Selamat malam kawan2..
kerana stressnye lah memikir assignment, iollss nak sharing dlu..
macam mana cara nak tempah tiket FERI ke LANGKAWI secara online..
Faedah tempah online:
1. boleh pilih waktu perjalanan sendiri..takde la bila pegi ke kaunter kata lagi 2-3 jam nak tunggu feri sbb feri FULL..masalah iollss kalo gitu hero dua org ni sgt lah hebat kalo lama menunggu!
2. elakkan daripada tak ada tiket nak ke langkawi pada hari tersebut..hal ini berlaku kalau musim cuti sekolah! seyes akan ada yang kena sewa penginapan kat kuala perlis tu nanti. kan dah berlari2 budget! baik buat duit beli coklat! hihi
3. terus tunggu announcement dan terus tunjuk tiket pada penjaga gate berlepas..yang ni mmg best sbb masuk aje terus boleh ke gate pelepasan tanpa nak pegi kaunter tiket beratur panjang2! lenguh iolss!!
so..kat mana nak mula? hee google aje tiket online feri langkawi!
akan jumpa ini:
Langkawi Ferry Line.. boleh klik kat sini!
then ini step2 yang perlu diikuti..simple sgt!
isikan : 1- pilih perjalanan..sehala/dua hala dan dari mana nak ke mana
2- jumlah penumpang- dewasa / kanak-kanak
3- pilih tarikh dan masa perjalanan anda
4- isikan butir2 setiap penumpang
setiap kali isi bhgn 1-4, jgn lupa hujung kanan ada button NEXT warna hijau..kena tekan tu dulu lepas isi no 1, klau tak tak leh proceed ke no 2. mcm tu lah seterusnya..
lepas dah siap isi nama penumpang boleh proceed kepada pengesahan dan bayaran.
cara pembayaran yang uolls boleh pilih:
lepas bayar..uollss boleh check email atau pegi ke webpage semula untuk check my e-ticket status..akan ada link diberi untuk download, save dan print e-ticket kita..
ni lah rupenye e-ticket kami yang dah dipotong masa nak naik feri hari tuu..
dah siap ada no seat..jadi bila masuk terus cari no seat dan duduk..hehe..senangkan?
selamat bercuti!!







