Pages

Friday, 15 January 2016

Langkawi part 3: Gamat Nusantara dan Beras Terbakar

Hari kedua di Langkawi..lepas breakfast dan lepas hariz & nafiz beserta abahnye mandi kolam,  kami pilih untuk ke Gamat Nusantara dan Beras Terbakar..


space parking besorr..xde masalah..

replika botol gamat besorr kat depan 

tertarik dengan bahagian sisi yang mana letaknya tempat memaska gamat..ada kawah2 besar dlm tu yang tengah masak bahan2 campuran untuk buat minyak gamat

heee zoom sikit..campuran ramuan minyak gamat tengah mendidih kat dalam tuuuu..tak digalakkan untuk masuk ke dalam..ye la kang takut la ade pape eksiden kan..

tp iolss masih ingat masa umur 12 tahun ke Langkawi ada jugak pegi tempat buat minyak gamat ni..pakcik yang jaga kawah tu bagi try celup jari dlm kawah mendidih ni..TAK PANAS langsung..ye btol..rs mcm sentuh minyak biasa aje..ajaib kan..

kali ni i takde la pegi celup jari dlm tu ye..hihi..

selfie skit kat gambo nusantara maju, perusahaan gamat 

selain shopping produk2 gamat, tepi ni ada mini cafe..boleh makan nasi lemak, minum2 atau makan aiskrim..tgok dua hero ni dgn abah diaorg..ni sume lepas makan aiskrim!

semua sibuk tunggu opah n atuk beli minyak gamat, balm gamat..hihi,.
ada macam2 lagi produk dlm ni..krim badan, minyak2, sabun, sume adoooo..

then kami bergerak ke beras terbakar 
(pegi sini tau dh beras tu sikit..tp yang nak pegi jugak sbb mak i nak beli kain batik kat sini..murah latenye kat sini berbanding tempat lain..)

beras terbakar dok dlm tempat kaca tu dan dlm pinggan aje..
haha cuba tgok my heros tu..sume sibuk tak mau tangkap gambo dgn mama..xpe la..mama sorang2 je la..

dalam pinggan tu beras terbakar yang tinggal..

sambil2 shopping tetiba jumpa my dearie Syahrina Farhana..(ni adik kump my80g) dok melaka dgn N9 ..tp sudahnya kami jumpa kat Langkawi! haha..

 antara tips shopping kat sini: beli kat kedai area luar2 jgn beli kat susur dalam..ada beza harga tau..kain batik, seluar batik sume labih murah kt bhgn luar..

selesai ke sana kami decide nak ke cabel car..tapi sblom tu singgah tangkap gambo kat sini jap..



suka tgok bot2 mewah parking sini..hehe..

smpai kat oriental village waktu tengah hari..betapa ramainyelah orang (cuti sekolah la katekan).. parking pon xde..makanya kami berpatah balik..(xdpt la plan naik duck tours n masuk 3d museum trlaksana kali ni..sobsss!!)

makan tengah hari di jalan area beras basah tadi..nanti i buat post on kedai ikann bakar tu..lauk banyak..makan kenyang smpai petang!

lepas makan kami ke Underwater World! 
Next entry: underwater world pantai cenang!



Langkawi part 2: Kereta Sewa Murah di Langkawi

isu kereta sewa mesti bermain2 difikiran bila nak g langkawi kan kan?

ada yang suggest bawak aje kete sndri masuk ke pulau..hmmm kalau kira kos mmg bawak kereta dgn sewa kereta lebih kurang sama ja..tp memikirkan kena ada sejam awal, kena nak ada geran bagai..hmmm tak pelah kami naik feri dan sewa keta jela..on positive side kalau bawak kete tak payah lah angkut barang turun naik dan tak la pening cr kereta sewa..hehe..maybe kalau stay lebih lama berbaloi rsnye bawak kete sndri tuu..3hari 2 malam harga bawak kereta masuk pulau sama je macam kos sewa kereta dan beli tiket feri ( sebab kalau bawak kereta masuk pulau, driver je free penumpang sume kena bayar tiket jugak tau)

mula2 iolss google macam2 page nak cari kete sewa ni..ada jugak came accross en.bad dan beberapa lagi yang lain..tp sudahnye iollss teringat pada seorg kawan yang asalnya langkawi..sembang2 kak yus bagi no hp akak saudara die..

kak SHITA..

selepas wa kak shita kami bersetuju sewa mitsubishi mirage pada harga RM 120 sehari..(sebab kami p time cuti sekolah kira peak hour kan..) kami sewa 2 hari jumlahnya RM 240 sahaja..kak shita tak amik apa2 deposit lebih..bayar secara cash dan kami amik kereta di jeti dn pulangkan semula di jeti. kak Shita baik orgnye..tak susah nak communicate..


ni lah peneman kami 3 hari 2 malam bawk kami pusing pulau..hehe

kami berpuas hati dengan servis kereta sewa kak shita..harga murah dan tak perlu banyak syarat2..

untuk pengetahuan kak shita ada juga perkhidmatan homestay..homestay tu area pantai cenang..

so sesapa yang nak book kereta sewa atau homestay boleh contact kak shita: 0124456698



Langkawi Part 1: Review on Hotel De Baron Resort Langkawi


Assalammualaikum!

Gagahnya Sang Helang di sinari suria..ece ce..haha..setela posting terakhir cemana nak beli tiket feri online, iolss kembali nak buat review on hotel kat sana..eh..dah termiss baca entry sebelom ni? ha tak pa..meh iolls tepek link:

okeh sebelum sampai kami naik feri jam 130pm..sampai ja terusss check in..tgok lah perjalanan pergi kami nih..mula2 semangat..pastu dah ada yang gugur tertidooo

feri mula meninggalkan jeti..agak lambat feri ni berlepas..area 145pm tersasar dari di jadualkan

merenung laut katenye

macam weolls pulak yang terlebey2 eksiteed!!

masa ni adik abang semangat lagiii

nafiz tertewas sudahnye...zzzzzzzz

hariz eksited sibuk tengok laut, awan, feri, bot


yeaaahhh hampir sampai..feri ni agak laju..dlm 45 min aje rsnye dh sampai..tp incik hubby kate selalunya sejam! owhhh..

Selepas sampai kami ambil kereta sewa seperti yang dijanjikan dengan kak shita..berapa sewa kami? kereta apa kami amik?? haaa..nnti iolss buat entry on kereta sewa ye..

pastu kami bergerak terusss ke de baron resort..tak jauh pon dari jeti..kalau jalan tak jam amik masa dlm 5 min sampai...hotel ini terletak sangattt dekat dengan RAMS! ala tempat shopping2 cekelat periuk segala tuuu..

inilah de baron resort!!

receptionist..hmmm lama jugak menunggu sebab masa sampai ramai lagi yang baru smpai agaknye..beratur kami tunggu turn check in..

tapi masa check in ni..satu insiden x bape nak best, iollss dpat check in satu bilik je dulu, tapi satu bilik lagi tak dapat..sebab? masalah connection door..tombolnye rosak..lamanye lah kami tunggu nak settle..lepas sejam lebey..xsetel jugak..sudahnya kami redho je la..penyelesaian secara manual..xlarat nak masuk bilik settlekan diri..dah penat..fuh..masa ni mcm hotsss jugak lama benor nak diselesaikan masalahnye..adoiii..


ini depan receptionist..ada kaunter kalau kita nak amik pakej mangrove tour, etc..

akhirnya masuk la ke bilik..


ini superior room..space alhamdulillah besar..boleh beli toto dan tido beramai2 lagi kat bawah tu..haha..

bilik air selesa..cuma berhati2 dengan divider antara shower dgn sink tu..agak bahaya kalau tak perasan boleh jatuh


wardrobe berkonsep terbuka..dengan safety box sekali..simpan lah barang beharga yang nak ditinggalkan situ


kettle utk hot water ada..n macam biasa ada tea, coffee disediakan with mineral water..kalau dh beli coklat, boleh letak dlm fridge kat bawah tu...tak la rupa bentuk coklat berubah yeee..hehe

kalau mineral water dah habis boleh top up air sebab kat luar lepas keluar dari lif aje dah ada water dispenser..nak minum ayor sejukkk pon bolehhhh..


opss gambo tv cermin solek trlupa pulak nak amik..so belanja gambo selfie depan cermin sekeping..

overall keadaan bilik puas hati..cuma masalah tombol connecting room tu aje la..nasib xde sebarang masalah masa kami dok 3 hari 2 malam tuu

makanan??

breakfast secara buffet disediakan..


ini view nak pegi cafe tok tijah (kalo tak silap namanya)


depan tu org sibuk tunggu turn amik telur mata..chef tgh bzz masak

kat sini boleh pilih makan di dalam (air-cond) atau makan di bahagian luar..
hari pertama kami makan kat dalam, so hari kedua kami makan kat luar..hehe..

dari segi menu..tak ada beza sangat hari pertama dan kedua..nasi lemak kekal menu utama..yang berbeza menu2 pasta, pancake, mee goreng, bihun sup

menu lain yang kekal porridge, cereals with milk, roti2, buah2an..

hari kedua punya sarapan

dari segi makanan..kat sini agak kurang umphhh..so korang mungkin akan rasa sikit kecewa sbb hotel ni dr segi fizikalnya ok, tp makanan tu x la mcm yang diharapkan..hari 1st taste better drp 2nd day..tp sebab dh include skali kan..kena jugak la makan..rugi pulak kalo tak makan kan..

haaa..jom tengok apa yg best dr segi fizikalnya kat sini..


kolam renang untuk anak2 main air!! haha..

takde petugas yang jaga ye..kita kena monitor sndri anak2 yang mandi kat sini..

hariz seronok lps naik slide tu..nafiz naik dgn abahnye..tp takot bila dh masuk air..huhu..mama? tukang tangkap gambo aje la..

lepas mandi kolam boleh mandiiii..air pancutt..yeayyy!!

yang cantik kat de baron ni pemandangan laut..hehe bebrapa gambo snap utk itu!!

sebelah kanan resort

sebelah kiri resort..boleh nampak jeti feri


rilek2 kejap sebelum jalan

selfie dgn incik hubby..


ada jugak mini playground utk budak-budak

ini pemandangan de baron dari arah menghadap laut

susur untuk ke pool dan ke arah laut

hati2 bila nak ke susur ke pool ni..sebab laluan ni kena lintas kolam ikan..kena la pegang anak2 supaya tak tersasar dari jalan. budak2 ni eksited le pulak jenguk ikan dalam tuu..adess..

dari sudut pandangan depan menghala ke jalan..ini pemandangan de baron resort

replika enjin ketapi lama kt pintu masuk de baron resort

incik hubby dgn kids..hariz dah tutup muka dgn ultraman

so mama tgkap gambo dgn hariz

owh ye berhadapan dgn main building resort ada lagi part hotel de baron ni..
yang ini untuk deluxe room biasa (harga yang lebih budget)

so yang menarik tentang de baron resort ialah: 
1. lokasi yang dekat pekan..ada pasar malam yang org jual macam2 baju dan makanan sebelah kiri resort..jalan kaki je ye..dh macam karnival malam
2. lokasi yang dekat sangat (jalan kaki jugak) untuk ke RAMs
3. bilik yang selesa..luas
4. pemandangan yang cantik
5. pool yang best untuk kanak-kanak

yang kurang best cuma
1. makanan - makan pagi kurang variety dan kurang rasa
2. room service - smpai kesudah kes tombol rosak tak baiki pon..hai lah..

selebihnya ok je utk menginap di sini..iollss sebelum datang ada tnya kalau breakfast not included kan..tp hmm xdpt la pulak..kalau uolls nak dtg..ce try yg breakfast not included..harga bilik jadi murah sikit dan boleh try breakfast kat kedai sekitar hotel tu!

okey..nak karang next entry on pulau langkawi lepas nih..kereta sewa kami..heeee..













Perancangan Pendidikan Anak: i-GREAT IQRA

Assalammualaikum. Sharing iollss pagi ni dari website financial planner..The Great AZ advisors.

Bagaimana kita rancang masa depan anak-anak2??
macam mana kita yakin kita mampu hantar anak kita untuk menuntut ilmu?

Jombaca!

---------------------------------------------------------------------------------------------


​Az percaya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk si kecil mereka. Sebagai ibu bapa kita ingin melihat kejayaan bersama mereka. Namun dalam dunia mencabar hari ini, kejayaan dalam pendidikan memerlukan kos yang agak tinggi. Jadi, seawal dalam kandungan lagi Az cadangkan bakal ibu bapa mula untuk merancang perbelanjaan rutin dan simpanan perlu buat anak yang bakal lahir. Bukan apa, bila perancangan awal dah ada, kita akan automatik BERUSAHA untuk menjayakan perancangan tu..betul? betul? Jangan tunggu hingga tiba masa anak nak ke universiti baru kita nak cari duit pendaftaran. Sudahnya kita terlibat dengan HUTANG..hmmm itu yang tak best! HUTANG..kenapa perlu pilih hutang sekiranya kita sebagai ibu bapa punya masa 18-20 tahun untuk menyimpan dalam tabung pendidikan anak2? ye SIMPAN..SIMPAN..mula awal boleh simpan sikit2..lama2 jadi bukit..betul? betul?

Baiklah..bagi yang dah mula fikir nak SIMPAN bagi tabung pendidikan anak2..kita nak elak HUTANG kan? kan? Az perkenalkan satu produk yang telah dilancarkan oleh Great Eastern Takaful Sdn. Bhd  yang dinamakan 
i-Great Iqra'. Produk ini direka khas untuk tabungan si manja anda! 




Hmmm kita tak mau la kan dengan kesilapan perancangan hari ini, anak2 kita nanti terpaksa berlapar, ikat perut untuk bayar yuran pengajian. Makanya Az cadangkan untuk masa depananak2 yang lebih baik,, bermulah hari ini dengan pelan i-Great Iqra’! Ianya ialah tabung keperluan untuk masa depan anak anda yang lebih terjamin.  Tabung yang anda pilih hari ini akan berkembang dengan peningkatan peruntukan pelaburan dan yang terbaik, malah bonusnya, ia datang dengan perlindungan juga.


Antara Faedah yang di beri ialah:
  • Kematian
  • Lumpuh
  • Kematangan
  • Hadiah Pencapaian Cemerlang


Mengapa kita perlu mulakan hari ini?
  • Dengan adanya plan tabungan beserta pelaburan jangka panjang ini, kita mampu mencipta masa depan anak2 kita jauh lebih baik daripada yang kita jangkakan.dengan seumur 18 tahun, si manja kita akan mendapat sejumlah simpanan yang besar RM40,000-200,000. Adakah ini sangat membantu bagi kita membiayai sendiri pendidikan anak2 kita? membantu kan?
  • Simpanan bulanan yang sangat rendah bermula RM125 sebulan, selain daripada simpanan yang diperolehi yang dimanfaatkan untuk pembiayaan pendidikan (yuran universiti/kolej dll), ada manfaat lain yang sangat berfaedah yang tidak terdapat di mana-mana spt mana anda menyimpan di tabung haji atau bank bank.
  • Manfaatnya: jika berlaku sesuatu kepada pencarum (mendapat penyakit kronik@lumpuh@mendapat malapetaka yang tidak membolehkan pencarum bekerja lagi) iaitu bapa/ibu yang bertindak sebagai pencarum tidak perlu lagi mencarum kerana Great Eastern akan mengambil alih sebagai pencarum bulanan sehingga umur si manja 25 tahun! Istimewa kan?
  • Ada lagi yang ISTIMEWA!  Jika si manja mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, si manja akan dihadiahkan wang tunai...sebagai tanda "tahniah!!".Secara tak sedar hadiah ini adalah mewakili ibu bapa. Mungkin tak ada wang ringgit untuk dihadiahkan ketika itu, inilah penggantinya..tak perlu risau lagi setiap kali menjelang peperiksaan memikirkan hadiah & duit yang perlu disediakan.Semuanya sudah tersedia utk si manja anda!
  • Selain itu tabungan ini sangat terjamin (guaranty) dan "secure"! Kenapa?? bermula sahaja bulan pertama caruman, jaminan masa depan si manja adalah PASTI. .Ibu bapa tidak perlu lagi bimbang tentang masa depan dan KEWANGAN si manja.
  • Best tak?
  • Best kan?
  • Dengan pelan seperti ini..kita tak perlu lagi mengharap kepada sesuatu yang tak pasti..contohnya ada yang beritahu pada Az tak pe..diaorg merancang supaya anak2 boleh dapat biasiswa..hmmm bagus tu..tapi bagi Az mengharapkan sesuatu yang bukan di atas kuasa kelulusan kita bukan lah mudah..ada yang bersyarat kadang2..ada yang perlu ikuti pengajian dalam bidang2 tertentu baru lah dapat biasiswa..sedangkan anak anda tak minat pon course tu..hmmm..kesian pada anak. Hidup ini ialah pilihan..adalah lebih baik kita lakukan perancangan yang benar2 pasti dan kita punya FULL power on controll..jadinya kita boleh hantar anak kita melalui pilihan sendiri..universiti mana? Course apa? namakan saja dan kita boleh pilih untuk menghantar anak kita ke tempat terbaik dengan course terbaik! pilihan di tangan kita!
  • Sebab tu Az selalu kata..perancangan hari ini ialah untuk hari esok yang lebih baik!

Terima kasih kepada yang sudi membaca.......

Great Az Advisors
012 682 5197


---------------------------------------------------------------------------------------------