Pages

Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts
Wednesday, 8 May 2013

RICH DAD reminds me of "for the things to change, i must change first"


PRU 13 dah pon tamat..pihak yang menang dh pun membentuk kerajaan..i cuma nak share sedikit pengajaran yang i dapat secara peribadinya dari PRU13..ramai yang menggunakan tag line #UBAH #INIKALILAH..dan ramai jugak yang kecewa apabila tagline yg popular sempena PRU 13 itu tidak menjadi kenyataan..sebenarnya sesuatu yang i nampak ialah dalam keadaan kita inginkan perubahan, tetapi majoriti masih tidak mahu berubah..jangan lah kita menzahirkan kekecewaan itu dgn perbuatan dan kata2 yang membangkitkan rasa tidakpuas hati..cukuplah menunding jari kepada org lain, mengatakan bahawa diri kita betul, tetapi kita tidak berjaya sebab orang lain..ingatlah, satu jari menunding pada orang lain,4 jari lagi menunding pada diri kita sendiri..

cerita PRU 13 dan tagline #UBAH amat bermakna dalam diri i yang sudah 2x berjaya menjadi pengundi..sebelum ini i seorang yang suka memikirkan soalan "KENAPA": kenapa keaadaan jadi begini? kenapa keadaan tidak adil? kenapa cadangan kami ditolak mentah2? kenapa hasil kerja kami tidak diiktiraf, dipandang sepi? kenapa selaku pekerja muda kami rasa dipinggirkan? kenapa keadaan tidak boleh di"UBAH"? kenapa susah melakukan perubahan? alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dalam organisasi, dalam cara berfikir, bekerja dan alangkah baiknya perubahan berlaku dan menyenangkan ramai pihak?? begitu banyak kenapa terhadap persekitaran..sehinggalah sudah 5 tahun, i masih dalam keadaan yg sama walaupun setiap hari berharap keadaan akan berubah..

begitu lama mencari jawapan memandang sedalam2 diri..akhirnya disebabkan kempen #UBAH, i dapat satu jawapan iaitu, "FOR THE THINGS TO CHANGE, I MUST CHANGE FIRST"..betul mengubah keadaan itu sukar, kerana yang mewujudkan keadaan ini ialah segolongan manusia yg hidup bersama di satu tempat itu...mudah kah kita mengubah manusia? mudahkah mengubah prinsip yang dipegang setiap orang? tak mungkin kita dapat mengawal manusia seperti mana kita mengawal kereta kawalan jauh..kerana alat kawalan itu berada jauh di dalam hati setiap insan..

kerana jauhnya alat kawalan itu sehingga tidak tercapai secara fizikal, apa kata kita kawal diri sendiri terlebih dahulu..dalam sibuk org berkempen, dalam sibuk org mengundi i dan incik hubby jugak sibuk membaca buku bertajuk "RICH DAD, POOR DAD"..(thanks to kawan seopis, hasbah, yang juga sebilik yang menunjukkan buku ni pada i menyebabkan i pon rasa terpanggil untuk membelinya..dan berjaya mempengaruhi incik hubby utk baca..opsss..iklan jap..hehe)

Inilah Buku yang memberi tema #UBAH pada diri i..

tak mengapalah jika keadaan sekeliling i sekarang tidak dapat diubah, mulai saat membaca buku itu, i berazam untuk mengubah diri i..biarlah i berubah supaya menjadi seorang yang boleh mengawal keadaan sekeliling daripada menjadi seorang yang dikawal oleh keadaan sekeliling..banyak yang Robert T. Kiyosaki katakan dalam penulisannya itu benar..dan membuka minda i tentang banyak perkara dalam hidup dan terutamanya dalam pengurusan kewangan..banyak kali bila membaca i bertanya pada diri, sampai bilakah i nak bekerja untuk wang? bangun pagi dari jam 8-5 di pejabat? sampai pencenkah? sampai bila jugak i harus jadi orang yang perlu mengikut peraturan, arahan dan ketetapan sebagai pekerja? jom tengok quadrant E dan quadrant B nih:



bila difikirkan kembali betul..i ni tergolong dlm quadrant E: jd pekerja makan gaji jer..dan i jugak x pernah dapat ape itu definisi aset dan liabiliti dgn betul dalam menguruskan wang sendiri..bila baca buku terasa sgt i ialah golongan miskin dan pertengahan yang gagal mengurus wang dengan baik dan akhirnya menyalahkan kerja yang menyebabkan gaji x cukup..pangkat tak naik2..dll rungutan..



itu pelajaran paling penting yang i dapat iaitu memahami aliran wang..dari pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti..(rumah yang kite beli dan duduk skrg pon msk kategori liabiliti tau sbbnye tiap2 bulan kite kene bayar hutang rumah..kan??)...

setelah habis membaca buku RICH DAD POOR DAD, i tertarik pulak nak baca yang ini:RICH DAD's Guide to investing..


i akan baca sampai habis nak tau cemana Robert T.Kiyosaki jadi sophisticated investor rather than advanced investor..sbb menurut rich dad, dont be average investor..dan sophisticated investor ada 3E: education, experience , exact money...

semangat berkobar2 nk membaca nih..nnti i buat next2 episode untuk ceritakn tentang pelajaran2 rich dad dari Robert T. Kiyosaki ni eh...

Jom Baca Dulu..Jom2!!
Wednesday, 3 April 2013

Didik Anak mengikut Zamannya...

Found this from Little Caliphs Sikamat Seremban, Facebook page..


**copy started*****


Found this while reading the book "Raising Happy Kids" from Prof. Dr. Rozieta 
Shaary.

I totally agree with this. 

Saidina Umar pernah berkata "Didiklah anak-anak mengikut zamannya"

Zaman ini zaman anak-anak Millenium. Mari kita kaji, adakah kaedah didikan

 kita sesuai dengan anak-anak Millenium? Atau masih sama sepertimana

 nenek kita membesarkan ibu bapa kita dahulu

-Teacher Sharina-



**end of copy**



big TRUE..that time has moved..stories about job security is not valid..Big

TRUE also where the new generation is talking about freedom in doing what 

they love most and acquiring an abundance of wealth by following their

dream! i am feeling the same thing here..and of course what am i thinking

rite now would be different with what my children will think in future..



so we should be the updated parents to ensure our motivation and advice to 

our children will move accordingly with their TIME!
Monday, 21 January 2013

INDEPENDENT dan PELUANG..


hari ni i nak cite pasal independent..berdiri di atas kaki sendiri..perkara yang sedari usia 16 tahun i belajar untuk menjadi independent sebab bermula saat itu i keluar rumah ke MRSM BESERI, Perlis..tanpa ada mak dan abah disisi..belajar menerima rakan2 di sekeliling..belajar mengurus diri sendiri..belajar mengurus wang..belajar menjadi pemimpin dikalangan pelajar, belajar menguruskan sesuatu program tanpa bergantung pada guru sepenuhnya..dan banyak value yg i dapat di sana..sehingga hari ini i rasa banyak jasa MRSM kepada diri i ni..opsss tercerita pasal diri sendiri pulak! hee~~

ape yg nak diceritakan di sini sedikit tentang situasi depan mata yang i sekarang..zaman ni dah jauh dari zaman i dulu..student zaman sekarang tersangat lah advance..diaorg jugak sgt independent.. diaorg mampu melakukan pelbagai tugasan yang disuruh hanya dengan sedikit penyeliaan..ini menunjukkan betapa meraka2 ini pewaris Malaysia yang hebat sebenarnya..tetapi..apa yang agak negatif biasanya i nampak dari generasi yg lebih berpengalaman..di mana berpengalaman ini kadangkala "membunuh" idea generasi muda dan menyebabkan gen Y ini tiada cara lain melainkan memberontak bagi menyuarakan pandangan mereka..hurmmm...bila gen Y mula bersuara dikatakan tiada respect..

sebenarnya..tidak kira berapa usia kita sebenarnya kita perlu menjadi seorang yang memberi peluang..seorang guru perlu memberi peluang pada anak murid untuk melaksanakan sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya..pasti anak murid ini akan berusaha melakukan yang terbaik supaya gurunya tidak kecewa dan dia akan diberi penghargaan..jika ada pandangan dari student, guru juga perlu memberi peluang bersuara..kemudian selaku yang lebih berpengalaman beri ulasan yang rasional..barulah akan ada rasa hormat dari student tersebut..seorang bos perlu memberi peluang pada pekerja untuk melakukan kerja yang baru supaya pekerja tadi akan merasakan dia perlu berusaha bersungguh2 tanpa mengecewakan bosnya..malah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya juga memerlukan peluang..seseorang atau sesuatu organisasi perlu memberi peluang kepadanya untuk menceburkan diri dalam perniagaan..itu hanya beberapa contoh..

PELUANG yang diberi inilah sebenarnya melahirkan insan yang boleh berdikari atau INDEPENDENT..jika tiada peluang semuanya perlu dilaksanakan dengan arahan, maka kita bukan mendidik tetapi kita merosakkan generasi baru menjadi generasi yang terlampau bergantung pada arahan, tiada inisiatif sendiri dan lambat bertindak..

waallahualam..