cite pasal makan lagi...hehe..sebabnye cuti tahun baru cina yang lepas i banyak memasak..dapur tu asyik berasapp jer..haha..inilah jadinye bila kerajinan berganda2..haha..
jom tgk gambar dulu...
Inilah homemade muratabak... |
Bahan2:
untuk kulit:
1. guna kulit popia jer
untuk inti:
1. 2 biji telur
2. daging cincang/ayam yang dicincang
3. mix vegetables
4. bawang besar dipotong dadu
5. serbuk kari daging
6. garam secukup rasa
7. ubi kentang dipotong dadu
8. bawang putih di rincik halus (untuk tumis)
9. minyak masak untuk menumis
Cara2:
1. kita buat inti dulu yer..tumis bawang putih, masukkan serbuk kari, tunggu sampai pecah minyak
2. masukkan kentang, daging cincang dan mix vegetables
3. bila daging dah masak, ubi dah empuk, masukkan bawang besar, masukkan garam dan rasa..kalo dah sedap, siap, angkat..
4. pecahkan telur dan masukkan dalam inti yang dimasakkan tadi..kacau bersama..
5. pastu,sediakan kulit popia, letak inti atas kulit popia, then balut ala2 murtabak..
6. letak murtabak yang siap dibalut tadi diatas kuali leper yang dipanaskan, bubuh sedikit minyak..dan balik2kan murtabak tadi supaya tidak hangit, apabila kulit luar sudah masak dan nampak garing, angkat dan hidangkan panas2! memang sedap...
Selamat Memasak!!
0 comments:
Post a Comment