Pages

Tuesday, 28 May 2013

7 Jejak Jutawan bersama Irfan Khairi

ceritera adventure bersambung lagi..sebagai part yang ke2..ini part di pagi hari incik hubby dan i bertolak dr seremban ke KL..

bersemangat sungguh nak mendengar perkongsian dr IRFAN KHAIRI..dalam sesi Jejak Jutawan bersama Irfan Khairi anjuran Great eastern..



tenkiu so much pada sahabat i Hasbah Juwaini yang menaja tiket kami berdua pada pagi itu..Hasbah ni ialah salah seorang dr kawan i yg berjaya bila join GE..kalau korang nak baca segala ape advice kewangan yg my friend ni leh bagi..klik sini untuk baca blog Hasbah.. (hehe i promo u jap eh sebah..) 

okeh..berbalik cite tadi..sampai di GE area 9.20pg..naik ke tingkat 6 dan i berjumpa kawan lama yg sgt lama x jumpa..Awien..(kawan i ni keje kat GE underwriter..) Awien la agent tiket kami nak tgk Irfan Khairi..hehe..thanks awien! selepas pendaftaran, kami dh mula cari tempat duduk..dengan penuh semangatnya kami duduk di barisan kedua..lebih dekat lebih baik untuk menuntut ilmu kan..hehe..pada mulanya nak tangkap gambar dgn Irfan..dh mmg dekat je tempat km tu kan..tgk ade la beberapa org dtg dpn tgkap gambar..hasbah pon de ajak p..bila nak bgn, dh ade org xbg tangkap gambar lg sbb majlis dh nak start..so ni je la gambar yg ader..(amik dr fb hasbah..)



rasanya x perlu diperkenalkan siapakah irfan kahiri..tapi bagi yang nak baca latar belakang irfan khairi leh klik biodata irfan khairi..

okeh mari terus membaca apa yang dikongsikan Irfan Khairi tentang jejak jutawan..

1. MULAKAN PERNIAGAAN

-menurut cerita Irfan, mentor beliau ialah Dato Fadhilah Kamsah..nasihat Dato kepada irfan ialah selepas habis belajar, mulakan bisness, jgn cari keje lagi..bila irfan tanya pada dato, kalau bisness yang dijalankan gagal? dato nasihat, cuba lagi bisnes ke dua, kalau gagal lagi cuba lagi bisnes ke tiga sehingga lah percubaan yang ke9 kalau gagal lagi, maka boleh lah mula cari keje..

-irfan menasihati agar sebagai usahawan, pastikan perniagaan itu mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran..dengan adanya demand dari org ramai, barulah perniagaan itu akan berjaya..



-dan untuk memulakan perniagaan..dont be too perfectionist..

2. MULAKAN AWAL

-salah satu cara yang akan membuatkan kita memulakannya ialah dengan menulis matlamat. 



-3 perkara penting yang harus ditulis ialah: 1.apa yang ingin dicapai 2.bila kita nak capai 3.apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut..menurut irfan 3 perkara itu perlu diTULIS..supaya datangnya MAGIC..heee magic cemane tu eh? Magicnya ialah bila kita tulis, kita akan ada aim, dan kita akan mula sedar dengan peluang yang ada di sekeliling kita..

-selalunya untuk berjaya mengambil masa 7 tahun..dlm pada masa itu, jika kite menemui kegagalan kita masih ada banyak masa untuk perbaikinya..



3.APA YANG ANDA INGINKAN?

-selepas dah ada matlamat..kita kena membuat senarai 100 kebaikan jika kita berjaya mencapai matlamat..lets say if matlamat ialah menjadi 1 million man/women in 7 years..apa yg kita leh dapat..rumah besar, selesa, anak2 mendapat pendidikan terbaik, mak ayah dapat dihantar ke haji dan umrah, boleh melancong 1 family..boleh jadi leader..boleh membuat keputusan sendiri (xde la asyik kene ikut arahan walau hati sangat terpaksa..), ada masa fleksible utk kerja, keluarga dan diri sendiri...hmmm..ape lagi eh?? banyak lagi kan...so senaraikan segala2nya sbg kebaikan bila matlamat tercapai..lagi banyak lagi bagus..lagi SEMANGAT!!


-bila ada kebaikan, mesti ada keburukan..so another list ini ialah untuk dituliskan..ulang sekali lagi semua ini perlu ditulis yer..bak kata "robert T.Kiyosaki" dlm buku nya..perancangan bukan lah perancangan jika tidak ditulis dan dapat dibaca oleh org lain..ha..macam tu lah jugak kes kita nih..kene tulis semua..yg diimpikan akan terus jadi mimpi bila tak bertulis..so yg buruk ni pon kene tulis..apa yang akan berlaku kalau tak berjaya dapat 1 million nih??? haaa..bayang2kan..mybe rumah sederhana, holiday setahun sekali dlm msia..tak dapat hantar mak ayah pegi haji dan umrah..n of coz diri sendiri pon x dapat nak g mekah..hmmmm..mmg x best bila difikirkan keburukan..haishh..

-ada satu cara untuk kita membayangkan baik dan buruk ini..>> MIND STORMING..



-salah satu cara yang diguna oleh pemain bolasepak terkenal..Ronaldinho..yg mengamalkan teknik mind storming selama 90 minit!

-caranya sgt mudah..tutup mata dan bayangkan..langkah2 kejayaan, kesan kejayaan, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya..dan kesan kegagalan dlm tempoh ms yang sama..bayangkan..bayangkan.. (i dah cuba ms sesi talk irfan nih..hmmm..kalo tak buat pape bermula sekarang nampaknya ms depan yg i nampak ialah sama je dr sekarang smpai 10thn..dan mungkin akan berdepan dengan kebosanan..haishhh..) 

-formula mind storming ini ialah 1. bayangkan keadaan yg tepat dan jelas 2. buat selalu 3. lakukan dlm tempoh masa 90 minit.

4. TINGKATKAN KEYAKINAN!
-acaner kite ni nak meningkatkan keyakinan eh? selalunya lepas dgr pape talk motivasi..balik rumah rasa sgt2 termotivasi fuhh..fuhh..esoknya masih rasa..lusa dh mula suam..bulan2..lenyapp...

-irfan pon bnyk mencari cara macam mana nak kekalkan momentum keyakinan dan semangat nih..akhirnya irfan kata ditemui 1 cara..menurut hadis, jika belajar ilmu yang baru, amalkan setiap hari selama 21 hari, jgn skip sehari pon tau..insyaallah jika diamalkan dgn brdisiplin selama 21 hari, ianya akan jadi kebiasaan bagi kita..jadi habit..so kita akan still continue terus sebagai rutin...



5. TAMBAHKAN ILMU BARU..
- yang ni mmg i sgt2 setuju..sbbnya utk nak jadi hebat dlm sesuatu kuncinya ialah ILMU..cemana nak cari ilmu? baca buku, dgr talk, nasihat dr yg dh berjaya..kena selalu tambah ilmu..

-bak kata irfan dlm buku "the zulu's principle"..
jika kita membaca 5buah buku, kita kan jadi terhebat di antara 5org kwn..
jika 20 buku, terhebat di pekan tersebut..
jika 50 buku, terhebat di negeri tersebut..
dan jika 100 buku, terhebat di negara tersebut..


-seyes buku masih lagi releven untuk kita menuntut ilmu..biarpun zaman dh canggih..i masih lagi suka baca printed books..untuk menambah pengetahuan..

-dan..masa ni ade jugak yg irfan tambah..jika kita ada satu matlamat yg besar, kecilkan matlamat tersebut..acaner tu eh?? dh besar kecik pulak kan?? hee..senang je..cthnya kita target for 1 million in 7 years..kita pecahkan..each year nak bape? then, dlm one year, bape pulak each month, then dr each month, brape pulak utk each week? so kita takkan rasa terbeban dengan angka yang besar! dan yg penting, kita rasa mudah nak capai, dn bila brjaya capai yg kecil kita akan terus MOTIVATED!!

6. LAKUKAN PERANCANGAN
- hmmm..yg ini kene buat cemane perancangan utk dptkan prospek..dan bagaimana nak membina contack prospek, update dan remind prospek..

-cthnya kalaula kita beli cermin mata..da tak lepas 3-5 tahun kedai tu msg kita remind kata dh boleh buat yg baru dgn diskaun istimewa??

-ada tak kedai yg kita pernah pegi bagi kita kad birthday? sms birthday wishes kat kita?

-kita perlu bina satu hubungan dgn prospek supaya kita akan jadi org yg diingati dan yg pertama dicari bila nak satu produk ygkita ada tu..


-Built BRANDING..ha..macam beli beg ada brand, beli kasut ada brand, walau nampak sama kdg2 tapi branding lain..dan brand buat harga pon jadi lain kan?? kalau kedai kita built overall experience dgn customer kita..cthnya..bl tgk kaler pink..dh teringat kedai kita yg jual candies kan?? macam g McD..bila huruf M tu jer dh ingat kat mcD..hehe..so kene built jenama sendiri melalui design, warna..

7. MULAKAN SEKARANG!
-mana2 buku yg bagi tips untuk bisnes atau investment atau apa saja akan cadangkan mulakan sekarang..bukan ape..lbh cepat bermula..lebih bnyk pengalaman..sekali lagi i petik kata2 dari buku Robert T.Kiyosaki.."perniagaan bukan seperti sekolah dimana membuat salah itu adalah tidak dibenarkan disekolah..lebih sedikit kesalahan lebih baik..tapi dalam bisnes..lebih bnyk kali salah lebih baik kerana lebih banyak pelajaran yg kita dapat..'



**TIPS BONUS!
 Cari MENTOR..cari org yang dah BERJAYA..pelajari cara2 die boleh berjaya..dlm erti kata lain..bila dapat seseorg yg dah berjaya..jadikan mentor..COPY apa yg telah dilakukan..insyaallah akan berjaya..



so..itu perkongsian yg i dapat ketika mendengar ilmu yg disampaikan oleh IRFAN KHAIRI.. nasihat irfan lagi..buat lah sesuatu yang kita suka..tapi pastikan ada demand dr org ramai..jadilah usahawan yg bijak mengintai peluang!

0 comments:

Post a Comment