Pages

Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts
Monday, 18 March 2013

Resipi Apam Strawberry @ Apam Polkadot Gebusss...


sudah 2 minggu i berhajat nak buat apam polkadot..tetapi kerana dah panjat Broga Hill..dh p KL, dh tolong my MIL kat kenduri..dah g jogging kat City Park sambil bawak hariz g playground, i dah menunda2 kan kegiatan main masak2 nih..

so sabtu lepass nekad p beli pewarna oil based pink & green apple kat I Love To Bake, Seremban Jaya..

then balik i pon membelek2 resipi kat internet dan terjumpa page mamamimi ni..blogspot mamamimi..

Tertarik nak buat apam polkadot gebuss i pon cuba resepi spt di bawah yg menurut mamamimi die amik dari majalah rasa...

meh baca resipi dan cara2 sebelum layanzzz gambar (kali ni terbalik pulak la kan..slalunya i tunjuk gambar dulu..xsemangat pulak baca xde gambar kan??) hehehe..ok la kasik sekeping gambau apam strawberry i yg dh jadik dlu...



Wokehh sudah semangat?? jom bc resipi yg i amik dr blog mamamimi...

APAM STRAWBERI
 Resepi : Ain Rusli
 Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 


okehh dah baca sume??
jom tengok hasil kerja i menggunakan resipi ini..

Isi separuh adunan pink, pastu buh filling..
pastu sambung isi adunan pink..
kne buh dlm bekas tau kalo x 

nanti apam tu mengembang 
semacam jer..

okeh, guna piping bag untuk buat dot2 putih dan daun hijau tu..
tipsnyer, jgn potong hujung piping bag besar2 sgt 
nanti susah nak control, guna kreativiti, 
leh buat mcm deco cupcake ajer..

tadaaa..ni hasil kerja i 
ade memacam tema jom zoom satu persatu

Ini I LOVE U theme..dgn lovely dots kat blkg tue..
untuk org kawin seswai ni kan?? hehe..

atas: I LOVE YoU theme, bawah strawberry theme..
jom zoom strawbwrry theme!
haaa ini strawberry theme..

yg ini ape? owhh ini polkadots theme..
ada yg big dots ada yg small dotss..
hasil untuk habiskan adunan punye pasal..opss..

3 apam themes for the day: 
LOVELY, STRAWBERRY and POLKADOTS..

so untuk uolss selamat berpolkadots!!! Cubalah! 

Tuesday, 5 March 2013

DECO CUPCAKE CLASS @ Kolej komuniti Rembau

just nak share hari best masa i pegi kursus decorate cupcake..yuran sgt murah RM25 sbb kursus ni di Kolej Komuniti Rembau..dan sifoo pada hari tu ialah emillia..owner COMEL BAKERY @rasah.. jom biar gambar berbicara!..heeee..

yg pkai baju kaler kuning tu sifoo
teman berkursus sebah yg tengah kusyuk

sesi demo untuk buat vanilla cupcake

setting oven..

cupcake in the oven

oil based colour-WILTON

sesi menyediakan buttercream

kusyuk peserta amik resipi

ini buttercream yg dah siap berkaler

ramai org yg jadi peserta hari tu..

setiap peserta dapat 10 cupcake seorang

ini hasil deco yg ditunjukkan oleh pembantu sifooo

ini hasil deco kumpulan kami..

hasil deco my friend, sebah..tema: lady bird and glamourous singer

lihatlah comel tak hasil deco2 kami?

ni my deco..

i love u theme

single love among clouds theme

violet sun with orange clouds theme

mr smiley theme

rose with blue circle theme

my friends nana n iffa decos..

angry bird theme hasil deco sebah

me, sebah n iffa

iffa, me, nana n kak rashidah with all the cuppies

me n nana with all the decoss

kebetulan ade karnival pembelajaran sepanjang hayat

big rose theme

pearls with cloudy pink and blue theme

all 10 are my decos :) suweet x?
owhh tertinggal..inilah rupe nozzle yer..yg akan menghasilkan memacam bentuk2..heeeee

 i sgt like kursus2 sebegini..menambahkan kemahiran sbg suri rumah..hehehe..i nak pegi lagi la kalo ade kursus2 nih..sukeee sgt.. like like..

so sesape nak g kursus ape2 saje leh klik link kat bwh ni..yuran murah dan kite enjoyy jer belajar..

http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/program-ditawarkan/kursus-psh-mengikut-bulan.html