Pages

Thursday 5 February 2015

Cara membuka akaun semasa bagi pemilik syarikat milikan tunggal



Hai uolsss hari isnin yang lepas (2.2.15) i saje aje round2 bank sekitar utk brtanya syarat2 utk nak bukak akaun bagi syarikat milikan tunggal...

banyak bank yang ada uolss boleh survey2


tapi i pegi survey kat 5 bank aje seperti dibawah...ni hasil pertanyaan terhadap 5 bank tersebut..

CIMB
1. Salinan pendaftaran SSM
2. Salinan IC pemilik
3. Cop syarikat
4. Deposit min RM1000
5. Salinan lesen perniagaan dan alamat premis

MAYBANK
1. Salinan pendaftaran SSM
2. Salinan IC pemilik
3. Cop syarikat berdakwat hitam
4. Deposit min RM2000
5. Details of introducer yang ada current acc dgn maybank

RHB
1. Salinan pendaftaran SSM
2. Salinan IC pemilik
3. Cop syarikat
4. Deposit min RM3000

AFFIN ISLAMIC
1. Salinan pendaftaran SSM
2. Salinan IC pemilik
3. Cop syarikat
4. Deposit min RM2000

BANK ISLAM
1. Salinan pendaftaran SSM
2. Salinan IC pemilik
3. Deposit min RM1000


Hmmm..plg terbaru syarat dr CIMB yang nak alamat premis dan lesen perniagaan dr majlis perbandaran..yg lain2 rsnya sama cuma beza min deposit dan kriteria ada yg nak introducer ada yang tak perlu...

So kepada sesape yang nak bukak akaun syarikat cepat2 lah buat sebelum semua bank mintak nak ada lesen premis..ye la bukan semua org berniaga di premis terutamanya peniaga online..tp utk jangka masa panjang peniaga online perlu jugak membuka akaun syarikat..supaya tidaklah bercampur aduk duit yg ada..lebih mudah nak diuruskan..utk jangka masa panjangnya bgs bg yg nak melebarkan sayap perniagaan..

Setiap bank ada kelebihan dan kekurangan..ada yg mcm kurang convenient..so bagi pemilik syarikat..pilihan di tangan anda!!!

Semoga info ini membantu pemilik2 syarikat yang baru di luar sana untuk membuka akaun syarikat..

Selamat Berjaya Uolsss!!!

0 comments:

Post a Comment