Pages

Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts
Thursday, 25 June 2015

Resipi Berbuka Puasa: Sotong Goreng Tepung Berempah


Salam 8 Ramadhan 1436H..
Hi uolsss hr ni kongsi resipi untuk buat Sotong Goreng Tepung Berempah

Bahan-bahan:
Tepung gandum 1 cawan
Tepung beras 1 cawan
2 sudu serbuk kari (boleh add daun kari jugak kalau suka)
atau 2 sudu serbuk cili
sedikit garam
nak warna bubuh 1 sudu kunyit atau pewarna kuning
1 biji telur
minyak utk menggoreng

bhn penting..lupa..SOTONG..heee

Cara2:

1. campurkan semua bahan kecuali telur
2. bahagikan bahan campuran kepada dua bekas.
3. pukul telur dan masukkan ke dalam bekas A, kacau rata dan masukkan sotong, pastikan campuran tepung menyaluti sotong,biar sebentar 
4. panaskan minyak
5. golekkan sotong yang bersalut ke dalam tepung campuran bekas B
6. masukkan sotong satu per satu ke dalam kuali dgn minyak yang betul-betul panas
7. Angkat dan toskan bila nampak garing

Selamat mencuba!
Selamat berpuasa!



Wednesday, 17 June 2015

RESIPI SUP CENDAWAN KETAM SUPER SIMPLE


weeehuuu...semangkuk kecil sup cendawan buat dinner semalam!

sesempena dengan ramadhan yang bakal menjelang esok hari je makanya i nak berkongsi resepi super simple!
Sup cendawan ketam..

Rupenye sup simple tu mcm dlm gambo di atas yer..

okeh bahan2 

1. setengah paket cendawan tiram
2. satu paket cendawan enoki
3. cili benggala (setengah biji shj)
4. bawang besar 1 biji dimayang
5. sedikit kubis bunga (sikit je jgn buh bnyk amik dlm 2 bunga besar dan ptg kecik)
6. 8 filamen ketam (satu filamen potong 3 atau 4 bahagian)
7. 5 biji bebola ikan (potong dua)
8. satu sudu serbuk sup
9. garam
10. 1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
cara2

1. didihkan air di dalam periuk
2. masukkan bebola ikan, bawang besar, filamen ketam, kubis bunga, biarkan mendidih
3. masukkan serbuk sup, kacau
4. masukkan cili benggala, cendawan tiram dan cendawan enoki, tutup periuk kejap, 1 minit bagi masakkan sayuran
5. masukkan jus limau nipis dan garam secukupnya..

SIAP!! SUPER SIMPLE, SUPER FAST!!








Sunday, 16 February 2014

Resipi sweet sour pepahat @ siput buluh

Hujung minggu datang lagi! Selamat hari ahad sume..aktiviti hari ahad selalunya pegi pasar beli ikan.

Tapi hari ni selera membeli dah berubah dr beli ikan aje terasa nk makan yg lain pulak. Jalan2 dlm pasar jumpe kerang, beli kerang dan jalan2 lagi mata ternampak si cangkerang buluh, atau dipanggil pepahat. Trus rs ngidam nk makan. So beli lah stgh kilo sbb sekilo pepahat rm20! Fuhh mahalnye. Ngidam punye pasal i beli aje la rm10. Ok la dpt mkn sikit kan dr trliurr teringat2 aje. Hehe

So balik pikir nk masak ape la pepahat ni kan. Teringat ms i kne g kuching 2mggu utk marking paper ms thn 2009 dlu. Sedap masak cili atau sweet sour.
Belek2 brg dapur, i decide masak pepahat masam manis aje lah.

Layanzz gambar hasil masakan i jap..



So resipi nye ialah:

1. 1/2 kilo pepahat
2. 1biji bwg merah
3. 5 ulas bwg putih
4. Sedikit halia
5. 2sudu besar cili kering kisar
6. 2sudu sos cili thai
7. 1 sudu sos tomato
8. 1 sudu sos tiram
9. Minyak masak

Cara-cara;

1. Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bwg merah, bwg putih dan halia yg telah diblend/ ditumbuk
2. Bila kekuningan, masukkan cili kisar dan biar masak sebentar
3. Masukkan sos cili thai, sos tomato dan sos tiram
4. Bila mendidih kuah yg siap tadi masukkan pepahat
5. Biarkan isi pepahat masak. Biasanya pepahat akan mengeluarkan airnya sendiri jadi x perlu tambah air pun xpe, bila airnya dh keluar dan isinya sedikit kecut tu tanda dah masak. Kacau2 dan rasa kuah sweet sour tadi. Biasanya x perlu letakkan garam lagi sebab sos2 yg dibubuh dah masin.
6. Siap masak, hidangkan! :)

So siaplah resipi ngidam i..mkn pns2 mmg sedap. Yummy!
Selamat mencuba!