jom intai gambar dulu..kasik termotivasi nak masakk...
Atas chicken sausage rolls, bawah sardine rolls |
Kulit:
1. roti putih
2. bread crump / ganti dgn nestum
3. telur (pukul telur utk jd medium lekatkan roti dgn bread crump)
Inti:
1. sausage (utk sausage rolls)
2. satu tin sardin (ketepikan sosnye)
3. bawang putih dan merah untuk menumis
4. bawang merah potong dadu
5. ubi kentang potong dadu
6. gula
7. garam
8. minyak untuk menumis
Cara2 untuk inti sausage rolls:
1. rebus sausage ayam sehingga masak dan ketepikan
Cara2 untuk inti sardine rolls:
1. tumis bawang putih dan merah hingga layu
2. masukkan ubi kentang masak hingga empuk..(jgn sampai hangit ye..)
3. masukkan isi ikan sardin yang telah dilenyek2kan
4. masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu
5. masukkan sedikit gula dan garam
6. sejukkan inti
cara2 nak rolls kan...
haaa..nampak tak beza roti di kiri dan kanan?? yang kiri belum di canaikan menjadi nipis, yang kanan sudahhh..so nampak nipis..guna penggelek untuk menipiskan roti ni..supaya bila digoreng x kan serap minyak banyak..hati2 jgn trkoyak pulak roti tu kan...
thenn...
letakkan inti ditengah2 roti..kalau sardine..inti sardin lah kalau sausage just balut je sausage tu jd rolls..hujung roti sapu sedikit telur untuk lekatkan..kemudian celup roti tadi dlm telur dan rolling2 kan dalam pinggan yg ada nestum / bread crump...
jadi la gini...
bersalut lah die dgn bread crump tu..utk hujung atas di atas dan bawah..sardine roll boleh tekan roti guna garfu..supaya melekat, xle berlubang bile masak nanti hilang pulak inti sardin nye..
continue sehingga semuanya habis di roll kan...
Nape la pulak ade beza2 ye.. yg atas kiri tu sardine rolls yg x de salutan bread crump..pon sedap.. bawah yg bersalut bread crump dan kanan tu sausage rolls yg bersalut nestum..(sbb bread crumps habis di tengah jalan..)
pas ni dh boleh goreng teruss atau simpan elok2 dlm tupperware, masuk peti ais..jadi la frozen sardine and sausage rolls..hehe...
Inilah rupenye resipi sempoi i selepas digoreng...sesuai buat sarapan pagi atau minum petang..
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment