Pages

Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts
Wednesday, 17 June 2015

NO EXIT




Here i would like to share a story on NO EXIT

----------------------------------------------------------------------------



A man checked into a hotel for the first time in his life, and goes up to his room.


5 minutes later he called the reception desk and said: "You've given me a room with no exit. How do I leave?"



The desk clerk said, "Sir, that's absurd. Have you looked for the door?"




The man said, "Well, there's one door that leads to the bathroom. There's a second door that goes into the closet. And there's a door I haven't tried, but it has a 'do not disturb' sign on it"


-----------------------------------------------------------

in my view..

the story wants to tell us, if there is a way in, there must be a way out..
do not afraid to try a new way although there are some warning on it because things that is good sometimes is covered under the warning door!

be brave to try, find a way out!!


p/s: this is a good reminder to me!
my comfort zone is not the only way..some other way awaits me..
may Allah lead me to the best way that he knows it will fit me..ameen..
Wednesday, 11 June 2014

Sesuatu yang menarik tentang FROZEN.. "Let it GO.."



Mesti ramai yg dh menonton disney frozen kan? rsnya tak terlewat kot nk komen skit psl cite ni..sbb nampaknya ramai kanak2 suka dgn cite frozen dan ramai jgk org dewasa yg tertarik dan suka tgk cite fozen ni..

i salah seorg yg tertarik dgn cite fozen ni..hehe..bila tengok cite frozen rs mcm terbawa skali bersama2 dlm cite elsa dan anna..hehehe..

orait..ape yg menariknya? plg menarik adalah pengajaran yg i dapat dlm cite frozen ni..walaupun hanya cite kartun..tapi mesej yg disampaikan jelas..bila kita tgk dengan anak2 kita boleh ceritakan mesej2 positif yg ada dlm sesuatu crita tu..plg bgs cerita kartun yg bnyk unsur kasih sayang, kurang unsur keganasan..

dr cerita antara apa yg i suka ialah:

1. sbg ibu bapa sebenarnya kita kena terangkan situasi kpd anak2..terutama hal yang berkenaan adik atau kakak..sbbnya satu perkara yg i nampak ialah anna tak diberitahu apa masalah kakaknya elsa..membuatkan dia tertanya2 dan susah nak memahami elsa biarpun dia cuba..pendek kata dlm family ni x elok berahsia hal yang penting..



2. jgn la mudah percayakan org yang kt baru nak jumpa..yg ni bgs buat anak2..bercinta dan kahwin tu bagus..cumanya kenal dulu siapa org tu jgn terburu2 tgk jumpa mula2 baik dah anggap semuanya baik aje..no no no..berkawan dan kenallah siapa kawan kita dulu sebelum mempercayainya..



3. yg ni i suka jugak.."only an act of true love can thaw a frozen heart.."
selalunya bila dgr ungkapan true love pasti org ingat kasih sayang antara kasih kekasih..tapi cite frozen ni membuktikan yang true love atau kasih sayang sejati tu boleh datang dr adik beradik..betapa sayangnya anna pd elsa hingga sanggup mengorbankan diri adalah perlakuan kasih sayang sejati..bgs buat ditanamkan rs sayang menyayangi antara adik beradik..sbb dlm dunia ni bukan mudah nak ada adik beradik..cthnya org mcm i ni..anak tunggal..mn ada adik utk dicurahkan kasih sayang..so bg yg ada adik beradik..hargailah sebab bkn semua berpeluang mcm anda..




4. " some people are worth melting for" memetik kata2 olaf... ye betul..ada sesetgh org berbaloi utk kita brkorban utknya..plg hampir bg i suami, ibu bapa, anak2 dan kawan2 sejati..dan x lupa jgk mcm i yg jd cikgu ni..berbaloi brkorban ms ajar student yg benar2 nk ilmu..pengorbanan bkn stakat mengorbankn diri, tp korbankan tenaga, masa, wang pon trmasuk pd pengorbanan..jd dlm hidup ni jd lah insan yg boleh memberi manfaat pd org lain, menjadi insan yg memudahkn org lain..



5. trademark frozen "let it go" 
yerp...biarkan apa org lain nk kata psl dri kita..jgn sembunyikan diri..be urself..sbbnya bl menyembunyikan keupayaan diri kita jadi trsekat, takut, kurang yakin diri..andai keadaan sekeliling tak positif utk menonjolkan diri, cari environment baru, sbbnya stp manusia ada kelebihan..mgkin di satu tempat org judge kelebihan kt sbg kekurangan..tp di satu tempat lg mungin org sgt menghargai diri kita..just let it go..cr aura positif..tglkn yg negatif..kt akn rs lbh gembira..bl elsa dh tgglkn ketakutan die..die jd sgt gembira dan hebat kan?! just be ur self! when u feel free..ur potential will come out..and u will be such a successful one!


6. never give up! itu karekter anna yg i suka..dr kecil die tak penah putus asa mengajak elsa utk bina snowman..dan selepas elsa melarikan diri, die tak pernah putus asa mencari kakak dia..dan hingga akhir demi kasih syg pd kakaknya anna tetap nk selamatkn elsa biarpun diri dh hampir beku smpai la saat dia membeku..sungguh dont ever give up coz we dont know what are in front of us in the future.. kdg2 kita tak tau lagi selangkah ja mungkin dh berjaya..tp sbb dh give up trtinggal selangkah kejayaan tu..so rugi kan? 
never give up untill the last step kawan2..

itu antara yg i suka dgn cite frozen ni..sungguh kalau anak2 tgk cite mcm ni influencenya baik..sbb yg positif tu banyak..

bg yg blom tgk frozen..ha..p cari cite frozen ni, tgk, alami dan dalami mesej yg disampaikan..

enjoy watching people!! 


Wednesday, 12 June 2013

Mereka yang tidak dapat memandang wajah ALLAH S.W.T


Tulisan ini diambil dari email group: RG2011

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan..



**********************************************************

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah
Ditulis oleh Ustaz Ghani Shamsudin
MONDAY, 03 MARCH 2008 13:59
Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.
Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) 

Allah berfirman :
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)[ آل عمران : 77
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داودوصححه الألباني
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليمشيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
“Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”
Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة – رضي الله تعالى عنه – قالقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (  ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليمرجل على  ‏فضل  ‏ماء  ‏بالفلاة،  ‏يمنعه من  ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعدالعصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوثصحيح أخرجه أحمد والنسائي
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah
Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قالقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله – تعالىإلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قالقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قالالمنان والمنفق سلعتهبالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).
Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau

المسبل إزاره المختال في مشيته
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
عن ابي ذر رضي الله عنه قالقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفقسلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائيوصححه الالباني
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”
Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani.
************************************************************************************