Pages

Monday 18 January 2016

Elak dari ditipu. Di mana patut saya laburkan wang?



Assalammualaikum. Iolls tertarik dengan tajuk berita ini. Hmmm sebenarnya kawan2 bukan mudah nak jadi kaya. Dalam sekelip mata letak duit banyak belum tentu jadi kaya. Pelaburan memerlukan perkara utama iaitu ILMU! Kemudian memerlukan kesabaran..iollss kongsi sikit info yang iolls tau ye.

Ini ceritera pelaburan2 yang dijamin tidak menipu..cuma perlu ilmu dan KESABARAN..sebab masa perlu dalam pelaburan..hari ni letak duit 10K esok dah jadi 20K memang tipulah..lagipun setiap perniagaan pun memerlukan masa setahun untk close account dan buat penyata untung rugi..selepas tu baru boleh decide nak bagi berapa dividen kepada semua shareholders. takkan setiap hari nak decide mcm tu kan?

Okeh ini info tentang kat mana tempat untuk anda melabur..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelaburan.

Dalam pelaburan, masa dan dimana kita laburkan wang memainkan peranan penting. Tiada pelaburan yang untungnya sekelip mata.
Tahukah anda?
Ada beberapa jenis pelaburan yang anda boleh sertai dan diluluskan oleh bank negara. (Selamat takkan ada masalah penipuan atau tetiba bungkus)

1. Pelaburan melalui bursa saham (stock market) - boleh buka acc CDS di mana2 investment bank. Boleh laburkan duit ke syarikat2 yang tersenarai di bursa saham malaysia. Risiko tinggi pelabur perlu ada ilmu utk menguruskan pelaburan. Pasaran saham boleh turun dan naik. Boleh untung dan rugi sekelip mata!!

2. Pelaburan melalui amanah saham. ASB ialah satu contoh dana amanah saham. Begitu juga amanah saham yang diuruskan oleh Public Mutual, CWA, Kenanga dll. Risiko sederhana. Terdapat pengurus dana yang dilantik utk menguruskan pelaburan. Antara instrument yang dicadangkan kpd yang inginkan keuntungan dalam jangka masa panjang. Pelabur boleh memilih untuk melabur dalam dana yang risikonya tinggi, sederhana atau rendah. 

3. Takaful.
Ada pelan pelaburan bagi anda di takaful. Pulangan dijamin. Bukan sahaja mendapat keuntungan dalam tempoh masa yang diingini, dapat BONUS tunai setiap dua tahun dan anda dilindungi oleh perlindungan takaful! Pampasan kematian dan sakit kritikal sehingga RM100,000! 

4. Fixed deposit.
Ini biasa ditawarkan oleh bank2. Simpan selama setahun atau dua dan nikmati 3% keuntungan. Risiko rendah. Pulangan biasanya dijamin.
Sebenarnya ada banyak pilihan kan untuk melabur. 

Kunci keuntungan ialah ILMU. 
Pilihan di tangan kita sebagai pelabur.Elakkan pelaburan anda dari melebur..
Jadilah pelabur bijak!/



Myza
012-6825197
------------------------------------------------------------------------------------------------------


0 comments:

Post a Comment