menerima rakan2 di sekeliling..belajar mengurus diri sendiri..belajar mengurus wang..belajar menjadi pemimpin dikalangan pelajar, belajar menguruskan sesuatu program tanpa bergantung pada guru sepenuhnya..dan banyak value yg i dapat di sana..sehingga hari ini i rasa banyak jasa MRSM kepada diri i ni..opsss tercerita pasal diri sendiri pulak! hee~~

ape yg nak diceritakan di sini sedikit tentang situasi depan mata yang i sekarang..zaman ni dah jauh dari zaman i dulu..student zaman sekarang tersangat lah advance..diaorg jugak sgt independent.. diaorg mampu melakukan pelbagai tugasan yang disuruh hanya dengan sedikit penyeliaan..ini menunjukkan betapa meraka2 ini pewaris Malaysia yang hebat sebenarnya..tetapi..apa yang agak negatif biasanya i nampak dari generasi yg lebih berpengalaman..di mana berpengalaman ini kadangkala "membunuh" idea generasi muda dan menyebabkan gen Y ini tiada cara lain melainkan memberontak bagi menyuarakan pandangan mereka..hurmmm...bila gen Y mula bersuara dikatakan tiada respect..

sebenarnya..tidak kira berapa usia kita sebenarnya kita perlu menjadi seorang yang memberi peluang..seorang guru perlu memberi peluang pada anak murid untuk melaksanakan sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya..pasti anak murid ini akan berusaha melakukan yang terbaik supaya gurunya tidak kecewa dan dia akan diberi penghargaan..jika ada pandangan dari student, guru juga perlu memberi peluang bersuara..kemudian selaku yang lebih berpengalaman beri ulasan yang rasional..barulah akan ada rasa hormat dari student tersebut..seorang bos perlu memberi peluang pada pekerja untuk melakukan kerja yang baru supaya pekerja tadi akan merasakan dia perlu berusaha bersungguh2 tanpa mengecewakan bosnya..malah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya juga memerlukan peluang..seseorang atau sesuatu organisasi perlu memberi peluang kepadanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan..itu hanya beberapa contoh..

PELUANG yang diberi inilah sebenarnya melahirkan insan yang boleh berdikari atau INDEPENDENT..jika tiada peluang semuanya perlu dilaksanakan dengan arahan, maka kita bukan mendidik tetapi kita merosakkan generasi baru menjadi generasi yang terlampau bergantung pada arahan, tiada inisiatif sendiri dan lambat bertindak..

waallahualam..

0 comments:

Post a Comment