Pages

Thursday 18 July 2013

Resipi Bihun SUP Utara in my version!

Sempena bercuti semalam..juga sempena berpuasa dan sempena birthday incik hubby semalam..i masak bihun sup buat juadah berbuka puasa..(dlm keadaan bdn terasa nak demam pown semangat nak makan bihun sup ayam punya pasal..)

nak beli kat bazar ramadhan rsnye mkn x puas..jadi lebih baik masak sendiri kan..soo sebelum memulakan pembacaan ceritera resipi2 membuat bihun sup utara ni..mai mai mai tgk gambar bihun sup i semalam..hiasan x bape vogue sbb dh lapar nak makan!..


Bahan2 utk SUP:

1. Ayam  (ayam ikut bape org nak makan..utk 4 org, separuh dh cukup..nak ganti daging pon bley no prob)
2. bebola ikan
3. serbuk sup
4. bawang merah (dihiris nipis utk ditumis)
5. bawang putih (dihiris nipis utk ditumis)
6. halia (dihiris nipis utk ditumis)
7. bunga lawang
8. kulit kayu manis
10. buah pelaga
11. minyak masak
12. garam
13.daun bawang dan daun sup

Cara2:
1. rebus ayam hingga empuk dalam periuk berasingan
2. panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau (nampak kekuningan nak garing)
3. masukkan bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi ayam tadi
4. bancuh serbuk sup dalam air dan tuangkan ke dalam periuk rebusan ayam
5. apabila sudah mendidih, masukkan bebola ikan, garam, daun bawang dan daun sup.
6. rasa dan hidangkan..(mybe ada yg suka pada rasa sedikit masam, boleh tambah jus limau nipis)

Bahan2 untuk bihun dan hiasan2nya..

1. Bihun
2. ayam
3. sos tiram
4. tauhu goreng
5. taugeh
6. daun bawang dan daun sup di potong
7. bawang goreng

1. Bihun direndam selama 30 minit dan dicelur dalam air panas selama 5 minit (bagi yang nak cepat, masukkan bihun dalam air yang mendidih dan kacau bagi lembutkan bihun..)
2. ayam masukkan sedikit dalam air rebusan utk sup dan bila ayam sudah masak, keluarkan dan lumurkan dengan sos tiram. goreng hingga nampak sedikit garing (x perlu lama sangat sbb ayam mmg dah masak)
3. ayam yang dah masak boleh di potong atau dicarik2kan isinya ikut selera masing2..
4. tauhu digoreng (yg ini optional..xde pon xpe)
5. taugeh dicelur dengan air panas (ade org x celur suka yang mentah bubuh terus dgn kuah yg panas..pon boleh..cuma i lbh suka yg dicelur..jgn lama2 takut lembik pulak taugeh)
6. daun bawang, daun sup dan bawang goreng di jadikan hiasan nanti plg atas setelah dah bubuh semua bahan2 termasuk bihun dlm pinggan..

Bahan2 untuk cili kicap

1. 10 tangkai cili api (nak lebih pon boleh)
2. 2 ulas bawang putih
3. kicap secukupnya (suka pekat x perlu bubuh banyak..if nak cair, leh bubuh banyak2)
4. 2 sudu jus limau nipis

Cara2:

1. blend cili, dan bawang putih (tumbuk pon boleh..cuma cili akan jadi kasar sikit)
2. masukkan kicap dan jus limau nipis, kacau
3. siap!


hidangkan lah semua yang dah siap tu, masukkan dlm pinggan..dan berdoa utk berbuka! :)

selamat memasak..selamat berbuka puasa semua!!

opsss..gambar terakhir..lupa..sebab bihun dh habis, kami tambah dgn mee..so jadi la mee sup utara pulak..
tuuu dia..
(nampak sangat makan 2 pinggan sup..acaner nak kurus?? agagaga..)


okeh sekali lagi selamat berbuka puasa semua..!!! 

0 comments:

Post a Comment