Sape pernah pegi kuala perlis?? Mesti pernah kan kalo pegi langkawi kena singgah kuala perlis naik feri kt jeti kuala perlis dulu..
Selain jeti kuala perlis ada satu yg special kat kuala perlis ni. Laksa kuala perlis. Masa blajar kt MRSM Beseri dulu betapa la obses nk mkn2 laksa sampai cikgu kami sanggup buat rombongan dr beseri ke kuala perlis. Hehe seyes x lupa lagi saat beramai2 naik bas maktab dan berenti kat kedai, turun ramai2 utk makan laksa aje. Hehe. Kalaulah ade gambar tu i hapload kemudian..memori pegi makan laksa kuala perlis.
Bln 12 yg lps i berkunjung ke perlis sempena kenduri kawin anak mak angkat i kat padang pauh, jln kaki bukit. Otw nak balik tu ngidam nak laksa. So mtk incik hubby melencong ke kuala perlis. Kalo dh ngidam kene makan kan? Kalau dh smpai seremban xde maknanya lagi dh. Bkn sng nak jalan jauh seremban--kuala perlis tu.
Dh smpai kuala perlis brkobar la i nak mencari kedai utk mkn laksa. Tp ingatan kedai yg i pegi ms zaman MRSM tu dh hilang la pulak. Xtau nak pegi mana. Mujur la zaman canggih ada smartphone. Boleh la search nama kedai dgn jalan nk ke kedai laksa. Dlm google bl search laksa kuala perlis keluar la nama KAK SU Laksa kuala perlis. So berpandukan nama i menggunakan waze mencari jalan menjejak kedai trsebut.
Alhamdulillah ketemu jugak dgn kedai tu. Dah sampai trn kete tgk2 adoii ramainye org dlm kedai, trpaksa la kami berdiri kejap utk tggu giliran meja yg kosong.
Dlm 5 minit menunggu akhirnya dapat la meja utk jd tempat santapan. Kami order laksa biasa dan laksa special. Yg special tu ada extra potongan telur dan laksa yg lebih. Yg biasa still ada telur tapi separuh je la.
Menunggu lama jugak nak dpt mkn laksa ni. Dek kerana ngidam tabahkan hati menunggu sbb ramai kan org yg beli bungkus dan mkn kt situ..akhirnya kesabaran membuahkan hasil. Dpt la merasa laksa kuala perlis.
Ni ha gambar foto utk tatapan acane rupe laksa kuala perlis nih.
Laksa biasa |
Laksa special |
Rsnya sedap. Kuah pekat x cair dan mmg rasa ikan. Skali skala mkn laksa kuala perlis style mmg puas hati. So sesapa yg nk jjcm kt k.perlis atau yg nk nail feri g langkawi, jalan kaki skit dr jeti utk mkn laksa kuala perlis kak su. X menyesal punye bagi peminat laksa. :)
Ni kedai kak su dr pandangan depan. Full house kedai laksa tu ms i sampai.
Pandangan depan kedai laksa kak su |
Selamat makan2!
0 comments:
Post a Comment