Pages

Thursday 27 December 2012

Sedihnye berpisah dengan MERLIN!!



Angkat tangan sape suke tengok cite MERLIN??? dah sampai season finale dah rupenye..hmmm sadisnye cite merlin ni dah habis..

i sangat minat cite ni dari mula lagi masa merlin mula2 nak dapat kuasa magic, masa mula2 jadi budak suruhan Arthur dan masa Morgana masih belum tau yang die jugak ade magic, die kakak kepada Arthur..sampai la kisah ayah arthur tu mati, Morgana nak kuasai Camelot, Arthur kawin dgn Guinevere..

merlin satu cerita yang menarik walau ada melibatkan penggunaan sihir..sbbnye dipihak merlin menggunakan sihir untuk selamatkan Arthur dan kerajaan Camelot..Merlin sgt setia dgn arthur dan btol2 sayangkan Arthur walaupun kadang2 Arthur bg layanan yg membuli..watak arthur pulak sangatlah berani..langsung x takut pada musuh..raja yang x mengikut pada cara pemerintahan lama, mendengar pendapat kesatria2 die..dan arthur jgk pahlawan yang tangkas dan kuat..
(itu dua watak utama yang positif)...

disamping tu, watak physician Gaius pun best jugak..yang hebat pasal ubat2 dan menasihati merlin..(xsemua nasihat tu merlin ikut..heee)..guinevere watak org suruhan Morgana yang akhirnya menjadi Queen of Camelot..dan watak macam sir leon, gwaine, yg mana semuanya setia pada Arthur..

watak yang agak mengambil kesempatan ialah Naga tua yang lama..yg pada mulanya dirantai pada zaman ayah arthur memerintah..walaupun naga tu tolong merlin dgn mcm2 jawapan pada soalan yg merlin ajukan, sbg balasan naga tu mintak untuk dilepaskan..

watak yang berubah karekter dalam cerita ni ialah morgana, dari seorang puteri yang dijaga oleh ayahnya sendiri (dan die pada mulanya xtau tu adalah ayah die), seorang yg selalu bermimpi buruk, susah nak tidur sampai gaius kne bagi potion tido, seorang tuan yang baik jugak pada guinevere pada mulanya lah..berubah bila tau ttg kuasa sihir yg die ada dan bila die tau bahawa die lah anak pertama raja, arthur adik yang tak layak memerintah..die mula buat macam2 dgn menggunakan sihir dan org2 sihir yang lain supaya die boleh menduduki takhta camelot..sampai lah episod akhir pon masih nak membunuh Arthur...

satu lagi watak yang ada ialah Mordred..seorang Druid yang telah ditilik akan menyebabkan kematian arthur...mordred terhutang nyawa dgn arthur pada mulanya sbb arthur x bunuh die masa die kecik..bila besar die mengagumi arthur dan jadi salah seorg kesatria yang dipercayai arthur..akhirnya die mengkhianati arthur hanya sebab arthur terpaksa jatuhkan hukuman mati kepada seorang perempuan druid yang dicintainya (sedangkan arthur sudah memberi peluang pada perempuan tu...kalau bapak arthur takkannyer...)..dan akhir sekali die menjadi musuh arthur dan die berpihak pada morgana...

heeee..rs macam bnyk lagi nak tulis..tapi tak nak la pulak sampai tercerita ape ending cite merlin ni..nak tau siapa yang kekal jadi king of camelot? arthur atau morgana? berjaya xtakdir mordred menyebabkan arthur terbunuh ditangannya? berjayakah merlin sentiasa melindungi arthur dengan sihirnya? meh tengok cite merlin ni..klik link dibawah, dan downloadlah yer..

http://www.teamhanna.org/tv-show/tv-show-english/merlin-2008-season-5-hdtv-mkv-update-ep01


0 comments:

Post a Comment