Selamat pagi Jumaat semua!! hari ni i nak sharing cemane eh nak study ANATOMI?? ade yg x pernah dengar ke ape itu anatomi??
Anatomi menurut istilah ialah kajian tentang struktur benda hidup..dan yang biasa dipelajari ialah Human Anatomy..di mana kita belajar tentang struktur badan manusia..macam dlm gambar bawah tuuu...
Biasanya anatomi ialah subjek killer bagi student..ye la i paham sbb bagi yang pertama kali mmg agak sukar kerana memerlukan seseorg yang mampu menghafal/mengingati fakta dengan baik..tapi percaya x if i kate nak study anatomi ni bukan susah sgt..sebab ape ye?? sebab struktur pada manusia ini x kan pernah berubah..so, dr diri sendiri pon kita boleh belajar anatomi tau..xyah jauh2..anatomi ni sebenarnya sgt dekat dengan kita..
okehh..cemane nak study subjek yg memerlukan daya ingatan nih??
ini adalah antara tips yg i sendiri penah buat sebagai student (suatu ketika dahulu) dan juga sebagai lecturer anatomi..okay ready???
1. persediaan awal..
**mana2 subjek pon bila nak belajar memerlukan persediaan awal..ape yg nak disediakan? okehh masa lecturer belum ajar kita dah bukak buku dan baca topik yang nak diajar tu, then masa dalam kelas bagi tumpuan dengan apa yg lecturer ajar..dan bila balik, bukak balik buku + nota pasal topik yg diajar tadi...
2. mula buat nota sendiri
**semasa dah baca pasal topik tu, mulalah ambik sehelai kertas kosong dan tulis lah nota sendiri tentang topik tu..
3. Melihat & melukis gambar!
**banyakkan melihat gambar dan cuba lukis gambar struktur yg dipelajari dalam versi sendiri secara ringkas. anatomi memerlukan daya ingatan dengan imej2..jadi perbanyakkan melihat gambar dan melukis!
|
Contoh lukisan sendiri untuk epitelium kolumnar bersilia |
4. Perbanyakkan latihan melabelkan struktur
** mungkin ada yang rasa lukisan tu susah nak buat sebab ada yang kate xde bakat, tu x jadi masalah sebab kita ada satu lagi kaedah iaitu cari gambar2 struktur anatomi tu, dan labelkan!..senang kan? cuma cari gambar2 yg x berlabel atau yg memang dah ada label kosong dan masukkan nama struktur tu..xsusah pon..lagi banyak latihan melabel, lagi banyak terdedah dengan gambar struktur, lagi senang nak ingat!
|
contoh gambar yang telah dilabelkan, tinggal nak namakan aje.. |
5. Buat MIND map!
** mind mapping ialah satu kaedah yang mana sgt banyak membantu dalam pembelajran..bagi mind mapping anatomi lebih menarik jika diletakkan gambar dan dari labeling pada step ke4 tadi, tuliskan fungsi struktur tersebut..haa..salah satu cara yg sgt berkesan tau..ada gambar, ada nama dan terus ada fungsi..(fungsi tu biasanya dah masuk FISIOLOGI...anatomi & fisiologi mmg xdapat dipisahkan..) kalu x pon, buat satu mind map yang mana ada ilustrasi skali tgk mcm contoh ni:
|
Contoh mind mapping untuk sistem saraf |
Seronok kan belajar dgn adanya gambar2 dan warna2..? sebab tu bg i belajar anatomi ni best..tapi cemane nak bestkan? kita yg buat..cari gambar, warna kan, labelkan, dan buat mind map yg bergambar dan berwarna..cara ini akan merangsang deria2 kita untuk bekerja dengan lebih baik!
6. Bercakap dan mengajar kawan lain bagi topik tersebut
** haaa salah satu cara yang menarik ialah bercakap! semua orang suka kan bercakap?? tapi jangan cakap kosong yer..kalo xde kawan nak dengar ape kite cakap, xde masalah, sediakn cermin, dan mula lah bercakap di hadapan cermin tu! bila kita mula bercakap secara tak langsung otak kita akan lebih mengingati apa yg kita cakapkan..dan kalo ade kawan lagi bagus..masing2 study topik yang berbeza, dan kemudian bila berkumpul, masing2 take turns untuk jadi lecturer kepada kawan2..bawak lah gambar2 untuk sama2 share dengan kawan2..sebabnya..lagi bnyk kita share ilmu dgn org lain, lagi kuat la ilmu tu melekat dlm pemikiran kite!
7.Uji diri sendiri
** sebelum kita diuji dengan Exam yg formal, kita pon kene buat exam kecil2an untuk diri sendiri..macamane??? senang jer..cari mana2 soalan dan cuba buat tanpa melihat buku dan nota, kemudian kita semak, berapa markah yg kita dapat..kalau banyak, maksudnya ok la tu, kalo langsung tak ingat nak tulis ape, jadinya kite kene buat balik step #no 2 kat atas sampai la step #no 7 ni balikk...kalo xde soalan pon xpe, cuma amik sehelai kertas kosong dan tuliskan sume fakta yang diingati..kalo penuh kertas kosong tu, insyaallah xde masalah..kalo kertas kosong tu tetap kosong..hmmm ulang la balik langkah2 study kat atas tu yer..
*** i ucapkan..GOOD LUCK! selamat study ANATOMI! :)