Pages

Wednesday, 19 June 2013

Ada rasa nak gigit laptop??


haaa..ganas tak gambar kat atas tu? sebab tu ar tajuk i berkaitan nak gigit laptop! nape eh..tetiba nak mkn laptop pulak sedangkan makan laksa lagi sedap kan..heee...

well..nak cite sikit, tu la perasaan i semenjak sibuk menatap laptop nih..dan tetiba something happen..

punye la i bertungkus lumus dan begitu gigih nak menyiapkan keje2..xcaye?? tgk2..




nampak tak siap berkaler2 gitu bagi mengelakkan kesilapan..(ceria la sikit keje dgn warna2 nih..kalo sume putih hitam jer..adusss berpinar**)

punya la bersungguh dr minggu lepas smpai la isnin lepas..siap la.berkeping2..punye la banyak bila dh diprint out..tadaa...



bila sume dah siap happy nye la bukan kepalang..lega sgt..fuhh!! tetapi bila evrything siap, hari ini dpt pulak call tnye psl online jadual etc..owhh..mcm nak pitam jap dan nak gigit2 laptop tu!!! adoiii..nasib after i bertanya kepada beberapa org yg dipercayai..part online2 tue bukan keje i..org lain punye part..nasibb..

wadoi..malu gak la i sbb x tahu menahu psl online2 system tue..sdgkan dh bertahun ade sistem cm gitu..

tapi i rase ini semua melibatkan pengurusan..sepatutnya walaupun kerja2 key in data dlm sistem itu nak diberi kepada org lain, at least km diperkenalkan kpd sistem tu pon dh ok..bukan ape..bila sesape tnye sng la km nak menjawabnya..owhh betapa la communication breakdown in an organisation itu memberi kesan yg ketara..haishh..

pape pon mujur i bertindak cepat bertanya kepada org yg tepat..so i ignore ajelah panggilan tu..

kalo tak, mau i rase nak gigit2 laptop tu lagi..takkan la i need to do almost da same thing for the whole 2weeks kan?? mujur la my part finished! kalo tak, pitam! 

p/s: it is not easy to work with people..waduhhh..

Juadah berbuka puasa..di bulan syaaban..

bulan syaaban tiba lagi sebelum digantikan dengan ramadhan..bagi kaum wanita yang belum habis puasa gantinya..inilah masa yg sesuai menghabiskan segala hutang2 puasa kite..dan bagi kaum adam..inilah masanya menambah pahala..amalan di dunia buat saham di akhirat..

waduhh bunyi mcm bagi tazkirah sat..sorry yer..opsss...

sebenar2nyer..i nak kongsikan juadah berbuka puasa minggu lepas (banyak yg tertunda..dh berlaku lama tapi x sempat nak distory2kan, di uploadkan dan dipublishkan..bzz gara2 menyiapkan jadual penempatan student2 tersayang..)

letss go to the true story here..

juadah berbuka puasa kami sekeluarga..

Siakap black pepper..

Spicy sardine

telur hancur pedas..

sotong cili

yummehh..ada ikan, ada sotong, ada telur..4 lauk utk berbuka..(xbape lengkap sbb xde sayur2an kan?? iskk ape daa juadah yg tak mengikut piramid makanan betul!)

2 menu special pada hari itu iaitu telur hancur pedas dan spicy sardines adalah hasil masakan my hubby..seyes menangis makan..terharu kan..heee..spicy habis!!

makan dgn nasi panas mmg sgt membuka selera dan akhirnya licin semua menu pada malam tu..alhamdulillah..semoga puasa diberkati allah..

pasal resipi nak siapkan juadah2 nih..i kan buat entry yg berbeza2 tau..lain2..tungguuuu...
Tuesday, 18 June 2013

First Cat Festival @ Seremban



Meowwww!!!
any cat lover here?? let me share with u ollss..an event last sunday from seri pajam..Cat Festival @ Bandar Warisan Puteri, Seremban..

excited to see those cutie cats..my family and i went there..  
lets enjoy the cats pictures!!

opss sorry this is not the cat but
the mini stage and people are enjoying
"sounds like the cat" contest..
 

haaa..here are the cats photos!!
1st cat..look tired..
this cat look fierce, maybe its uncomfortable in the cage..

tired cat..

sleepy cat

big lazy cat..

cutie cat..long white fur..
but sadly after the white cat, we need to go out from the cat house because of the crowd of people inside are already congested!..
so we went out and we found this!!

kittens!!!

hariz looked at the kittens and tried to pull the tail..haishh..
after that we looked around and saw this cutie cage! these two are among cages that take part in decorating the cat cage contest..




these two looks so cute but i wonder..if the cage is already full with things as decorations, where is the cat's place to sleep, to eat..hurmmm...
but dont ask me who is the winner because i do not stay there until the end..hehe..

i am about to leave..when these two enter the crowd and walked towards the stage..

The Upin & Ipin Mascot!!
yess..the upin and ipin mascot..seriously hariz looked at the mascot like a strange things..and very funny he did not happily cheered like other kids there..hurmmm..mybe he still do not know who is upin & ipin..because i already mentioned before in my post before: lets read here..

hariz is more excited with TiMMy the sheep..hehe..so here is his pose with those two mascot..(see his face..)
Hariz and his father..he looked sad while other kids are too excited!haha..
 then we decided to went back because the cat house are still crowded..

P/s: it is really a great idea having a cat festival..most of us like cats rite? but i hope in the next festival the cat house will be bigger and there are lots of spaces for us to enter the house and see all those cutie cats..hope the organizer will do better next time!

before i end the story..i put here a photo of my little hariz!




Wednesday, 12 June 2013

Mereka yang tidak dapat memandang wajah ALLAH S.W.T


Tulisan ini diambil dari email group: RG2011

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan..



**********************************************************

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah
Ditulis oleh Ustaz Ghani Shamsudin
MONDAY, 03 MARCH 2008 13:59
Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.
Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) 

Allah berfirman :
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)[ آل عمران : 77
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داودوصححه الألباني
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليمشيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
“Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”
Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة – رضي الله تعالى عنه – قالقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (  ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليمرجل على  ‏فضل  ‏ماء  ‏بالفلاة،  ‏يمنعه من  ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعدالعصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوثصحيح أخرجه أحمد والنسائي
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah
Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قالقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله – تعالىإلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قالقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قالالمنان والمنفق سلعتهبالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).
Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau

المسبل إزاره المختال في مشيته
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
عن ابي ذر رضي الله عنه قالقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفقسلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائيوصححه الالباني
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”
Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani.
************************************************************************************