Pages

Showing posts with label hariz. Show all posts
Showing posts with label hariz. Show all posts
Thursday, 10 December 2015

Meriahnya Majlis Akhir Tahun Pasti Al-Mawaddah!


Assalammualaikum..lama iolls x bersiaran..ceritera bulan November dan Oktober banyak sangat..tapi x sempat nak coret2..BZ memanjang..(ntah ape la yang bz tuuu)

Hari ni nak throwback cerita majlis akhir tahun tadika hariz..pasti al-mawaddah..pertama kali menghadiri majlis akhir tahun anak..sbb ini tahun pertama hariz di PASTI..

semua anak2 memakai baju melayu dan sampin (susah payah mama mencari sampin buat hariz..berpusing satu mydin akhirnya jumpa dekat kedai luar mydin..adoii) bagi lelaki dan baju kurung bertudung bagi perempuan. Comel sangat anak2 yang hadir pada hari tersebut..yang perempuan tudung instant nye lawa lagi dr i!!

Seawal jam 8 anak2 dah mula berkumpul..ada rehearsal katanya..dan ibu bapa yang hadir dapat nombor khas..cabutan bertuah!!

selepas majlis dimulakan dgn doa dan ucapan, tiba masa untuk persembahan..ce tengok gambo di bawah..bersungguh anak2 ni..dan paling kagum pada usia 6 tahun dah hafaz surah2 lazim dengan lancar! Semoga Hariz pon begitu nanti..amiinn..

Jom layan Gambo!


persembahan pelajar 4, 5 dan 6 tahun 
persembahan doa, nasyid, lagu dan ayat hafazan

hariz hujung sekali..berbaju melayu merah..masa ni baca doa..

gaya untuk lagu yang dinyanyi..

happynye kawan2 hariz yang lain..hehe..
Selesai persembahan sesi penyampaian hadiah pula..setiap pelajar diberi cenderahati dengan gambar menarik bagi pelajar 4 dan 5 tahun. yang comelnye gambar tu gambar cita2 saya..macam2 kostum yang diaorg pakai dalam gambar tu..mama terkejut tengok hariz pakai baju askar!! haha macam x caye..

Ini hadiah untuk setiap pelajar

tetiba selepas semua pelajar dah naik pentas ambik hadiah, mama nampak hariz keluar balik..ada anugerah khas kata MC..ingatkan apelah anugerah yang hariz dapat..rupanya anugerah "Pelajar paling BERSIH" hehehe..terharu mama tak sia2 opah basuh baju setiap hari, mama iron baju setiap hari dan basuh kasut bagi nampak putih setiap hari..haha..

semoga tahun depan hariz berjaya dapat anugerah kecemerlangan pulak!

Hariz dengan hadiah anugerah khas

Selesai majlis penyampaian hadiah, tiba pulak majlis memberi cenderahati pada ibu bapa yang ditimpa bencana dalam setahun ini. Prihatin pihak tadika ni..bagusnye..last part ialah cabutan nombor bertuah..i olls hampir dapat bila MC sebut 'sembi..'tp tetiba eh, nombor terbalik..no 6 rupanya..haish...sesungguhnya nombor sembilan pada hari itu tak bernasib baik..yang ada 7, 8, 19,6, 29..hampir2 tp xde nasib bertuah..tahun depan agaknye..haha..
lastly..sesi mama bergambo pulak!!



hariz dgn opah dan atuk..nmpak tak gambo yang hariz pegang tu? pkai baju
askar anak mak! heee

sungguh susah nak tangkap gambo dgn hariz dan nafiz..bukti kan kat gambo tu..sabo je la..
tapi ada beberapa gambo yang nafiz sporting!

senyum sampai tak nampak mata

sengih tapi tgok tempat lain..opsss

selesai majlis pada 1130 pagi..alhamdulillah dapat jugak mama meluangkn masa untuk anak mama.lepas tu berkejaran ke KTM seremban naik komuter dan zassss terus ke kelas akhir subjek strategic management..heeee..tahun depan kita dtg lagi bagi sokongan buat hariz!!



Wednesday, 24 June 2015

Destinasi Cuti Sekolah HAriz & NAfiz: MENARA KUALA LUMPUR


I decide nk bawak anak2 dan mak abah ke Menara Kuala Lumpur selepas tamat FIM 2015..
Bergerak dari Sani Hotel jam 11pg, mencari jalan ke Menara KL guna Waze..dan akhirnya berjaya sampai! fuhhh!

Lama tak sampai sini..Menara masih sama tapi sekeliling menara banyak yang berubah..kali terakhir i kat sini masa darjah 6..rombongan sekolah..hehe..masih ingat lagi time tu kami dibawa naik keretapi oleh cikgu..punya excited nak p KL..

so now..giliran i bawak anak2 pulak..
naik aje kat atas tu trserempak dgn minions yg hariz minat..
hariz panggil pisang..hehehe..


tangkap gambo dgn minions..sampai je budak dua org ni dpt belon dr pihak menara KL..

bersungguh clown ni nak tgkap gambo dgn hariz..tp hariz cm tak de perasaan huhu..
hariz dapat belon pedang, adik dapat belon pistol. thank You MR Clown!

Harga tiket untuk naik ke menara pemandangan atau observation deck ialah RM 32 untuk dewasa, RM 21 untuk warga emas dan RM untuk kanak-kanak..

hariz dgn adik belum ckup umur..so masih FREE..i dan mak abah masuk sumenya rm 78.44 termasuk GST 6%

dah dapat tiket..boleh beratur tunggu turn naik lif ke atas..
masa menunggu dan masa sampai kt atas nnti ada org akan sibuk nak tgkap gambo uolss..
nnti diorg akan print gambo uollss dan jual as gambo plus gambo dpm magic ball dan gambo atas magnet..so korang layan je la..kalau gambo tu korang tak nak beli tak pe diaorg tak marah..gambo2 tu pakej sume regenya RM75 kalo tak silap..err..ke RM 80..aduss lupa.. 


kat atas budak2 ni tak dok diam..tak takot langsung!

mak ngan abah dgn cucu2 yang sibuk dgn pistol pedang belon

my beloved parents

abah mulanya tak nak naik..takot gayat sbb tinggi katanya..tp ak ngn mak yakinkan yg kalo naik menara KL takkan gayat sbb naik lif je..jd..org2 yg gayat jgn takut..boleh je naik tau..

hariz n mama..


tengok nafiz yang susah nak tangkap gambo die tu..
menara dh jadi laman! sibuk nak lari sana sini..


ini menara2 telekomunikasi seluruh dunia beserta ketinggian..


KLCC dari kaca mata KL Tower


ni mcm binokular..leh tgok secara free..nmpk bangunan lbh dkt..
tp mata rabun i nih x tahan tgok..sbb mcm kuat power lens dlm tue


sempat selfie dgn KLCC..haha..mak perasan sengsorang..

di bawah antara pemandangan dr KL Tower..i boleh nampak KTSN UKM, heee, ade tasik titiwangsa, Istana budaya, Menara TM..so rasa mcm nampak rumah sewa area pantai dalam dlu..then nampak stadium merdeka..dataran merdeka..bekas tapak penjara PUDU..






sambungan gambo menara2 telekomunikasi disusun mengikut ketinggian..
heee..cemane la gambo sekeping kat atas tu trsesat eh?? hmmm...





owhh..ni dataran merdeka!


nafiz yg buat obsevation deck mcm rumah..


sibuk dgn mesin yang boleh cetak coin dgn lambang menara..
takkan la mama nak beli coin tu..huhu..

lebih kurang 20 minit jugak kat atas tu..decide utk turun bila tak boleh kawal lagi dua org hero tu..huhu..

ni lif yg kami naik..



mama n nafiz dlm lif..sempat selfie..haha..

tgkap gambo hariz n nafiz pulak...







dlm menara KL ni ada jugak small aquaria..
nk masuk kne bayar lain..

hmmmm bnyk yg berubah..parking? nak parking kete senang je..bnyk space parking utk pelawat..bayaran satu jam pertama rm3 dan tambahan utk jam2 berikutnya..

lain kali nak datang lagi..dgn incik hubby pulak..mengajak naik ke restoran berputar pulak..aci tak? haha..

so pada yg memikir2 mana nak bawak anak2 brjalan...
consider KL tower dlmsalah satu destinasi anda..bukan jauh..DEKAT AJE..hehehe

bye!
Friday, 6 March 2015

Teknik Al-Baghdadi..Seronoknya mengaji!!

Ptg ni iolss nk share info buat mommys yg masih trcari2 mana tempat nak hantar anak2 mengaji..mengenal Al-Quran..

Dari sumber kawan2 i dpat tau psl Al-Baghdadi..sebenarnye kalau perasan teknik ni digunakan utk ajar anak2 mengaji dlm rancangan Seronoknya mengaji yg ditayangkan di siaran ASTRO..anak2 diberi buku dan kayu ketuk2..perasan tak rancangan tu?? teknik yang di gunakan itu dinamakan teknik Al-Baghdadi..

buku dan alat ketuk..

apa itu teknik al-baghdadi?

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Teknik Al-Baghdadi serta bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah Al-bargy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.

Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.
Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran. 


ni buku yang hariz guna..warna coklat..dan alat ketuk yang digunakan..dalam buku tu mcm dlm gambo kt bawah ni ha..



Dalam kelas Al-Baghdadi ni bukan sahaja menggunakan alat ketuk, tetapi ada play time guna nih..siap ada dadu lagi..then ikut kreativiti ustazah..ada yg kena baca..ada yg kena tulis..



Peringkat2 tahap pengajian dalam kelas mengaji teknik AL-Baghdadi..



so far hariz sgt suka dgn kelas mengaji Al-Baghdadi..ustazah Hafizah pun sgt kreatif dalam mengajar anak2 kecil ini mengenal Al-Quran..bertuah sungguh sebab dapat berjumpa dengan ustazah Hafizah..

Perkembangan hariz semenjak ke kelas..dia suka cuba menulis huruf hijaiyah di whiteboard..sebab ustazah di kelas pun mmg memberi peluang kepada anak2 ini menulis di hadapan kelas..hariz kenal dgn huruf alif, ba, ta hingga shim..(ok dh tu sbb hariz baru 2 bulan setengah belajar..) hariz pandai ikut mama baca doa sikit2..alhamdulillah..
hariz teruja bila ustazah bagi kertas yang ada huruf hijaiyah dan hariz kena warnakan..dpt bintang dr ustazah dia lg excited! hihi..

so far sgt berpuas hati dgn kelas Al-Baghdadi kendalian ustazah Hafizah di Ampangan, Seremban..bagi yang di area seremban boleh hubungi ustazah di sini..


Wednesday, 11 February 2015

Pengalaman mencari TADIKA buat anak



Assalammualaikum...

Uolsss penah ade pengalaman hantar anak ke satu tadika dan terasa tersilap hantar tak?? huhu..Hr ni i nak buat luahan perasaan seorang ibu...yang dh tersilap...

Al kisahnye begini..

Ada satu tadika tu betol2 dekat dgn rumah i nih..seberang aje dan boleh nampak dari rumah..bila hariz masuk umur 4 tahun utk tahun ni, i dan incik hubby merancang nak hantar hariz pegi tadika..nk bagi hariz biasa berkawan dan mula belajar sikit2..dan tujuan satu lagi utk mengurangkan beban mak i jaga hariz dan nafiz..sbb bila ada dua..kesian tgok mak i letih dgn karenah macam2 dua cucu manja tu..

Sebab memikirkan faktor dekat..i dan incik hubby langsung tak terfikir nak survey atau mencari tadika lain di kawasan sekitar...so dengan senang hatinya weolss mendaftar dan bayar duit pendaftaran awal Januari hr tu secara penuh...

Bila tiba masa hantar hariz ke tadika...

Bersungguh la Hariz bgn awal pagi sbb berhajat nak pegi sekolah..n 1st day sgt senang hantar hariz, smpai aje, cikgu ambik die bye2 dan trus masuk..tak nangis..tak perlu tunggu..lega..alhamdulillah..

Hr kedua masih sama tp bila mak i amik tgh hari dh dengar cerita cikgu tu pukul hariz sebab hariz ada konflik skit dgn kawan erti kata lain gaduh..dan bl cikgu marah hariz pukul cikgu tu balik dan cikgu pukul hariz..haish...dgr cerita dr mak i dh membuat kan hati rs x sedap.."kenape hari kedua dh mula pukul? mmg hariz agak nakal..tp sepatutnya cikgu ada cara kan??"..semua tu bermain dlm fikiran..mula rasa nak cuti dan tengok sendiri rupa cikgu hariz tu..sbb pagi2 i hantar cikgu lain yang tunggu..cikgu tu pukul 8 pagi br masuk keje..hmmm...xpe..sabar..mungkin sehari aje..

Lepas kes tu, hariz xnak pegi sekolah..tp mujurlah esoknya tu cuti umum untuk negeri sembilan..jd sempat lah pujuk die..dan die ok pada hr nak ke sekolah tu..tp bila hantar i rs sesuatu yg kurang best..sbb budak2 kat situ nampak macam tak happy sgt..mcm takut..bila i tegur sume buat dekkk jer..eh pelik pulak rs..kata hati...

Jumaat i mtk cuti dr bos sbb nak jumpa cikgu yg kata die pukul hariz tu..i pon pegi hantar hari jumaat tu pukul 8 pagi lepas hantar incik hubby pegi office..dan bila smpai cikgu dpn pagar nak amik hariz je dan suruh hariz masuk..dgn i nih buat mcm muka pelik bila i tnye cikgu hariz ke?? cr layanan x mesra..mcm tak nak berckp aje dgn i nih..ok lah..i positip lagi..myb dua tiga kali jumpa br dia mesra kot..Masa balik i amik lagi..dan i cuba tanya cikgu pasal bekal makan hariz yg x berusik stp hari..kali ni cikgu yg lain..katanya owh mkn biskut empat segi dgn air milo je..tp boleh je kalau nak bawak bekal..budak2 bila ada kawan die ikot kawan..ok fine i terima lah jawapan berbelit2 tu..tp rs cm x best..ce ckp Ya boleh atau Tak boleh bwk aje..kan senang??

Next weeknya..hariz ok aje ms hari isnin..tp pagi selasa suddenly ms i nak hantar, smpai aje depan pintu pagar dlm kete die ckp.."mama tak nak pegi situ"..i bodek2 die turun jugak..tp i notice muka anak i sgt takot..hmm..pelik je..ape yg berlaku semalam?? hariz menangis bl i tglkan..incik hubby kata tglkan lah nanti ok la tu..so tglkan pd cikgu lelaki tu..tp hati rs x best..hmmm..kat office memikir nape hariz ye? die bukan jenis yg menangis pegi sekolah...balik rumah die nampak muram..skali lagi i rs x sedap hati...

Pagi rabu..die bgn awal nak siap pergi sekolah..tp dr rumah dh pesan.."mama hariz tak nak pegi sekolah tu" ..hmmm..jenuh la nak memujuk lagi kan...bwk jugak die smpai ke sekolah..kali ni dlm kete die beria2 sgt tak nak turun muka takot, bila i kata i teman masuk smpai dalam..die ok..i teman kejap dlm 10min..bila i mcm nk keluar die nangis merayu..jgn tgl die..i bodek la ada kawan la..abg dtg lah..cikgu ada..tp apa yg buat hati i sgt terkejut ialah cikgu yg ada tengok aje..takde usaha utk sama2 tenangkan hariz..malah sorang tu i nampak mcm menyampah aje mukanya..agaknye dlm hati dia kutuk i nih manjakan anak la bla bla bla..rs sgt isi hati dia bl tgok muka dia..dn dia sibuk pggil budak lain yg ok x nangis..owhh la cikgu..np la x cuba tlg aku? bila aku tegur budak2 yg ada utk bg hariz rasa ok sbb kawan2 ada..ak lg trkejut bila tgok budak2 tu buat muka x peduli..buat dekk aje..senyum tak, cakap x, pandang aje..pastu but tak tau..owhhhmy!!! rs x sedap hati sgt menebal...kuatkan hati tglkan jugak hariz..tp hati langsung tak tenteram..rs ada sesuatu trsembunyi...dan tak tau ape..cuma i syak cikgu mungkin marah atau pukul hariz lagi...satu kerja pon x boleh nak buat..dok fikirkn hariz..hariz..

Esoknya pon sama..jdnya sbb die takot jln penyelesaian ialah mak i hantarkan dan tggu sekejap..mak i cite hr yg mak i tggu tu ada senaman pagi..tp hariz sgt tak ceria..die tunduk aje..smbil mata mencari2 opah die dh balik ke blom..sgt bukan hariz sebab hariz suka aktiviti senam2 lompat2!! sbb i x sedap hati i bising dgn incik hubby..so tgh hr tu kami decide pegi ambik hariz dan incik hubby sndri tnya cikgu tu..kenapa hariz takut nak pegi sekolah ni? alasan cikgu senang aje..tak tau la saye..owh..mungkin ada kawan die buli kot ms rehat..sbb ms rehat km cikgu2 semua makan..tak perasan lah..plus die ckp sy ade marah die sbb die panjat meja,,(hmmmms rehat cikgu tak pantau murid? cikgu semua makan2?? aiyoo ada 5-6 org cikgu kot..tak leh gilir2 ke..keselamatan anak org kot..plus ok i tau..u marah anak i lagi..patut la..) bila balik rumah..sama hariz tak happy..muka muram..tak macam selalu bnyk mulut..die cakap ada kakak jahat pukul hariz..hmmm i trpikir2 kakak tu cikgu kah? atau ada yg buli hariz?? Allah serabutnya kepala..jdnya jumaat tu i decide tak nak hantar hariz ke tadika tu lagi...

Isnin pagi minggu seterusnya..mak i masih hantar dan tunggu hariz..i amik cuti dan terus tawaf mencari tadika..kali ni i target cr tadika ABIM atau PASTI..sebab hariz seronok dlm kelas mengaji al-baghdadi die yg i slalu hantar mlm hr isnin dn rabu..nanti i cerita psl seronoknya mengaji dgn teknik al-baghdadi nih..heeee..balik pd cerita asal..i tawaf brtanya kt pasti di jalan pantai, pasti di desa beringin, abim di coral height dan last sekali litte caliphs sikamat...sepanjang melawat i tgok cikgu semua mesra2..ckp pon baik aje pd budak2..cuma yg salah satu tempat tu rumah kedai..walaupun nisbah cikgu dan student 1:13, i nampak suasana tu mcm kurang selesa..ms pencarian tu jugaklah ada cikgu yg bgtau ada pasti al-mawaddah di taman warisan puteri..sebab tak sempat nak rush pegi KL utk meeting dgn MARA bg prog entrepreneurship i x sempat pegi..tp rupa2nya mak i lagi cepat..dh mencari mn lokasi tadika tu..dua kali i pusing kawasan yg sama rupanya i yg x perasan..adoiii...mata rabun sungguh!!

Disebabkan masih dlm bulan Januari hariz kne habiskan dulu, februari baru masuk ke sekolah baru..mmg pedih bila memikirkan duit titik peluh rm700++ incik hubby hangus begitu sahaja..tp lg pedih i rasa bila tgok muka hariz yg takot, sedih, mohon pertolongan mama utk lindungi hariz, lagi pedih jugak kalau setahun kat situ hariz pon jd mcm budak2 lain di situ, muka xhappy, tnya buat dekkk aje..sudah lah baju uniform tak dapat2 lagi..smpai hr ni pon x dapat..ms km bgtau hariz tak nak ke sekolah dan km nak brhentikan hariz, masih xde baju uniform katenye..sungguh burn duit..i sedih memikirkan usaha incik hubby cr duit penat lelah jd sia2 rs marah jugak pd pengurusan dan cikgu2 kat situ..tp mungkin ada hikmahnya jd mcm tu..sbb i nampk i ada buat silap...

Silapnya sebab i tak survey tgok keadaan tadika tu dulu..i tak terfikir sesuai atau tak dengan hariz..yg i fikir dekat dgn rumah..senang..sbb cuma nak hariz berkawan2 dan belajar skit2 i tak peduli tentang kualiti...i silap...jd selepas ini i takkan ulanginya lagi utk nafiz..i kena tgok dlu byr yuran separuh dulu..kemudian br decide nak bayar penuh..

Seminggu terakhir hariz habiskan jugak..katenye cikgu dh baik, tp peliknya bila balik still tak ceria..muka muram..nyanyi "a-ayah , b-bola, c-cat..." tp nyanyian yg mcm xde perasaan tak happy dengar mcm flat, xde soul..hmmm..i tekad brentikan hariz dan hantar ke sekolah baru....

Alhamdulillah..hampir 2 minggu hariz di sekolah baru, di PASTI, die dh pandai nyanyi lagu AEIOU..A bunyi ayam..kok kok kok..E panggil Emak..I Ikan ..O Otak, Ular...ikut lagu..sehari dua dok sn trus hafal..lagi bgs..blk rumah dh pandai praktikkan doa makan...paggil kasut SHOES, stokin SOCKS...malam mintak bacakan doa tidur macam mana..dh mula bercerita smbil lukis muka org dengan dua mata, hidung..telinga..mulut..rambut...alhamdulillah..paling senang hati..hariz seronok dan ceria... nyanyian atau cerita semuanya dengan nada gembira, dan kawan2 baru sume ceria jugak..bila i tnye budak2 tu diorg jawab dgn ceria..siap ckp bye2 hariz..jumpa lagi esok..hmmm..situasi ceria yg biasa utk budak2 kan..cikgu pun alhamdulillah setakat ini bg i mengambil berat..bl hariz tak makan,.cikgu bgtau..hr ni hariz ok x..cikgu bgtau..ok lah tu..i tak mintak kne bgtau semua in details tp cukup lah kiranya cikgu tau apa yg brlaku pd anak murid pd hari tu..

Bila i cerita kat cikgu balik rumah die boleh baca doa makan, cikgu pon kata alhamdulillah...sekarang hati rs lebih tenang kat pejabat..kalau tak dok rs nak balik aje..buat inspection..

Semoga apa yg jd pd i nih takkan jd pd ibu2 lain yg blom lagi hantar anak ke tadika..jgn buat silap mcm i..biar dekat atau jauh..survey dulu..plg bgs dtg aje ms tgh ade kelas tu..br kita dpt tgok cara cikgu dan suasana sekeliling kat sana..hmmm..bila memilih tadika, kita bukan aje nak bandingkan yuran, bandingkan jugak suasana dan cikgu..

Cikgu pendidikan awal kanak2 perlulah yg lebih sabar dan mesra..menjiwai karenah budak2..bukan kita tak boleh marah, tp ada caranya marah budak2..takkan br 2 kali jumpa terus pukul?! boleh anak i..tp bukan di peringkat awal..dapatkan kepercayaan kanak2, nasihat dulu..nasihat bukan sekali..tp kalau x dpt br lah fikir utk pukul anak org...tp nak pukul pon bukan mcm pukul budak besar macam marah pd budak besar yer..hrpnye cikgu2 belajarlah..i sndri pon sbg cikgu pd student2 MA nih..jarang sgt marah..marah bila i dh bgtau brkali2 tapi ulang jugak kesalahan..dan marah cuma di mulut, tiada sbrg tindakan fizikal..hmmmm..

kerjaya cikgu tak dinafikan makin mencabar..cuma sbg cikgu..layanan pd anak murid kena la mengikut sifat umur..budak 4 tahun bukan utk ditakuti, dipukul, diugut..dimarahi setiap hari..mereka perlukan perhatian, perlu main2 supaya dia mula rs gembira..dan ambik hati budak spy dia mula percaya..menangis pujuk lah..kecuali kes yg mn bila pujuk lg dasyat..mungkin dipertimbangkan..bijaklah ikut keadaan..i ade jugak usik hariz..jom pegi sekolah lama..laju aje hariz jawab..tak nak..cikgu tu pukul hariz..die jahat...adoii lah...masih melekat dlm ingatan rupanya..

sekali lagi..mommyss sume..pilihlah tempat yg suasana positif utk pembangunan anak2..prihatin pada perubahan sikap anak..dan jgn ulangi kesalahan yg i dh buat nih..

smoga Allah sentiasa bersama bidadari kecil dr syurga ini..amin...





Tuesday, 30 September 2014

Hujung Minggu di GSV Port Dickson

Semalam hari Ahad...satu2nya hari yg i ada masa untuk dua hero kecik tu...sejak jadi student balik ni i rasa sikit sgt masa bersama diaorg..sedey jugak...but sbb dh mulakan..i kne habiskan jugak MBA!
tengs to incik hubby yg sgt supportive walaupun i pnah trfikir nk quit ms dlm pantang tu..

seperti dijanjikan dgn incik hubby km pon ke GSV...nk bg hariz main kolam katenye...hehe..
ni la gaya hariz...takot katenye..mn la idaknye..masuk2 kolam die terus benam muka..panik kejap i..mujur incik hubby terus terjun..haishhh mmg x bley lepas ini budak..nasib bawak pelampung..so terapung aje la smbil pegang pelampung die tuuu...

cerita semalam yg i sempat snap..
aksi hariz dan abah..







dan sementara menunggu abg hariz..adik nafiz pon ada aktiviti..
posing with mama!!!

ini pulak aksi nafiz dan mama...







Little hands tarik opah skali utk tgkap gambo..heee
pandainye nafiz!

i pon sesame la wefie dgn nafiz tu..heee..layanzzz...

matahari melabuhkan tirai siang...jom balik seremban!!!

heeee..

tengs to incik hubby sudi mencuri masa demi kami yang tersayang ni..we love youuuuu...
terharu i sbenarnye..hee..but nmpak cm seyes besa je..konon..haha..

but masa balik hariz kate x best mandi pool takot lemas..haha..nmpaknye kne la mama n abah biasakan hariz dgn pool sebenar..kat rumah dok terjun dgn pool kecik je mana la dia nak biasa dgn pool besau cenggitu...

penat..tp suke..for my love ones, family i sanggup buat apa saja..
mama loves abah, hariz n nafiz!!