Assalammualaikum..lama iolls x bersiaran..ceritera bulan November dan Oktober banyak sangat..tapi x sempat nak coret2..BZ memanjang..(ntah ape la yang bz tuuu)
Hari ni nak throwback cerita majlis akhir tahun tadika hariz..pasti al-mawaddah..pertama kali menghadiri majlis akhir tahun anak..sbb ini tahun pertama hariz di PASTI..
semua anak2 memakai baju melayu dan sampin (susah payah mama mencari sampin buat hariz..berpusing satu mydin akhirnya jumpa dekat kedai luar mydin..adoii) bagi lelaki dan baju kurung bertudung bagi perempuan. Comel sangat anak2 yang hadir pada hari tersebut..yang perempuan tudung instant nye lawa lagi dr i!!
Seawal jam 8 anak2 dah mula berkumpul..ada rehearsal katanya..dan ibu bapa yang hadir dapat nombor khas..cabutan bertuah!!
selepas majlis dimulakan dgn doa dan ucapan, tiba masa untuk persembahan..ce tengok gambo di bawah..bersungguh anak2 ni..dan paling kagum pada usia 6 tahun dah hafaz surah2 lazim dengan lancar! Semoga Hariz pon begitu nanti..amiinn..
Jom layan Gambo!
persembahan pelajar 4, 5 dan 6 tahun |
persembahan doa, nasyid, lagu dan ayat hafazan |
hariz hujung sekali..berbaju melayu merah..masa ni baca doa.. |
gaya untuk lagu yang dinyanyi.. |
happynye kawan2 hariz yang lain..hehe.. |
Selesai persembahan sesi penyampaian hadiah pula..setiap pelajar diberi cenderahati dengan gambar menarik bagi pelajar 4 dan 5 tahun. yang comelnye gambar tu gambar cita2 saya..macam2 kostum yang diaorg pakai dalam gambar tu..mama terkejut tengok hariz pakai baju askar!! haha macam x caye..
Ini hadiah untuk setiap pelajar |
tetiba selepas semua pelajar dah naik pentas ambik hadiah, mama nampak hariz keluar balik..ada anugerah khas kata MC..ingatkan apelah anugerah yang hariz dapat..rupanya anugerah "Pelajar paling BERSIH" hehehe..terharu mama tak sia2 opah basuh baju setiap hari, mama iron baju setiap hari dan basuh kasut bagi nampak putih setiap hari..haha..
semoga tahun depan hariz berjaya dapat anugerah kecemerlangan pulak!
Hariz dengan hadiah anugerah khas |
Selesai majlis penyampaian hadiah, tiba pulak majlis memberi cenderahati pada ibu bapa yang ditimpa bencana dalam setahun ini. Prihatin pihak tadika ni..bagusnye..last part ialah cabutan nombor bertuah..i olls hampir dapat bila MC sebut 'sembi..'tp tetiba eh, nombor terbalik..no 6 rupanya..haish...sesungguhnya nombor sembilan pada hari itu tak bernasib baik..yang ada 7, 8, 19,6, 29..hampir2 tp xde nasib bertuah..tahun depan agaknye..haha..
lastly..sesi mama bergambo pulak!!
hariz dgn opah dan atuk..nmpak tak gambo yang hariz pegang tu? pkai baju askar anak mak! heee |
sungguh susah nak tangkap gambo dgn hariz dan nafiz..bukti kan kat gambo tu..sabo je la..
tapi ada beberapa gambo yang nafiz sporting!
senyum sampai tak nampak mata |
sengih tapi tgok tempat lain..opsss |
selesai majlis pada 1130 pagi..alhamdulillah dapat jugak mama meluangkn masa untuk anak mama.lepas tu berkejaran ke KTM seremban naik komuter dan zassss terus ke kelas akhir subjek strategic management..heeee..tahun depan kita dtg lagi bagi sokongan buat hariz!!
0 comments:
Post a Comment