Hi uollsss..ini perkongsian pembacaan i tentang TAKAFUL..
Dipetik dari: www.greatfinancialplanner.weebly.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk Apa Takaful ni AZ? Insurans nak buat apa AZ?
Begini..takaful ini diwujudkan sebagai perlindungan. Payung perlindungan di kala kita kesusahan sebab masa depan yang kita tak pasti.
Apa yang kita perlu lindungi?
Jawapan:
Kita ambil contoh mudah. Harta yang kita nampak secara fizikalnya. Perlindungan harta benda:
Semua orang ada kereta kan? Kereta ada perlindungan tak?
ADA kan.
Bagi KERETA :
Takaful cover pinjaman kereta.kalau sakit/hilang upaya @ mati kereta tak payah bayar. Takaful tolong selesaikan baki yang tinggal..kereta kita jadi milik anda & keluarga. Tak perlu bergolok gadai atau terjual kereta tu...guna aje macam hak milik sendiri. takaful tak minta cagaran apa2.
MLTT-takaful utk rumah.mcm mana? Kalau kita sakit/hilang daya lg nak bekerja rumah tetap kena bayar.Kebanyakan kes rumah didiamidi lelong oleh bank apabila pinjaman tidak dapat dibayar akibat uzur / sakit yang menimpa...
Maka jalan yang baik ialah dengan membeli perlindungan iaitu TAKAFUL!
Jika uzur, baki pinjaman bank dilangsaikan sepenuhnya oleh pihak takaful. Malah kadang2 ada lebihan RM tau! Boleh lah kita guna untuk sara hidup. "sudah jatuh tak kena timpa tangga" hihi. perumpamaan baru!
Rasanya setiap daripada anda ada kan kedua2 perlindungan untuk KERETA dan RUMAH?
Harta pon kita LINDUNG..jadi diri sendiri pon perlu juga ada PERLINDUNGAN. Tapi ramai yang masih rasa tak perlu untuk diri sendiri..ruginya lah kalau kita tak ada perlindungan diri kan..bukankah yang paling beharga ialah diri kita??
Apa perlindungan untuk diri yang boleh kita pilih?
KESIHATAN. Ini ialah nikmat yang paling berharga kepada kita..apa salahnya kalau kita lindungi kesihatan masa depan dengan adanya kad perubatan sendiri.
kad perubatan ialah keperluan asas. KENAPA? Sebabnya sakit & manusia tak boleh dipisahkan. Selalunya ramai yang jawab..tak pe..saya takkan sakit AZ, sihat lagi ni, tak pe, Az saya amalkan pemakanan seimbang dan saya ambil supplement kesihatan. Bagus sangat pada yang berusaha kekalkan kesihatan. Tetapi, sebanyak mana pun kita ambil supplement "berapa % kita yakin sakit takkan pernah datang pada kita? Paling tak pun pasti demam/sakit kepala/cirit birit/denggi/kemalangan boleh menjenguk tanpa kita undang. Eh, sakit tu kifarah dosa AZ..hmmm..itu bermaksud kita masih ada kepercayaan satu hari nanti sakit akan menjenguk kita. Tetapi untuk sakit, kita tak dapat membuat pilihan, sakit apa yang datang. Sungguhpun begitu, ada satu perkara yang kita boleh pilih iaitu kos rawatan yang lebih murah atau PERCUMA ketika sakit datang pada kita. Bagaimana? MEDICAL CARD. Iyer bukan lah percuma medical card ni AZ..sebab bulan2 kena bayar..betul tu. Tapi tahukah anda dengan medical card ini, anda mampu langsaikan bill hospital tanpa mengeluarkan wang cash ketika sedang sakit! Bayangkan kalau dlm masa 2 tahun selepas bayar medical card, anda jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan. Harganya mungkin mececah RM10,000 ke ats. Sedangkan masa tu kita baru bayar RM3,600 (monthly RM150). Mana datang duit banyak lebih ni? Inilah hasil perkongsian dlm konsep takaful..tabarru'..setiap ahli dlm takaful akan membantu untuk memberi sumbangan kepada anda untuk selesaikan bill tadi..best kan? Pahala pon dapat. Walaubagaimanapun, ini boleh dipilih..bagi yang nak lebih selesa dengan jaminan terbaik untuk kesihatan diri, ambil lah medical card.
Pendidikan anak-anak. Ini bagi menjamin masa depan anak-anak kita.
Rancanglah simpanan pendidikan anak-anak..kos pembelajaran semakin meningkat xkira peringkat! Sek/uni/kolej/dip/ijazah/degree/master/phd, semua peringkat pembelajaran ini memerlukan DUIT untuk membayar yuran pengajian. Ibu bapa yang BIJAK akan mula menyimpan sikit2..lama2 jadilah bukit simpanan tu..bila masanya anak-anak ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, duit sudah tersedia!!
"Impian jadi kenyataan tanpa pinjaman". Usia kita di dunia hanya pinjaman dari Allah, sekiranya ibu bapa ditakdirkan meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal atau hilang upaya, simpanan pendidikan anak2 akan disambung simpanan bulanannya oleh takaful! Great Eastern akan mengambil alih sebagai pencarum bulanan sehingga umur anak mencecah25 tahun! Istimewa kan?Ini dinamakan sebagai "waive" future contribution free & disambung oleh takaful. Inilah keistimewaan simpanan melalui takaful berbanding simpanan di bank2 biasa yang mana jika kita hilang upaya atau meninggal dunia, tiada yang akan sambung untuk menyimpan bagi anak-anak. Apa yang anda pernah simpan, itu sahajalah yang ada. Jadilah ibu bapa yang bijak! Ambillah peluang keistimewaan pelan pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih "CERAH" .
PERLINDUNGAN PENDAPATAN
Gaji bulanan. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu , ramai yang terdedah dengan risiko kehilangan kerja. Bukan mudah utuk menghadapi kehidupan saat hilang gaji sedia ada(takde duit). Jika ditambah pula dengan keadaan tidak mengizinkan seperti masalah kesihatan, pastinya akan menjadi lebih perit. Masa inilah takaful datang melindungi..menjadi "PAYUNG" keramat untuk menjadi alat "income replacement". Tidaklah susah hati berhadapan keadaan cemas ini sekiranya berlaku..Wang pampasan bagi.10 tahun gaji in advance diserahkan! bahagia ke bahagia? Silap2 lahir jutawan dalam saat hampir hilang punca...Paling berharga, hidup mampu diteruskan
USIA TUA
hari tua sesuatu yang ditakuti tapi tidak mampu lari...setiap yang muda pasti akan tua jika umur panjang.Sebaiknya saat tua kita dinikmati tanpa bebanan kewangan..tanpa bebanan hutang..sebaliknya kita menikmati baki kehidupan dengan kesyukuran & keseronokkan tanpa tekanan kewangan. Justeru, Az cadangkan menabunglah untuk persaraan melalui tabung takaful dari usia muda remaja. Simpanan ditakaful selamat dan mempunyai pampasan..
Takaful itu perlu untuk PERLINDUNGAN. Apa yang nak dilindungi sebenarnya ialah "WANG" dan harta..masalah kewangan biasanya menjadi lebih teruk apabila hadirnya 3 perkara ini:
1. Sakit kritikal
2. Cacat Kekal
3. Kematian
Ketiga2 ini akan menyebabkan sumber pendapatan TERPUTUS. Bila tiada pendapatan, rumah, kereta, kesihatan, wang perbelanjaan dan simpanan pendidikan dan simpanan persaraan akan hilang sumbernya. Tetapi TAKAFUL akan memastikan wang yang diperlukan akan terus ada, kerana adanya ko nsep perkongsian (tabarru') dan adanya "waiver" yang memastikan caruman anda diteruskan sekiranya ketika2 masalah ini datang. Maka Az nasihatkan anda memilih TAKAFUL bagi mendapatkan kesemua perlindungan di atas. Rancang masa depan yang bijak bukan hanya untuk diri sendiri, rancanglah masa depan untuk diri dan keluarga.
Dah bersedia untuk memilih payung??
Jika YA dan perlukan nasihat..hubungi AZ. Insyaallah anda akan dibantu. Terima kasih kerana membaca. Semoga beroleh manfaat! Maizatul Az Advisor 0126825197 |
0 comments:
Post a Comment