Pages

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts
Tuesday, 23 July 2013

Resipi Mee Ladna untuk Berbuka Puasa..


Owhh Salam pagi Selasa buat semua...dek kerana hari ini satu2nya hari yg tidak dipenuhi kesibukan..i nak share resepi buat bukak posa sat lagi..

kot2 la dok ada yg tgh pikir2 nak masak apa yg sgt simple, x pedas dan mengenyangkan..leh la petang ni cuba masak mee ladna..sat je nak buat..

jom tengok sekeping gambar mee ladna yg dh siap di masak buat juadah berbuka puasa pd hr ahad lepas..zassssss!!


mee ladna yg begitu meriah dgn sayur2an!! yummy!!
 tanpa membuang masa, jom2 baca2 resipi..kalo ada bhn yg xde, leh p beli sat lagi..

Bahan2:

1. mee 450g (4org makan)
2. kicap
3. bawang putih dikisar/ditumbuk
4. udang
5. sotong
6. daging (hiris nipis2, buh sikit ja)
7. 2 ketul ayam 
8. cili padi
9. kobis bunga
10. kailan
11. kobis beijing
12. lobak merah
13. sedikit minyak masak untuk menumis
14. sos tiram 2 sudu
15. tepung jagung (bancuhkan dengan air)
16. garam

Cara2:

1. tumis bawang putih, masukkan mee, masukkan kicap dlm 3 sudu, kalo x mau masin sgt pakai kicap lemak manis yer..goreng mee dgn kicap sat, bagi rata kicap, pastu angkat, buh dlm pinggan..

2. rebus 2 ketul ayam, buat air rebusan ayam a.k.a stock ayam

3. bila ayam dh masak, ketepikan ayam tadi dan potong kpd hirisan2..(nak sng pkai bahagian dada ayam..sng nak potong nnti)

4. panaskan minyak dlm kuali tumis bwg putih, masukkan cili padi yg dh di ketuk, masukkan sos tiram, masukkan udang, sotong, daging dan hirisan ayam..

5. kemudian masukkan air rebusan ayam tadi, tggu hingga mendidih, masukkan lobak merah, bunga kobis..biar 5 minit..

6. masukkan kailan dan kubis...biar sayur masak jap, pastu tuangkan bancuhan tepung jagung, masukkan garam secukup rasa..

7.biar mendidih, tgk kuah nampak dh pekat sikit, angkat kuah tuang atas mee yg dah digoreng tadi..

8. siap utk dimakan!

jadi la cm gini ha...

#sedikit tips# kalau waktu berbuka lambat lagi, jgn tuang kuah dlm mee tu, nnti mee kembang dh x sedap..n kalau nak tambah sayur2 lain mcm cendawan tiram, baby corn, pon boleh..ikot pada suka makan apa..jgn buh tepung jagung bnyk sgt smpai kuah berketul2 nnti x sedap pulak..


sampai sini saja utk hari ini..selamat memasak kawan2!!

Thursday, 18 July 2013

Resipi Bihun SUP Utara in my version!

Sempena bercuti semalam..juga sempena berpuasa dan sempena birthday incik hubby semalam..i masak bihun sup buat juadah berbuka puasa..(dlm keadaan bdn terasa nak demam pown semangat nak makan bihun sup ayam punya pasal..)

nak beli kat bazar ramadhan rsnye mkn x puas..jadi lebih baik masak sendiri kan..soo sebelum memulakan pembacaan ceritera resipi2 membuat bihun sup utara ni..mai mai mai tgk gambar bihun sup i semalam..hiasan x bape vogue sbb dh lapar nak makan!..


Bahan2 utk SUP:

1. Ayam  (ayam ikut bape org nak makan..utk 4 org, separuh dh cukup..nak ganti daging pon bley no prob)
2. bebola ikan
3. serbuk sup
4. bawang merah (dihiris nipis utk ditumis)
5. bawang putih (dihiris nipis utk ditumis)
6. halia (dihiris nipis utk ditumis)
7. bunga lawang
8. kulit kayu manis
10. buah pelaga
11. minyak masak
12. garam
13.daun bawang dan daun sup

Cara2:
1. rebus ayam hingga empuk dalam periuk berasingan
2. panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau (nampak kekuningan nak garing)
3. masukkan bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi ayam tadi
4. bancuh serbuk sup dalam air dan tuangkan ke dalam periuk rebusan ayam
5. apabila sudah mendidih, masukkan bebola ikan, garam, daun bawang dan daun sup.
6. rasa dan hidangkan..(mybe ada yg suka pada rasa sedikit masam, boleh tambah jus limau nipis)

Bahan2 untuk bihun dan hiasan2nya..

1. Bihun
2. ayam
3. sos tiram
4. tauhu goreng
5. taugeh
6. daun bawang dan daun sup di potong
7. bawang goreng

1. Bihun direndam selama 30 minit dan dicelur dalam air panas selama 5 minit (bagi yang nak cepat, masukkan bihun dalam air yang mendidih dan kacau bagi lembutkan bihun..)
2. ayam masukkan sedikit dalam air rebusan utk sup dan bila ayam sudah masak, keluarkan dan lumurkan dengan sos tiram. goreng hingga nampak sedikit garing (x perlu lama sangat sbb ayam mmg dah masak)
3. ayam yang dah masak boleh di potong atau dicarik2kan isinya ikut selera masing2..
4. tauhu digoreng (yg ini optional..xde pon xpe)
5. taugeh dicelur dengan air panas (ade org x celur suka yang mentah bubuh terus dgn kuah yg panas..pon boleh..cuma i lbh suka yg dicelur..jgn lama2 takut lembik pulak taugeh)
6. daun bawang, daun sup dan bawang goreng di jadikan hiasan nanti plg atas setelah dah bubuh semua bahan2 termasuk bihun dlm pinggan..

Bahan2 untuk cili kicap

1. 10 tangkai cili api (nak lebih pon boleh)
2. 2 ulas bawang putih
3. kicap secukupnya (suka pekat x perlu bubuh banyak..if nak cair, leh bubuh banyak2)
4. 2 sudu jus limau nipis

Cara2:

1. blend cili, dan bawang putih (tumbuk pon boleh..cuma cili akan jadi kasar sikit)
2. masukkan kicap dan jus limau nipis, kacau
3. siap!


hidangkan lah semua yang dah siap tu, masukkan dlm pinggan..dan berdoa utk berbuka! :)

selamat memasak..selamat berbuka puasa semua!!

opsss..gambar terakhir..lupa..sebab bihun dh habis, kami tambah dgn mee..so jadi la mee sup utara pulak..
tuuu dia..
(nampak sangat makan 2 pinggan sup..acaner nak kurus?? agagaga..)


okeh sekali lagi selamat berbuka puasa semua..!!! 
Tuesday, 16 July 2013

RESIPI MEE BANDUNG MUAR

Juadah berbuka lagi..kali ni sgt senang, cepat dan sedap..buat mee bandung muar menggunakan perencah jenama Adami..i jumpe perencah ni ms membeli2 barang kat Mydin..so rembat lah satu nak rasa..

ni lah rupe packing mee bandung adami..
kredit tu udakdilah.blogspot.com atas gambar ini

buat dgn sgt cepat dan inilah hasilnya..


maaf andai gambar ni nampak garfu di situ..sebabnya xsbr nak makan punya pasal, terlupa nak tangkap gambar mee bandung nih cantik2..hiasan pon dh spoil..tp terima je la yer..sebab rasanya mmg sedap...

BAHAN2: 
1. mee 450g
2. sotong
3. udang
4. telur (terpulang nak masukkan bape..ikut bilangan org yg nak makan pon boleh)
5. sawi
6. perencah mee bandung muar adami
7. air
8. bawang kecil di mayang
9. minyak masak
10. daun bawang
11. garam
12. bawang goreng

Cara2:
1. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah
2. masukkan air danmasukkan sepeket perencah mee bandung muar adami
3. apabila mendidih, masukkan sotong, udang, telur dan sayur sawi
4. masak dlm 5 minit utk pastikan telur dah masak, masukkan sedikit garam
5. ketepikan kuah mee bandung, uruskan mee pulak
6. celurkan mee dgn air panas
7. bila sampai waktu berbuka letak mee dlm pinggan dan masukkan kuah mee bandung..nak cantik, taburkan bawang goreng..taburkan daun bawang..

SELAMAT BERBUKA PUASA!

p/s: mybe ada yang pelik nape i tak masukkan mee terus kat dlm kuah..disebabkan i x suke mee jadi kembang bila lama2 dlm kuah tu, i asingkan..tp sesape yg nak makan terus ms kuah tu dh masak, mendidih, masukkan je mee..cepat2 makan lepas tu..okeh.. : )

Thursday, 28 March 2013

Resipi Mee goreng SEdaP!!


Makan makan makan!! meh makan mehhh..nak makan ape?? ce tengok tuuuu..rasa nak makan tak?? ecece..kalo x de rasa jgn baca sampai habiss tau..hehe..

Baru siap dimasak..yummeh..penuh dengan sayur2an..
Haaa...ni la isi kat dalam tue...yummeh!!


Dah layanzz gambar makanan tu kan? hehe..ape agaknya resipi hari ni?? ia adalah gabungan mee goreng pattaya dan mee hong kong..so kita namakannya sebagai mee PattKong..hahaha..macam pelik jer nama tu kan? errr namakan je la sbg Mee Goreng Tasik Hijau..(hijau sbb ada bnyk sayur)..hahaha..xtau la pa nama nak bagi nih..Bagi Mee goreng SedaP je lah..(sungguh x beridea nk bagi nama..haha..)

tapi i ada idea untuk resipi dan cara2nya..jomsss tengok together2!..


BAHAN2:
1. mee kuning
2. bawang putih (guna untuk tumis yer)
3. minyak masak
4. kicap manis
5. kicap cair
6. telur 2 biji
7. garam
8. sayur: brokoli, lobak merah, cauliflower, baby kailan, jagung kecil
9. 2-3 tangkai cili padi (diketuk)
10. sosej ayam (leh tukar kpd ayam, daging, sotong, udang)
11. bawang merah besar
12. tepung jagung
13.sos tiram


CARA2:
1. mula2 goreng mee dulu, panaskan minyak, masukkan sedikit bawang putih yang dicincang halus, biar kekuningan..

2. masukkan kicap cair dan kicap manis..then masukkan mee, gaul rata dan angkat letak dlm pinggan..

3. siapkan telur dadar..pecahkan telur dan kacau bersama garam..panaskan minyak, dan goreng macam telur dadar, cuma ratakan telur tu supaya jadi besar dan tidak terlalu tebal..angkat bila dah masak dan hati2 jangan terkoyak..letakkan di atas mee goreng tadi atau pun balutkan mee goreng dgn telur dadar ni..

4. sekarang kita buat kuah pulak...panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi..masukkan sos tiram satu sudu besar, kemudian, masukkan sosej ayam, bila nampak dh masak, masukkan air..

5. bila air mendidih, masukkan semua sayuran..(kalau takut lobak merah x empuk leh masukkan dulu bersama2 sosej ayam tadi)

6. bila nampak sayur dh layu sikit, masukkan bawang merah besar yang dipotong bulat2..

7. akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan garam, kacau, dan rasa sedap x? kalo tawar, tambah garam!

8. bila tengok kuah agak pekat, tutup api dapur dan terus letakkan di atas mee yang dibalut dengan telur dadar tadi..SiaPPP dihidang..

So selamat Makan!! Yummy Yummy Yummehh!!