Pages

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts
Thursday, 18 June 2015

Resepi Ayam Goreng Berlada dengan Isi Ketam yang Simple!


Resepi Simple kali ni gabungan ayam di darat ketam dilaut..dalam periuk bertemu juga..haha..

Bahan2:

1. Isi Ayam dipotong kecil -
250g (saiz yang sesuai ikut korang la eh..tp jgn besar sgt lambat masak)
2. isi ketam - filamen ketam dipotong 3 atau 4
3. bawang besar dimayang
4. sedikit kacang buncis dipotong serong
5. bawang putih dicincang
6. cili kering di mesin - 2 sudu besar
7. Minyak untuk menumis
8. garam secukup rasa
9. sedikit kunyit - untuk ayam

Cara2:

1. Gaulkan ayam bersama kunyit ( nk tukar kunyit kepada rempah serbuk kari pon boleh..)
2. Panaskan kuali, goreng ayam sehingga garing
3. angkat sebentar ayam goreng
4. masukkan bawang putih, biarkan perang, masukkan 2 sudu cili kering yang di mesin, biarkan cili garing, kemudian masukkan isi ayam yang di goreng, isi ketam, kacang buncis dan bawang besar, kacau dan pastikan kacang buncis sedikit layu
5. Masukkan garam secukupnya
6. kacau rata dan angkat!

Dah siap! campak2 aje tak susah pon..
selamat mencuba!

Friday, 6 February 2015

Resipi Ayam Bakar Berempah Sedap!!


Wehuuu..ayam terbako!!!! hehehehe..

Petang2 nih saje nak share resipi simple sgt utk ayam terbako tapi sedap hingga menjilat jari!!!
Boleh la uollss cuba buat hujung minggu nih..hehe..

Okeh..resipi!!!

Bahan2
1. ayam
2. Sos tomato
3. Sos Tiram
4. Sos cili
5. Rempah kari daging dan ayam
6. sedikit garam

Cara2:

1. Basuh ayam..hilangkan bau ayam..potong ayam..kelar2 skit bagi rasa perapan nanti masuk ke dalam..
2. masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram..gaul sekata..bahagian utk sos tomato lebihkan sikit supaya ayam rasa masam2 manis
3. masukkan serbuk kari dan garam
4. Perap sebentar dalam 5-10minit
5. Panaskan oven pd suhu 150-200 darjah celcius
6. Bakar selama 45 minit-1 jam..ikut korang suka cemane rupe terbakonye ayam tu ye..

bila dah bunyi TING!!!! Siap lah tu maknenye...

Nak sedap jugak boleh potong ubi kentang bentuk wedges, salutkan dengan sos perapan dan bako sekali..sedap tau!!

Kalau sume portion sekata uollsss akan menikmati ayam panggang manis2 rs rempah tapi xpedas..
Anak i hariz pon suka..susah nak bg hariz makan..tp ayam bako berempah ni memang hariz suka..
alhamdulillah..mama masak utk anak2 dan abahnye..sesamelah kita membina badan!! haha..

Okeh selamat mencuba semua!!
Monday, 21 April 2014

Resipi berpantang : ayam kampung dan ubi kentang masak halia

Hari ke 40 berpantang yeayyy!!! Ada 4hr lagi dan boleh jalan2 dah. Yippieee!! Dh lama dok kt rumah jerr..

Sempena hr ke 40 i nak share resipi org brpantang dihujung2 hari2 brpantang. (Sbb dh hujung2 bnyk menu yg agak menderhaka skit. Dh mula berani mkn yg brgoreng..lalala..xlarat dh merebus2 ni. Huwaaa).

So resipi yg i nk share hari ini ayam kampung!! Lama x mkan ayam. Tp ingat yer mommies out there, trutamanya yg bersalin czer la kan. Kite boleh mkn ayam kampung je tau. Jgn mkn ayam bandar nih. X elok utk luka, ayam bandar boleh menyebabkan luka jd gatal2. X elok tuuu, jd kalo tringin mkn ayam beli aym kampung yer :) jg lah luka czer kita tu. Sbbnye kalo jd ape2 kt yg tanggung. Brsabarlah mommies ye. Brkorban dr segi makan. Insyaallah luka cepat sembuh dan nnti kita pon x de msalah gatal2.

Jump to recipe! Simple aje ye.

Bahan2:
1. Isi ayam kampung (ikut bape bnyk yg mommies nak ye)
2. Bawang putih 2ulas ditumbuk
3. Bawang merah 1 biji separuh ditumbuk, separuh dimayang
4.halia separuh ditumbuk separuh dimayang
5. Kunyit hidup sikit. Tumbuk
6. Minyak masak
7. Garam
8. 1 biji Ubi kentang potong ikut suka, dinasihatkan ptg nipis skit bg cepat masak.


Cara2:
1. Potong bahagian ayam yg mommies suka, perap kejap dgn kunyit hidup yg ditumbuk.
2. Goreng sekejap ubi kentang, layu skit, agkat. Jgn smpai garing ye.
3. Goreng ayam yg diperap separa masak.
4. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg ditumbuk, bawang putih, bawang merah dan halia.
5. Bl nampak garing masukkan ubi kentang digoreng separa tadi. 
6. Kemudian masukkan ayam yg digoreng separa.
7. Masukkan bahan yg dimayang tadi; bawang merah dan halia.
8. Kacau semua hingga nampak garing.
9. Masukkan garam dan gaul rata.
10. Dah siap! Sila makan panas2!


Hehe dh siap makan panas2 aym kampung masak halia dgn kentang. Mkn smpai habis yer. 

Selamat memasak mommies!!! 
Ayam kampung resipi saye! Hee