Pages

Monday, 21 April 2014

Resipi berpantang : ayam kampung dan ubi kentang masak halia

Hari ke 40 berpantang yeayyy!!! Ada 4hr lagi dan boleh jalan2 dah. Yippieee!! Dh lama dok kt rumah jerr..

Sempena hr ke 40 i nak share resipi org brpantang dihujung2 hari2 brpantang. (Sbb dh hujung2 bnyk menu yg agak menderhaka skit. Dh mula berani mkn yg brgoreng..lalala..xlarat dh merebus2 ni. Huwaaa).

So resipi yg i nk share hari ini ayam kampung!! Lama x mkan ayam. Tp ingat yer mommies out there, trutamanya yg bersalin czer la kan. Kite boleh mkn ayam kampung je tau. Jgn mkn ayam bandar nih. X elok utk luka, ayam bandar boleh menyebabkan luka jd gatal2. X elok tuuu, jd kalo tringin mkn ayam beli aym kampung yer :) jg lah luka czer kita tu. Sbbnye kalo jd ape2 kt yg tanggung. Brsabarlah mommies ye. Brkorban dr segi makan. Insyaallah luka cepat sembuh dan nnti kita pon x de msalah gatal2.

Jump to recipe! Simple aje ye.

Bahan2:
1. Isi ayam kampung (ikut bape bnyk yg mommies nak ye)
2. Bawang putih 2ulas ditumbuk
3. Bawang merah 1 biji separuh ditumbuk, separuh dimayang
4.halia separuh ditumbuk separuh dimayang
5. Kunyit hidup sikit. Tumbuk
6. Minyak masak
7. Garam
8. 1 biji Ubi kentang potong ikut suka, dinasihatkan ptg nipis skit bg cepat masak.


Cara2:
1. Potong bahagian ayam yg mommies suka, perap kejap dgn kunyit hidup yg ditumbuk.
2. Goreng sekejap ubi kentang, layu skit, agkat. Jgn smpai garing ye.
3. Goreng ayam yg diperap separa masak.
4. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk, bawang putih, bawang merah dan halia.
5. Bl nampak garing masukkan ubi kentang digoreng separa tadi. 
6. Kemudian masukkan ayam yg digoreng separa.
7. Masukkan bahan yg dimayang tadi; bawang merah dan halia.
8. Kacau semua hingga nampak garing.
9. Masukkan garam dan gaul rata.
10. Dah siap! Sila makan panas2!


Hehe dh siap makan panas2 aym kampung masak halia dgn kentang. Mkn smpai habis yer. 

Selamat memasak mommies!!! 
Ayam kampung resipi saye! Hee
Saturday, 19 April 2014

Eve love breastpump: Pembantu perjalanan breastfeeding

Sudah 38 hari berpantang. Rasa nk share lagi stories dgn mommies out there. Kali ni pasal breastfeeding.

Mommies sume mesti berkobar2 nk breastfeed baby yg dh dilahirkan kan? Sbg tanda kasih syg buat baby rsnya semua ibu berperasaan begitu. Direct feeding adalah yg trbaik. Tapi kalau mcm i ni working mommy mn dpt direct feeding smpai 2thn. 3bln je la dapat sbb cuti bersalin kan. Pastu baby kne minun ebm.

1st experience dulu xbape pandai nak merancang utk breastfeeding ni. Lambat simpan stok ebm membuatkan slps msk keje stp hari stress skit nk pastikan cukup bekalan ebm. Tp alhamdulillah berkat nekad di hati berjaya jugak fully breastfeed hariz smpai 7 bln stgh. Kali ni utk nafiz azamnya nak smpai 2thn kalau boleh. Aminn.

Ms hariz dlu pkai manual breastpump jenama avent. Bgs jugak sbenarnya. Breastpad kt pump tu membuatkan kt selesa. Sumenya ok cuma satu je xlarat nak pump manual. Terutamanya bl dh mula keje.

Kerana rs gagal nk memanjangkan tempoh breastfeed ms hariz dlu, kali ni i bertekad nk cuba sedaya upaya utk nafiz.

Langkah awal ms pregnant dlu adelah survey electric breastpump. Xlarat yg manual. Mcm biasa jenama yg ramai org kenal ialah medela. Plg bgs medela freestyle. Tapi dek kerana budget ciput. Xmampoo rasanya. 

Satu hr i sembang2 dgn sarah, one of my friend yg mmg passionate dgn breastfeeding. Sarah suggest i survey satu jenama baru: Eve love. Buatan malaysia, harga lebih murah berkali ganda dan konsep freestyle jugak.

So brmulalah pencarian maklumat psl eve love. Jumpa fb page eve love sdn bhd, baca testimonial mommies yg dh guna dan tgk2 sale dr eve love. Sampai la satu hari i trbaca eve love akan bukak booth di mom & baby expo kt kl convention centre.

Dgn penuh membodeksnye i ajak incik hubby pegi. Kononnya nk survey la kan. Ms tu dh 36weeks. Gagah brjalan konon nk tgk promo breastpump, tungku and set tilam n bantal baby. Semua yg dihajatkan brjaya dibeli pd malam tu. Yeayyy! :)

Ms i beli eve love ni ada promo set. Kalau set breastpump aje rm499. Kalau set breastpump + cooler bag + storage bag + 6pc bottle + ice pack + warmer rm 600++ ( lupa pulak enam ratus bape puluh..) so dek kerana incik hubby yg nmpk trtarik (yg mula smgtnye i tp bl tiba kt booth tu trbalik pulak smangat pegi kt hubby, sape yg nk guna sbenarnye nih?? Confiuss jap. Haha), i amik set yg ada mcm2 tuu..berbaloi dgn harga. Kalo bli jenama lain 600 tu xdpt sume tu rsnye. 


Ape yg speselnye dgn eve love breastpump ni.. bunyi motor x bising, suction boleh pilih 1-10. Siap ada muzik lagi kalo nk dgr  ms pam susu tu. Ada power bank. So x yah la nk p cr soket letrik. Guna bateri pon boleh. Then ada bustier..yg ni pemegang breastpump yg membolehkan kt buat keja lain masa sesi pumping. Even ms tulis entry ni i tgh pam susu! Best kan? Hehe. Ala2 freestyle gitu. Lbh untung double pumping ni sbbnye hasil lbh bnyk utk kiri dan kanan sbb kedua2 breast di stimulate pd ms yg sama. Ha, tu satu lg yg best. First 2mins, breastpump ni akan stimulate breast dlu. Kalau dlu i pakai manual kne urut sndri dulu. Now x prlu dah. :) jimat masa bl dua2 breast boleh dipam pd masa yg sama. I likee..

Mmg best pengalaman kali ni memakai breastpump eve love buatan anak malaysia sendiri. Sungguh berbaloi melaburkan duit utk breastpump demi memastikan anak trsayang dpt full breastfeeding. Susu ibu kan susu yg trbaik!! Anak 1st biarpun 7bln lebey je fullybreastfeed, alhamdulillah jarang dpt sakit. sbb tu yg kedua ni i sgt brsemangat mencari breastpump yg ekonomi tetapi trbaik demi anak trsayang.

Okay i sertakan beberapa gambar buat tatapan uollss tentang eve love breastpump ni. :)

Atas power bank yg cute, bwh motor.
Comel kan?? Bunyi x bising. 
Ini bustier tu. Kain yg boleh menganjal,
ada cangkuk mcm bra, tp ada ruang utk
bubuh breastpump..so sambil pam
boleh buat keje lain!

Hasil pam semasa menulis entry ini.
Ni la satu set lengkap eve love flexi breastpump.
Wednesday, 16 April 2014

Resipi berpantang yg simple: ikan kerapu kukus halia

Tempoh brpantang adalah masa yg selalunya mommies boley kurangkan berat badan. Nape eh?

Heee jwapannye mudah sbb mkn brjaga, bnyk mkn makanan yg sehat. No fast foods!! Kali ni i boleh turun 10kg dr berat akhir pregnancy. But msh ada baki 3kg yg xmo trn2 lg. Hehe. Xpe kali ni i nekad nak cuba trnkan berat lagi mlalui mknn dgn fully breast feed my dear nafiz.

Aiyooo cite dh melalut psl berat bdn plak. Mcm la i dh jd ringan sgt ye dak.
Sambung2 dgn cite sebenar. Menu brpantang. Disebabkan i brsalin secara czer atau lscs sekali lagi maka menu yg glam utk dimakan ialah sup ikan haruan. Dkt 3 mggu selang2 mkn. Bgs utk luka dalaman. Tp hari ni dh 35hari brpantang so menu pon nk ubah2 skit sbb bosan gak dok mkn mknn rebus aje kan.

Dgn yakinnye i masak ikan kerapu kukus halia yg sgt sempoi. Xpkai pengukus pon. Dlm kuali aje..nk cepat. Hehe.

Tp menderhaka la skit sbb ada guna minyak. Xlarat dh nk tggu 44hr br mkn mknn brtumis atau brgoreng. (Haha menderhaka gitu acaner berat nk trn ye dak??)

Okeh jom2 tgk resepi khas buat org brpantang. Jgn risau. Ikan kerapu x gatal. Bley makan. Dan halia bgs utk mommies dlm pantang..agen buang angin yg trbukti brkesan!

Bahan2:
1. 1 ekor ikan kerapu
2. 1rizom halia dipotong nipis panjang2 (haha rizom tu, sbb i mmg suka mkn halia ms pantang..tp bg yg kurang suka bubuh la bape yg korang rs mampu nk makan ye)
3. 2 labu bwg besar dipotong nipis
4. 6 ulas bwg putih
5. Minyak utk menumis
6. Lobak merah di hiris nipis
7. Beberapa helai Daun pudina  (utk bg bau wangi pudina pd kuah dan ikan)
8. Serai dititik
9. Asam keping secukup rasa ( kalo bkn dlm pantang pkai limau nipis. Yg ni buat hilangkan hanyir ikan jer)
10. Garam secukup rasa

Cara2:
1. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga layu
2. Masukkan air, asam keping dan ikan kerapu.
3. Tutupkan kuali dgn tudung periuk pastu tunggu mendidih.
4. Dah mendidih masukkan garam dan lobak merah. Masukkan daun pudina akhir sekali. Tutup sekejap dlm 2minit.
5. Kacau kuah dan rasa. Dh ok sume. Tutup api dapur dan hidangkan.

**sile mkn panas2 ye mommies. Mmg sedap dan hilangla rasa dh boring mkn makanan berpantang. Hehehe.

Kt bwh tu gambar ikan kerapu kukus halia yg tggu nk di makan.
Selamat memasak! :)

Pengalaman bersalin LSCS kali ke 2

Assalammualaikum.
Hari ke35 berpantang nmpaknya hari ini. But i xmo cite psl berpantang, nk share cite tentang pengalaman ke 2 kali melahirkan seorg lagi anak trsayang secara LSCS (yg kalo boleh i nak elak sgt, tp takdir allah lebih hebat..subahanallah)

Entry kali ini panjang citenye ye. Dh bnyk hari i tulis..something to share with mothers out there..hrp x trtido membacanya! Hehe.


Story begins in
30weeks of pregnancy.
Masa ni hasil scan dh nampak baby duduk dlm posisi melintang..debaran dh mula dirasai dlm hati kecil, andai hingga 36w baby still mcm ni, adakah aku akan melalui pengalaman dibedah lagi? Owhhh tidakk. Ya Allah, pusingkanlah kepala bayi ku ke bawah.

34w of pregnancy
No sign yg kepala baby ke bawah. Oh i can feel it. The kicking is at the bottom n the head is at my right side.. evry tips i tried..
Mcm2 ada yg kata bubuh ais kt kepala baby, suluh lampu kt bwh spy kepala baby turun, solat dgm sujud yg lama smbil brdoa kedudukan normal, brcakap2 dgn baby trsayang spy brgerak trn ke bawah..mbaca surah maryam, brdoa dgn doa maryam dan zikir2 yg memudahkan bersalin.
Setiap pagi mama bgn dgn harapan anak mama akn berubah kedudukannya. Tapi setiap pagi bila mama rasa kt mana adik, mama kecewa. Tp mama tetap brharap dan berusaha mencari jalan lagi.

35w of pregnancy
Hasil dok brtanya2 org, kwn mak i bg no bidan wan timah. Katanya cuba jumpa bidan ni sbb ada yg anknya songsang brjaya berpusing ke kedudukan normal. Tnpa bnyk fikir i dan hubby pegi cr bidan ni, kat rembau, kg. tengah.
Wan timah baik orgnya. Betol2 bidan lama. Rumah bersih dan trsusun rapi. Cara berubat wan cuma buat air dgn bacaan ayat utk mandi spy bayi brpusing. Alhamdulillah sbb i takot kalo jumpe bidan yg urut pusingkan. Takot merbahaya kt baby. Mujur tu aje cara wan timah. Dgn doa i mencuba cara itu. Dgn harapan baby trsayang dpt pusing ke cephalic position.

36w of pregancy.
Jumpa pakar o&g kat htj. Scan lagi tgk plan utk bersalin. Spt yg tlh i duga baby i msih dlm transverse position. Sbb mmg i boleh rasa. Stp pagi i akan cari dan rasa mn kepala baby. Tp stp pagi harapan pasti akan pudar. Sdgkan masa brlalu dan semakin hampir dgn hari2 melahirkan.

I mtk pd dr spy berikan ms pd baby utk berpusing dan alhamdulillah dr.teow say yes, i give u another one week and we will see again at 37w. Masa tu rs sungguh sedey membayangkan mungkin kene operate lagi. Tapi pd ms yg sama dtg kekuatan utk mencari jalan lagi spy dpt bersalin normal atau svd.

Tetiba teringat pd kak zubaidah, isteri seorg officemate yg sblm ni pernah bercerita dia boleh cuba pusingkan baby yg xnormal kedudukan dgn bacaan ayat al quran.
Dari perasaan susah hati sepanjang perjalanan, terasa spt satu sinar hadir. Terus i call kak zu dan ceritakan segala2nya. Selama seminggu kak zu membantu dgn stp hr membacakan surah dan zikir sambil memegang perut dan memujuk baby trsayang brpusing ke kedudukan normal.
Setiap hari mama berharap baby trsyg akn brpusing, setiap malam  dan setiap pagi mengusap perut dgn harapan ada perubahan..

Hingga
37w of pregnancy
Dgn perasaan berdebar dan sedikit sedih (sbb i dpt rasa baby x pusing, tp i cuba trsenyum namun incik hubby tau perasaan i yg sedey, sah2 i mmg x reti pura2 sbb bl sedey nampak kt muka)..i dan incik hubby sekali lagi ke klinik pakar o&g htj..memang betul firasat seorg ibu, nmpkya baby msih pd kedudukan melintang / transverse..

So dr mula planning mencari tarikh utk czer dan trus nk mintak i msk ward hr tu jugak. Owhhh nooo awalnya msk ward. Seminggu sblm operate?? X sanggup, mujur i brhasil memujuk dr memberi diskaun 50%, msk ward 3hr lebih awl utk memantau kedudukan bayi..maka 10/3/14 tarikh masuk ward. Dan 13/3/14 tarikh elective lscs utk i melahiran baby.
Sepanjang prjalanan balik hati benar2 sedih dan risau. Memikirkan cemana i nk jaga diri dlm pantang dgn luka czer, dgn hariz yg aktif sungguh, risau andai hariz xfaham yg mamanya sakit, risau dgn kengerian sakit selepas brsalin yg dh prnah i alami masa bersalin kat hariz, risau mcm2 hingga mengalir air mata..incik hubby merenung seolah2 cuba memahami..sungguh i rasa takut..stress.

Dek kerana stress tetiba i ajak incik hubby g mkn pizza hut. Haha klakar plak bl teringat. Sedih, tp masih ada selera nk mkn. Bkn apa bl dh tau i mungkin akn brsalin operation baik i mkn apa2 yg pantangnya lama lebih dr 44 hr baru boleh makan utk jaga luka bersalin nnti. Kelakuan pelik tu buat incik hubby trgelak. Org yg risau msh boleh brselera hbiskan pizza, sphagetti, mushroom soup, sesame bread. Haha.

Masih ada baki 3 hr sebelum i masuk ke hospital.. hati masih brharap, dio pada allah terus dipanjatkan. Sungguh tringin melahirkan anak secara normal spt kebanyakan ibu2 yg lain..stp pg bgn dgn harapan, stp mlm doa dan solat namun pagi isnin tiba dan baby trsyg mama masih belum berubah kedudukan.

10/3/14
Hasil scan di screening room, kedudukan bayi masih transverse. Makanya kena la masuk ward terus. Utk dimonitor oleh dr setiap hari..

3 hari brlalu, dgn stp hari i mencari semangat dan brfikir positif. Baby akan trn ye, mama akan lahirkan baby secara normal. Sehingga pagi hari rabu, kedudukan baby masih sama.. dr muka memasang branula selepas selesai zuhur.. di ketika itu sudah trbayang lampu di dewan bedah, bunyi mesin di dewan bedah..allahhuakbar..takotnya..xpe masa masih ada hingga pagi esok. Hati terus brharap. Ya allah berikan aku kesempatan menjadiseorg ibu yg dpt merasai kesakitan brsalin secara normal. Ak mohon ya allah..

mlm harinya tidur tak lena mcm2 bayangan dtg, terus i telefon incik hubby, mak dan abah..brharap agar hati lebih tenteram dan dpt tidur dan menghadapi hari esok dgn kuat. Airmata mengalir lagi malam itu.sungguh i x cukup kuat menghadapi kenyataan yg bakal melalui lscs kali ke 2, kerana i bakal menghadapinya lagi utk anak ke 3 dan nampaknya zuriat yg akan ada 3org aje lah..sdgkan hati teringin nak 4-5org anak..sbb i kan anak tunggal, kalau boleh nak rumah lbh meriah..ms tu jugak rs kesian pd hubby..i tak mampu nk bg ank ramai. Maaf sygku..

jam 5pg nurse sdh dtg meletakkan bj yg bkl dipakai ke mot. Owhh jantung brdegup kencang, takut menguasai. Brdoa agar allah pusingkan kepala baby yg trsayang..masih ada masa sygku..semangat dlm hati belum luntur..selepas ctg, nurse brpesan, minum air hnya hingga 6pg ye. Dan giliran lscs kes ke 3.

Jam 700 pg, scan kali trakhir oleh dr teoh, yerp masih lagi kedudukan baby trsayang transverse, hati sudah mula bertawakal. Sempat brtanya pada dr teoh, u ada ke nnti dr dlm mot. Ringkas jwapan dr teoh..ye i yg conduct nanti..i mampu senyum sj pd dr walau dlm hati sugguh allah yg tahu.

Jam 730 trakhir kali jumpe incik hubby mtk die tggu i xksh la jauh dr mot pun. Sbb stakat ni mot kt bgnn baru, jdnye incik hubby tggu kt dpn dwn brsalin je..jam 800 nurse dh suruh brsiap nak hantar pegi wad kenanga, bgnn bersalin baru htj, tempat transit aku menunggu sblm msk mot. Debar sungguh kali ni. 

Nurse menolak i ats wheelchair dan i lalu dpn incik hubby..sempat senyum tapi dlm hati takot dan ada skit rs nk nangis, tp i tringat kata2 mak, redha dgn takdir allah dan kuatkan semangat demi baby,demi hariz, demi incik hubby dan demi mak abah dan demi diri sendiri..

Sampai di wad kenanga nurse sdh mula pasang iv drip..sesuatu yg i mmg x suka, dlm menunggu giliran i sempat brkenalan dgn 3 org ibu yg menunggu ms melahirkan anak dgn elective lscs jugak sbbnya semua ketiga org ibu trsebut mengalami masalah placenta previa..i sempat brkongsi pengalaman lepas ttg operation dgn diaorg..dan satu lg nk cite wad kenanga ni kelas tiga tapi mmg cantik selesa mengalahkan wad kelas satu. Hehe. Bangunan baru la katekan.

Masa yg ditakuti tiba. Dgn penuh tawakal pd allah, dgn zikir pd allah akhirnya i smpai ke mot baru. Perkara plg trkejut di saat takut td ialah brtemu dr pakar anest i, dr husnimubarak. Adoii trkezut i sbb husni ni kawan i ms induksi 14 hr dlu. Sungguh surprise ko ye husni. Malu pon ada tp sempat gurau dgn die, ak mimpi ko smlm jd anest aku, skali btol la pulak haha.. 

Dr anest dh ada dr gynae dr teoh pun dh smpai. Kes sebelum aku dh siap. Maka giliran ak akan tiba. Akan ditolak masuk ke dewan itu. Mengucap dh bnyk kali, mata memandang sekeliling. 

Ye ada lampu itu ada tempat itu. Semua yg lebih kurang sm mcm mot lama. Tp yg baru ni lbh besar. Sejukk dh mula terasa.

Jam di dinding 1005 pagi. Spt biasa kne bius dlu. Diberi bantal utk dipeluk, membongkok sedikit agar bhgn lumbar sng dicucuk. Dlm hati brdebar tggu tusukan jarum di blakang. Dan akhirnya jarum dh masuk mencucuk blkg i..ye sakit tu rsnya msh sama spt 2 tahun lalu..dan i dibaringkan. Kaki mula terasa kebas..dr husni dtg dgn ice pack dan mula testing my receptors. Kat atas rs sejuk. Antara toraks dan abdomen rasa suam dan bhgn kaki mmg i x rasa pape kecuali sentuhan.

Bl i dh stabil dh xrasa lagi..br dr teoh dtg dan mula dgn menutup bhgn lain dan membuka bhgn yg nak dipotong. Ye mmg boleh nmpak dr cahaya di lampu ats tu kawan2. Cecair kuning kemerahan mula disapu pd kawasan luka lama..i nampak tu. Dannnnn..i amik keputusan x mau tgk lps tu bl dh mula rasa sentuhan yg i tafsirkan ptgan dh brmula. 

I brpaling tgk jam di dinding aje. Huhu..tetiba i rs dada berat dan sukar brnafas walaupun topeng oksigen ada. Segera i maklumkan pd dr husni, die mskkan sjns ubat melalui iv dan alhadulillah i boleh brnafas spt biasa. 

Jam 1035 i mula rs sesuatu nk dikeluarkan, dgn memberanikan diri i pusing dan dpt lihat betol2 dpn mata sepasang kaki kecil dipegang dr. Owh anak ku sudah nak dikeluarkan..hati mula rasa redho, keluarlah anak dgn kekuasaan allah swt..dan beberapa saat slps itu i dpt rasakan kepala baby dikeluarkan. Sejurus itu suara baby kecilku kedengaran. Tangisan yg kuat brgema dlm dwn ot itu.. (seyes suara tangisan yg sgt kuat. Hariz dlu pon x sekuat ini) Dgn muka nak confirm jantina i beralih pd husni nak tau baby boy ke? Dgn nada brseloroh die sempat kata. Surprise2! Tgk sndri, ak xnk bgtau. Huhu busuk pnye kwn. Sempat lg ye. 

Dan kali ini mata i trtancap pd cermin lampu sekali lagi. Dan ye nampak merah darah di kawasan itu. Owhhh nooo..nasib dtg nurse menunjukkan gelang kaki baby, biru warnanya. Dan husni brtnya kt i, biru tu, baby ape agaknya? Dlm diri sdg dikeluarkan uri dan blom hbs dijahit sempat i jawab, baby boy la kan? (Entah mcm jawab mcm tnya skali lg kt die) akhirnya dtg la baby boy i, ditunjukkan jantina dan muka nya. Eh sepetnya mata die! 

Saat itu i dh lupa ketakutan, rs gembira menatap wajah baby bertuah yg dinantikan (i panggil baby brtuah sbb xmo pusing2 pun)..tetiba dr teoh mtk dr peads dtg tgk baby, katanya pernafasan baby mcm x lancar. Takot semput. Ms tu dtg rs risau..bl dr kate hantar baby pegi nicu lg laaa rasa risau. Semput kah baby??

Tetiba nampak dr tarik benang panjang dpn mata. Adoii tgh nk jahit rupanya. Dan deria setuhan mula merasainya. Cuma mmg betul x sakit. Selesai dr menjahit i sempat tnye ade masalah kah pd uterus hingga baby x boleh pusing? Jwapan dr semuanya normal, i dont know why and what to explain to u. Alhamdulillah. I xde masalah2 kesihatan yg lain..

Selesai di mot i dibawa keluar dan ketika ini lah sekali lagi perasaan yg sm spt 2thn lalu hadir. Kesejukan yg tramat mula terasa. Trketar gigi dibuatnye. Biarpun dh dipasang warmer, i tetap rs sejuk yg tramat. I dimonitor dulu sebelum ditransfer semula ke wad 1d. 

Kwn i dr husni dh bgtau kali ni i diinject dgn ubt bius dan tahan sakit sekali. Morphin. So ant kesan sampingan muka akn rs gatal2. Tapi dlm ms 6jam pos operation dh boleh cuba bgn..morphin ini bertahan24j maknanya i xkan rasa sakit luka tu mcm dlu, yg dlu lps 6j rs bisa luka menjalar, owhhh pedihhh..sblm dr teoh keluar die sempat bgtau baby dihantar ke labour room je utk dipantai oleh dr peads. Alhamdulillah baby x dihantar ke nicu..smoga baby selamat dan sihat.

Giliran i pulak dipindahkan ke wad dr mot. Selesai urusan mentransferkan patient, i ditolak ke jalan yg i dtg td. Bezanya kali ni i ats katil, td ats wheelchair. I skali lg lalu di hadapan incik hubby.

Sampai ke ward i dipindahkan ke katil dgn tgn yg dipsg drip, dgn cateter, dgn i rasa sejuk, semuanya sama spt 2thn lalu perasaan yg sama.. sejuknya..i slmt smpai di wad dlm jam 1130..incik hubby dtg dan bgtau baby dimonitor 2j. 

Mak abah dan hariz dtg melawat spt biasa jam 100. Tp semuanya belum boleh tgk baby lg. Hingga mak abah hariz dan incik hubby balik, baby msh di labour room. Tetiba jam 2 nurse dtg membawa baby bertuahku trsyg. Alhamdulillah sihat. Dan i terus merenung baby dgn perasaan gembira. Hilang semua kesakitan dan ketakutan. Satu perasaan yg hnya ibu dpt merasai. 

Selepas 6j benar spt kt husni muka terasa gatal dan i dh boleh mula minum air kosong. Tp saat ini dtg rs pening teramat sgt hingga nk brckp atau memalingkan muka pon sungguh pening . Hingga stp yg i minum pasti dimuntahkan balik. Yg ini i xpenah rasa sebelum ini. Dunia rs brpusing. Dgr suara org pon pening. Brckp dgn org kne pndg tepat ke ats, xboleh pusing tgk muka sbb seyes pening! 

Kesan sampingan morphin betul2 memberi kesan. Huhu. Hingga jam 9mlm br hilang. Dan br lah dpt minum air kosong dan air milo tanpa muntah. Mlm itu adik ipar i dayah dtg temankan. Tlg tgkkan i dan baby sbb i susah nk gerak lg. Malam dihabiskan dgn brsembang dgn dayah sambil menyusukan baby..entah bila mata trlelap sedar hnya bl nurse dtg jam 5pg..

Keesokkan harinya setelah kateter dibuka dan iv drip dihentikan i kuatkan diri utk cuba duduk, berdiri dan berjalan ke toilet. (I berazam nk cepat sembuh sbb memikirkan hariz yg aktif di rumah) Dgn bantuan nurse yg sebaya dgn i alhamdulillah i boleh bgn dan brjalan prlahan2 ke toilet. Dr yg dtg buat lawatan pon happy tgk i nmpk dh sihat x mcm ptg smlm. Lembik sbb muntah2. Matron yg baik hati matron mary dtg dgn senyuman dan katenye i dh nmpk sihat, esok mesti dh boleh balik..hehe.

 i akui kali ini semangat lbh kuat nk cepat bgn. Walau pun xla early ambulatory sbb i pening smlm tp i cuba dgn smgat nk cpt jalan. Alhamdulillah kali ni kurang sakit. Biarpun morphin 24j kesannya, i still rs xsakit lepas 24j tu. Mudah sbb boleh brgerak sendiri ambil baby bl die menangis. (I gerak slow motion tau bkn laju. Hehe. Magic la kan kalo trus lajuu aje)..

Hari ke tiga rs lebih baik dan akhirnya stlh lm menunggu br la i dapat balik. Dr pagi i tggu mo dtg, kul 200 lebey br dpt balik. Huhu. Lega tamat sgala ceritera di hospital.

Apepun ak brsyukur allah permudahkan urusan aku brsalin. Tak perlu blood transfusion dan ak dpt recover dgn lbh cepat. Syukur ya allah. 

Dan hati kecil trfikir, mungkin ini lah cr brsalin trbaik yg allah berikan. x perlu rs sakit contraction. Ye i x penah rasa. I xperlu rs dr masukkan jari utk sukat bp cm dh bukak. Mungkin ini yg trbaik buat i. Dan i trfikir satu prkara. Jasad i ini milik allah, hanya allah yg tahu perkara trbaik buat jasad yg i pinjam dr allah ini. Andai i xmampu menghadapi keadaan operation, allah pasti xkan menduga i begini. Allah duga kerana allah syg dan allah tahu i mampu menghadapinya. Subahanallah. 

Terima kasih ya allah. memberi peluang pdku menjadi seorg ibu kpd dua cahaya mata lelaki yg sihat yg cukup sifatnya. 

Terima kasih ya allah meminjamkan aku seorg lelaki sbg suami yg baik, mak abah yg baik dan mertua serta adik ipar yg baik. Semuanya amat membantu aku menghadapi saat sukat.

Alhamdulillah.
syukran ya allah.
Gelang tanda msk spital.

Both are my lil prince..
which one is abg and which one is adik ye??