Pages

Friday, 6 March 2015

Teknik Al-Baghdadi..Seronoknya mengaji!!

Ptg ni iolss nk share info buat mommys yg masih trcari2 mana tempat nak hantar anak2 mengaji..mengenal Al-Quran..

Dari sumber kawan2 i dpat tau psl Al-Baghdadi..sebenarnye kalau perasan teknik ni digunakan utk ajar anak2 mengaji dlm rancangan Seronoknya mengaji yg ditayangkan di siaran ASTRO..anak2 diberi buku dan kayu ketuk2..perasan tak rancangan tu?? teknik yang di gunakan itu dinamakan teknik Al-Baghdadi..

buku dan alat ketuk..

apa itu teknik al-baghdadi?

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Teknik Al-Baghdadi serta bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah Al-bargy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.

Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.
Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran. 


ni buku yang hariz guna..warna coklat..dan alat ketuk yang digunakan..dalam buku tu mcm dlm gambo kt bawah ni ha..



Dalam kelas Al-Baghdadi ni bukan sahaja menggunakan alat ketuk, tetapi ada play time guna nih..siap ada dadu lagi..then ikut kreativiti ustazah..ada yg kena baca..ada yg kena tulis..



Peringkat2 tahap pengajian dalam kelas mengaji teknik AL-Baghdadi..



so far hariz sgt suka dgn kelas mengaji Al-Baghdadi..ustazah Hafizah pun sgt kreatif dalam mengajar anak2 kecil ini mengenal Al-Quran..bertuah sungguh sebab dapat berjumpa dengan ustazah Hafizah..

Perkembangan hariz semenjak ke kelas..dia suka cuba menulis huruf hijaiyah di whiteboard..sebab ustazah di kelas pun mmg memberi peluang kepada anak2 ini menulis di hadapan kelas..hariz kenal dgn huruf alif, ba, ta hingga shim..(ok dh tu sbb hariz baru 2 bulan setengah belajar..) hariz pandai ikut mama baca doa sikit2..alhamdulillah..
hariz teruja bila ustazah bagi kertas yang ada huruf hijaiyah dan hariz kena warnakan..dpt bintang dr ustazah dia lg excited! hihi..

so far sgt berpuas hati dgn kelas Al-Baghdadi kendalian ustazah Hafizah di Ampangan, Seremban..bagi yang di area seremban boleh hubungi ustazah di sini..


0 comments:

Post a Comment