nak share sikit petang ni resipi yang diambil dari Buku Resipi di facebook..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=391523384269640&set=a.411092675646044.99296.114097825345532&type=1&theater
i rasa mcm senang je lepas baca resipi ni..jadi i pon cuba la..seyes mmg jadi, sedap dan
senang sangat!..kredit to Naimah Md Ludin..
Pizza Roti Gardenia
Oleh : Naimah Md Ludin
-5 keping roti gardenia (disapu mentega)
-sos cili&mayonis
-3 batang sosej (dihiris nipis2)
-4 keping keju cheesedale
- keju mozarella (agak2 ja untuk tabur atas toping piza)
bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 senduk mix vegitable
1/3 cawan air
1 sudu mentega
.cara penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir
kering air.
.-masukkan mix vegitable
-masukkan garam dan gula..kalau sebati dan padamkan api
-ketepikan
1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)lorekkan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan sosej
4)susun keju cheesedale dan taburkan keju mozarella...
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 10-15mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup.
Jom tengok hasil pizza sempoi yg i dah berjaya buat..
Setelah dibakar |
Sebelum dibakar |
Then i cuba tukar topping..tuna topping..buh isi ikan tuna then potong bawang kuning tu bulat2 perahan limau nipis sikit, bubuh sosej, taburkan mozarella cheese dan letak kepingan cheddar cheese di ats sekali..yg ni pon sedap..
Sebelum dibakar |
Selepas dibakar |
yang menarik resipi ni kita x payah pikir nak buat crust pizza..pikir buat topping jer..sgt sempoi kan?? hehe.. i like like like resipi yg senang2 nih..
Selamat Mencuba! :)
0 comments:
Post a Comment