Pages

Wednesday 10 February 2016

Ade ke pelaburan TANPA MODAL TUNAI?

Pagi ni iollss terbaca info dari www.greatfinancialplanner.weebly.com

Rupanya iollss dan uollss boleh invest guna akaun 1 KWSP ke dalam unit trust ye..ni ha artikel tu..


__________________________________________________________



Hari ini AZ nak sharing satu langkah bijak iaitu:

Bagaimana melabur tanpa modal dalam unit trust?

Ramai yang nak melabur tapi ramai juga yang hentikan niat melabur bila dapat tahu perlu ada min RM1000 sebelum mula melabur di unit trust. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ramai yang mengeluh dan akhirnya mendiamkan diri untuk melabur.

Tapi Az nak bagi tau, ada satu lagi cara untuk melabur dalam Unit Trust: menggunakan wang dari simpanan KWSP.

Bagaimana cara nak melabur dalam unit trust melalui KWSP?

Pertama: Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Semak berapa jumlah simpanan dalam akaun 1 KWSP anda. Anda boleh menyemak dengan: i-Akaun (online KWSP), Penyata KWSP (diposkan), Pusat panggilan KWSP 03-8922 6000, Ke kiosk KWSP termasuk di RHB Easy kiosk atau ke pejabat KWSP berhampiran anda.

Kedua: Anda boleh terus menghubungi kami Az advisors bagi pengiraan dan perbincangan dana yang sesuai kepada anda.

Ketiga: Pengiraan jumlah amaun yang layak dilaburkan. pelabur hanya layak melaburkan 20% daripada jumlah simpanan yang lebih dari nilai Simpanan Asas yang telah ditetapkan oleh KWSP. Nilai simpanan asas ini bergantung kepada umur anda. Contoh jadual simpanan asas:

Bagaimana nak kira?
Formula pengiraan: (Jumlah dari Akaun 1 - Nilai simpanan asas) x20%
Contoh:
Sekiranya Alyn berusia 30 tahun dengan nilai simpanan dalam akaun 1 ialah RM60K,
Nilai yang layak dilaburkan oleh alyn ialah: (RM 60,000 - RM 27,000) x 20% = RM 6, 600.

Alyn layak melaburkan RM 6,600 daripada jumlah simpanan di dalam akaun 1 beliau.
​(jumlah layak melabur minima ialah RM1000)

Keempat: Setelah dikenalpasti layak melabur, anda dikehendaki menyediakan fotokopi IC depan dan belakang di atas kertas A4 putih. Pastikan anda tak scan ye. Fotokopi hitam putih saje. ini untuk memastikan dokumen anda diterima oleh pihak KWSP nanti (KWSP sgt strict..salah sikit kena REJECT).

Kelima: Kita set masa untuk berjumpa. Area seremban, Kl atau melaka..kalau anda tak berada di ketiga2 lokasi itu, maklumkan pada pihak kami supaya kami boleh aturkan pengurusan dokumen anda.

Keenam: Setelah berjumpa dan dokumen dilengkapkan, pihak kami akan menghantar kesemua dokumen bagi urusan pelaburan! 

Mudah bukan? Tiada pengeluaran tunai diperlukan. Hanya Semak, Kira dan lengkapkan dokumen yang diperlukan.
Maka dengan ini anda sudah menjadi pelabur unit trust!

Semoga bermanfaat!
Myzatul
0126825197

               

0 comments:

Post a Comment