Pages

Monday, 18 March 2013

Resipi Apam Strawberry @ Apam Polkadot Gebusss...


sudah 2 minggu i berhajat nak buat apam polkadot..tetapi kerana dah panjat Broga Hill..dh p KL, dh tolong my MIL kat kenduri..dah g jogging kat City Park sambil bawak hariz g playground, i dah menunda2 kan kegiatan main masak2 nih..

so sabtu lepass nekad p beli pewarna oil based pink & green apple kat I Love To Bake, Seremban Jaya..

then balik i pon membelek2 resipi kat internet dan terjumpa page mamamimi ni..blogspot mamamimi..

Tertarik nak buat apam polkadot gebuss i pon cuba resepi spt di bawah yg menurut mamamimi die amik dari majalah rasa...

meh baca resipi dan cara2 sebelum layanzzz gambar (kali ni terbalik pulak la kan..slalunya i tunjuk gambar dulu..xsemangat pulak baca xde gambar kan??) hehehe..ok la kasik sekeping gambau apam strawberry i yg dh jadik dlu...



Wokehh sudah semangat?? jom bc resipi yg i amik dr blog mamamimi...

APAM STRAWBERI
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 


okehh dah baca sume??
jom tengok hasil kerja i menggunakan resipi ini..

Isi separuh adunan pink, pastu buh filling..
pastu sambung isi adunan pink..
kne buh dlm bekas tau kalo x 

nanti apam tu mengembang 
semacam jer..

okeh, guna piping bag untuk buat dot2 putih dan daun hijau tu..
tipsnyer, jgn potong hujung piping bag besar2 sgt 
nanti susah nak control, guna kreativiti, 
leh buat mcm deco cupcake ajer..

tadaaa..ni hasil kerja i 
ade memacam tema jom zoom satu persatu

Ini I LOVE U theme..dgn lovely dots kat blkg tue..
untuk org kawin seswai ni kan?? hehe..

atas: I LOVE YoU theme, bawah strawberry theme..
jom zoom strawbwrry theme!
haaa ini strawberry theme..

yg ini ape? owhh ini polkadots theme..
ada yg big dots ada yg small dotss..
hasil untuk habiskan adunan punye pasal..opss..

3 apam themes for the day: 
LOVELY, STRAWBERRY and POLKADOTS..

so untuk uolss selamat berpolkadots!!! Cubalah! 

0 comments:

Post a Comment