Pages

Tuesday, 12 March 2013

A Story About CHANGE: WHO MOVED MY CHEESE..


U ollss penah tengok buku ni?? tajuknye macam cite kanak2.."Who Moved My Cheese" tapi isi dalamnya sebenarnya menceritakan tentang 4 watak dan bagaimana watak itu beradaptasi dengan perubahan..

"CHEESE" dalam cerita ini adalah sebagai satu perumpaan kepada apa sahaja tujuan manusia..contohnya cheese ini mungkin boleh jadi duit, boleh jadi kekayaan, boleh jadi kejayaan atau boleh jadi juga kerjaya..sebab semua benda yg disebutkan tu mempunyai ups and downs dan ada perubahan..mungkin satu masa kita kaya, tapi tanpa kita sedari rupanya kekayaan makin hilang, dan bagaimana kita nak uruskan masalah itu, adakah kita jadi org yang duduk berpeluk tubuh menunggu duit jatuh dari langit, atau segera keluar dari rutin biasa mencari sesuatu yang baru yang dapat memberi jaminan kekayaan pada kita? ataupun, adakah kita sekarang sudah selesa dengan kerjaya kita? pernah terfikir andai satu hari nanti kita di buang kerja kerana ada perubahan tetapi kita masih ingin kekal dgn cara yang sama?? hmmm...cheese dalam cerita ini adalah sesuatu yg berharga..tapi apa yg berharga tu? bergantung kepada individu tersebut..

Cheese yang di cari ada dalam "MAZE"..seperti yg uolss tau, maze ni adalah jalan yang tetiba je akan dapat keluar, atau tetiba je jumpa jalan mati..so maze ini perumpaan perjalanan kita untuk mencari sesuatu yang kita nak tu..dalam nak berjaya menemui "chesee" tu, kita kena melalui cabaran maze dulu..kalau kita cepat mengalah dah tentu tak menemui kejayaan..tetapi andai berusaha, akan berhasil jugak perjalanan itu menemui apa yang kita nak..

Dalam buku ini ada 4 watak: macam yang di tulis dlm gambar kat bawah nih..


Watak-watak:
1. SNIFF - yang cepat menghidu perubahan
2. SCURRY - yang cepat mengambil tindakan
3. HAW - yang agak lambat melihat perubahan tetapi bersedia untuk berubah, mengambil tindakan dan mencari arah yang baru
4. HEM - yang memang tidak mahu sebarang perubahan kerana terlalu takut jika berlaku perubahan akan memberi kesan yang lebih buruk sedangkan dia sendiri tak pernah mengambil langkah untuk berubah, tetapi hanya membuat ANDAIAN!

Dalam cerita ini, keempat-empat watak tersebut setiap pagi mencari chesee di station yang sama dalam maze tersebut, tetapi lama kelamaan cheese ini makin berkurangan, SNIFF & SCURRY segera mengambil keputusuan mencari station lain yang baru di dalam maze tersebut manakala HAW & HEM yang berasa selesa tidak perasan akan sebarang perubahan kedua2nya menikmati cheese yang ada sehingga lah pada suatu hari cheese semuanya sudah habis. HEM sangat terkejut dan menyalahkan siapa yang memindahkan cheese tu? dia sanggup menunggu dan terus menunggu setiap hari mengharapkan cheese itu turun dari langit jer..HAW pula mula merasakan tindakan HEM salah dan mula berfikir untuk mencari jalan yang baru di dalam maze tersebut kerana percaya mesti ada station cheese yang baru..tetapi HEM merasakan tindakan keluar mencari station cheese yang baru sangat merbahaya, di luar sana belum menjaminkan keselamatan dan kejayaan..tetapi HAW bertegas dan mula mencari jalan yang baru di dalam maze tersebut, setiap kali dia berjalan, akan ada kata2 yang ditulis didinding..jom baca apa kata2 yang ada...

kalau kita dapat detect perubahan yang kecil secepat mungkin, ianya boleh membantu kita untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang lebih besar..memang patut kita sentiasa bersedia dengan perubahan..

 if kita dapat tengok yang kita boleh cari kejayaan yang baru, kita perlu menukar perjalanan..sebabnya kalau jalan yang sama x menjanjikan perubahan buat ape nak ditunggu2 lagi kan..kite kene ubah jalan..mungkin jalan yang baru menjanjikan kejayaan baru yang lebih..

 Kepercayaan atau jalan yang LAMA tidak akan membawa kita kepada kejayaan yang baru.. sebab kepercayaan LAMA itu lah yang selalunya menyekat kita daripada menemui  kejayaan yang BARU..

 Lebih selamat untuk mencari jalan baru terus dalam maze tersebut, dari duduk dan terus berada dalam keadaan tiada cheese..lebih baik kita mencari jalan baru untuk menemui kejayaan daripada kita terus duduk dalam keadaan yang mengeluh dengan tiada kejayaan atau tidak berpuas hati dengan apa yang ada sekarang..

Ini part best! Part kite membayangkan KEJAYAAN yang baru dan lebih baik! Ibarat menanam impian..bila ada impian yg kita akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan sesuatu yang baru, kita akan mula mengorak langkah, merencanakan LANGKAH2 BARU untuk menuju kejayaan..

 Langkah ke arah perjalanan yang baru akan membantu kita untuk mendapatkan kejayaan yang BARU!.. betul kan? kalo x mula melangkah ke arah yang baru cemane nak dapat sesuatu yg baru? nak ngorat awek baru pon kne pkai cara baru, xleh pkai cara yg sama cm ngorat ex aweks dulu kan?? x gitu?? agagaga..merapikss lak..haha..okay jommm continue...

 Ini salah satu yang benar..bila kita dapat atasi rasa TAKUT...kita akan rasa jauh LEBIH BAIK..macam rancangan FEAR FACTOR  la gak kan..bila belum buat rasa takut tapi bila berjaya mengatasinya, berjaya buat akan rasa HAPPY! macam tu la jugak..kadang2 kita rasa TAKUT nak berenti KERJA..tapi rupanya bila berenti kerja, dapat satu pekerjaan yang lebih bagus berganda2 dan kita rasa happy..cam tu la ibaratnye kan..??

 Lagi CEPAT kita berani keluar dari keadaan yang LAMA tu sebenarnya lagi CEPAT kita berjumpa dengan KEJAYAAN yang BARU..ye la kita ambil contoh usia..kalau seawal usia 20an kita dah berusaha mencari jalan2 yang baru, jadi bila berusia 30an kita dah menikmati kejayaan yang jauh berganda HEBAT dari orang yang berumur 50an..dan bila sesiapa yang lambat bertindak, bila dah umur 40an baru nak bertindak..maka lambat lah nak menikmati kejayaan tuuu...(peingatan untuk diri i jugak..i planning nak keje sendiri..so berharap i cepat mengambil langkah x mau tunggu lama2. lagi dah..dah penat bertahun2 keje kat sini tapi xde kemajuan dalam diri..haishhh..)
 yes true..jika kita kerap menilai kembali apa yang kita ada pada hari ini, kita akan cepat mengetahui bahawasanya apa yang kita ada tu perlu diperbaiki..sebab semakin lama kita di zon selesa bukannya bagus tetapi mengundang kepada menjadi seseorang yang LEMAU..(itulah yang i rasakan sekarang..5years i kat sini rasa makin lemau..bukannya makin berisi..sadis..sob sob..tapi kiranya tu i dah menilai lah kan cheese yg i ada skrg..dan dh dapat rasakan bahawasanya..its getting OLD! aiyarksss!!)

Bila kita jadi insan yang tak mau berubah..ni la die.. kita akan sentiasa berada di zon selesa..lita takkan melakukan sebrang perubahan, di mana kita sebenarnya x perasan, kita membazirkan masa dalam hidup ini menggunakan keupayaan diri yang sangat MINIMA..sedangkan setiap insan jika berjuang ke tahap MAKSIMA akan menjadi seorang yang berganda2 HEBAT! Xkan xnak jadi hebat? takkan asyik nak jadi orang yang KAGUM dengan orang yang hebat?? Pe kata kita jadi orang yang DIKAGUMI pulak..x mo ke??

 WHAT WOULD YOU DO IF YOU WEREN'T AFRAID?? Haa... percaya tak kalo kita jadi org yang FEARLESSS kita akan lebih berjaya..apa yang membezakan kita hari ini dengan orang lain yang DIKAGUMI sebab success dlm business ada company sendiri sume ialah KETAKUTAN kepada perasaan tidak selamat..sebenarnya rasa tidak selamat itu lebih baik..sebab kita akan meningkatkan AWARENESS dan sentiasa bersedia dengan apa sahaja keadaan..

 dan ini bila kita BERJAYA menemui apa yang kita nak..semestinya kita akan HAPPY!! kan?

 Bila kita sedar kepentingan kejayaan @ pencapaian yang kita nak lebih lagilah kita akan mempertahankannya..masa tu kita akan sentiasa berusaha untuk mempertahankan apa yang kita dah ada..

 Akhir sekali...berusahalah dengan perjalanan yang baru dan kejayaan yang baru dan enjoyyy!! heeeee...

Dibawah ialah kesimpulan kepada keseluruhan cerita ini:

1. perubahan akan berlaku..
2. so kita patut mula bersedia berubah..
3. dan kita nilai perubahan tersebut, bila agaknya berlaku perubahan tu..
4. terus menyesuaikan diri dengan cepat jika ada perubahan...lebih cepat lebih bagus..
5. dan.. BERUBAHLAH!..
6. nikmati kesan perubahan tersebut..
7. sentiasa bersedia untuk berubah dan terus menikmati kesan terhadap perubahan tersebut...

THE END...


Habis sudah....tu muka belakang buku WHO MOVED MY CHEESE..

so sebagai memudahkan pembaca..di sini i sertakan video tentang cerita WHO MOVED MY CHEESE..

 DECIDE WHO U WANT TO BE in the story.. 

SNIFF? SCURRY? HAM? HAW?

and.. ENJOY watching!!


0 comments:

Post a Comment