Semalam punye la sibuk berfikir nak masak apa untuk makan malam.. last2 terlahirlah masakan bihun goreng sempoi ala2 bihun goreng singapore...
Cam biasa.. jom tgk gambar dulu..kasik semangat.. hehe..
Wokehh..next kite pegi pada resipi..
Bahan-bahan:
1. udang
2. sotong
3. daging kisar
4. bihun (rendam siap2 bagi lembut)
5. sosej
6. telur
7. sos lada hitam
8. bawang putih
9. lobak merah
10. daun sup n daun bawang
11. cili api
12. minyak untuk menumis
13. garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih yang ditumbuk dgn cili api hingga naik bau yummy..hee
2. Masukkan udang, sotong, daging kisar, masak hingga semua tu nampak layu sikit tanda dh masak la tu kan..
3. masukkan sos lada hitam, then masukkan garam..rasa masa ni..kalo x masin tambah garam yer..
4. then masukkan bihun, kacau2 bagi sebati dgn bahan2 tumis tadi
5. masukkan lobak merah yang disagat halus, daun sup dan daun bawang yang telah dipotong..kacau sebati.. rasa yer sedap ke x bihun tu..
6. untuk sosej, rebuskan dan potong bulat2..nape i tak masukkan sekali sbb x mo satu bihun tu ada rasa sosej..heee
7. pecahkan telur dan goreng macam telur dadar..nak cantik, gulung telur tu dan potong halus..
8. pastu taburkan sosej dan telur dadar tu atas bihun yg dh dimasukkan dalam mangkuk cantik..
SIAP DIHIDANG...JOM MAKAN!.. :)
0 comments:
Post a Comment