Jom semak ape bahan yg diperlukan dlm peti ais tuu...
1. Setengah paket spaghetti ( i yg ade ms tu fettuccini aje..so bedal je la..)
2. daging cincang ikut secukupnya ada yg suka bnyk ada yg x suka so boleh bubuh ikut kesukaan
3. chicken meatball ikut jugak nak bubuh bnyk mana
4. filamen ketam sebanyak mana yang nak
5. sebiji tomato potong dadu
6. bawang kuning separuh biji..potong dadu jugak
7. bawang putih dan bawang merah dicincang untuk menumis
8. sedikit minyak
9. sos spaghetti kimball
10. serbuk oregano
11. sos cili sikit kalau x nak masam sangat
12. gula dan garam secukup rasa
Cara ekspress:
1. rebus spaghetti dlm periuk, masukkan 2 sudu minyak bagi mengelakkan spaghetti melekat2..
2. dalam kuali berasingan, goreng chicken meatball sampai masak dan ketepikan
3. tumis bawang putih dan bawang merah
4. masukkan daging cincang dan biar hingga masak
5. masukkan sos spaghetti kimball
6. masukkan 3 sudu sos cili kimball
7. masukkan sedikit air bagi mengelakkan sos hangit..
8. bila dah menggelegak..masukkan tomato cincang, bawang kuning cincang, filamen ketam
9. taburkan serbuk oregano, masukkan gula dan garam secukup rasa
10. rasa dulu tau..make sure rasa masam, masin, manis selari xde terlebih dan terkurang..
11. dah siap kuah tutup api dan ketepikan
12. check spaghetti dah masak elok atau belum, if dah kembang dan x liat boleh toskan dan angkat
13. hidangkan dengan penuh kasih sayang..hehe
Rupa spaghetti yg telah direbus dan ditoskan..takkan melekat if direbus dgn sedikit minyak |
Ini sos spaghetti yg i suka beli..jenama kimball |
rupa hidangan spaghetti yg telah siap dihidangkan utk dimakan |
Pandangan dari atas..nampak sos spaghetti i mencurah2 tu ha dgn 5 ketul chicken meatball yg dh digoreng tadi.. |
masa utk menjamu selera..selamat memasak uollss!!!