Sudah 38 hari berpantang. Rasa nk share lagi stories dgn mommies out there. Kali ni pasal breastfeeding.
Mommies sume mesti berkobar2 nk breastfeed baby yg dh dilahirkan kan? Sbg tanda kasih syg buat baby rsnya semua ibu berperasaan begitu. Direct feeding adalah yg trbaik. Tapi kalau mcm i ni working mommy mn dpt direct feeding smpai 2thn. 3bln je la dapat sbb cuti bersalin kan. Pastu baby kne minun ebm.
1st experience dulu xbape pandai nak merancang utk breastfeeding ni. Lambat simpan stok ebm membuatkan slps msk keje stp hari stress skit nk pastikan cukup bekalan ebm. Tp alhamdulillah berkat nekad di hati berjaya jugak fully breastfeed hariz smpai 7 bln stgh. Kali ni utk nafiz azamnya nak smpai 2thn kalau boleh. Aminn.
Ms hariz dlu pkai manual breastpump jenama avent. Bgs jugak sbenarnya. Breastpad kt pump tu membuatkan kt selesa. Sumenya ok cuma satu je xlarat nak pump manual. Terutamanya bl dh mula keje.
Kerana rs gagal nk memanjangkan tempoh breastfeed ms hariz dlu, kali ni i bertekad nk cuba sedaya upaya utk nafiz.
Langkah awal ms pregnant dlu adelah survey electric breastpump. Xlarat yg manual. Mcm biasa jenama yg ramai org kenal ialah medela. Plg bgs medela freestyle. Tapi dek kerana budget ciput. Xmampoo rasanya.
Satu hr i sembang2 dgn sarah, one of my friend yg mmg passionate dgn breastfeeding. Sarah suggest i survey satu jenama baru: Eve love. Buatan malaysia, harga lebih murah berkali ganda dan konsep freestyle jugak.
So brmulalah pencarian maklumat psl eve love. Jumpa fb page eve love sdn bhd, baca testimonial mommies yg dh guna dan tgk2 sale dr eve love. Sampai la satu hari i trbaca eve love akan bukak booth di mom & baby expo kt kl convention centre.
Dgn penuh membodeksnye i ajak incik hubby pegi. Kononnya nk survey la kan. Ms tu dh 36weeks. Gagah brjalan konon nk tgk promo breastpump, tungku and set tilam n bantal baby. Semua yg dihajatkan brjaya dibeli pd malam tu. Yeayyy! :)
Ms i beli eve love ni ada promo set. Kalau set breastpump aje rm499. Kalau set breastpump + cooler bag + storage bag + 6pc bottle + ice pack + warmer rm 600++ ( lupa pulak enam ratus bape puluh..) so dek kerana incik hubby yg nmpk trtarik (yg mula smgtnye i tp bl tiba kt booth tu trbalik pulak smangat pegi kt hubby, sape yg nk guna sbenarnye nih?? Confiuss jap. Haha), i amik set yg ada mcm2 tuu..berbaloi dgn harga. Kalo bli jenama lain 600 tu xdpt sume tu rsnye.
Ape yg speselnye dgn eve love breastpump ni.. bunyi motor x bising, suction boleh pilih 1-10. Siap ada muzik lagi kalo nk dgr ms pam susu tu. Ada power bank. So x yah la nk p cr soket letrik. Guna bateri pon boleh. Then ada bustier..yg ni pemegang breastpump yg membolehkan kt buat keja lain masa sesi pumping. Even ms tulis entry ni i tgh pam susu! Best kan? Hehe. Ala2 freestyle gitu. Lbh untung double pumping ni sbbnye hasil lbh bnyk utk kiri dan kanan sbb kedua2 breast di stimulate pd ms yg sama. Ha, tu satu lg yg best. First 2mins, breastpump ni akan stimulate breast dlu. Kalau dlu i pakai manual kne urut sndri dulu. Now x prlu dah. :) jimat masa bl dua2 breast boleh dipam pd masa yg sama. I likee..
Mmg best pengalaman kali ni memakai breastpump eve love buatan anak malaysia sendiri. Sungguh berbaloi melaburkan duit utk breastpump demi memastikan anak trsayang dpt full breastfeeding. Susu ibu kan susu yg trbaik!! Anak 1st biarpun 7bln lebey je fullybreastfeed, alhamdulillah jarang dpt sakit. sbb tu yg kedua ni i sgt brsemangat mencari breastpump yg ekonomi tetapi trbaik demi anak trsayang.
Okay i sertakan beberapa gambar buat tatapan uollss tentang eve love breastpump ni. :)
Atas power bank yg cute, bwh motor. Comel kan?? Bunyi x bising. |
Ini bustier tu. Kain yg boleh menganjal, ada cangkuk mcm bra, tp ada ruang utk bubuh breastpump..so sambil pam boleh buat keje lain! |
Hasil pam semasa menulis entry ini. |
Ni la satu set lengkap eve love flexi breastpump. |
0 comments:
Post a Comment