Pages

Friday, 15 January 2016

Langkawi Part 1: Review on Hotel De Baron Resort Langkawi


Assalammualaikum!

Gagahnya Sang Helang di sinari suria..ece ce..haha..setela posting terakhir cemana nak beli tiket feri online, iolss kembali nak buat review on hotel kat sana..eh..dah termiss baca entry sebelom ni? ha tak pa..meh iolls tepek link:

okeh sebelum sampai kami naik feri jam 130pm..sampai ja terusss check in..tgok lah perjalanan pergi kami nih..mula2 semangat..pastu dah ada yang gugur tertidooo

feri mula meninggalkan jeti..agak lambat feri ni berlepas..area 145pm tersasar dari di jadualkan

merenung laut katenye

macam weolls pulak yang terlebey2 eksiteed!!

masa ni adik abang semangat lagiii

nafiz tertewas sudahnye...zzzzzzzz

hariz eksited sibuk tengok laut, awan, feri, bot


yeaaahhh hampir sampai..feri ni agak laju..dlm 45 min aje rsnye dh sampai..tp incik hubby kate selalunya sejam! owhhh..

Selepas sampai kami ambil kereta sewa seperti yang dijanjikan dengan kak shita..berapa sewa kami? kereta apa kami amik?? haaa..nnti iolss buat entry on kereta sewa ye..

pastu kami bergerak terusss ke de baron resort..tak jauh pon dari jeti..kalau jalan tak jam amik masa dlm 5 min sampai...hotel ini terletak sangattt dekat dengan RAMS! ala tempat shopping2 cekelat periuk segala tuuu..

inilah de baron resort!!

receptionist..hmmm lama jugak menunggu sebab masa sampai ramai lagi yang baru smpai agaknye..beratur kami tunggu turn check in..

tapi masa check in ni..satu insiden x bape nak best, iollss dpat check in satu bilik je dulu, tapi satu bilik lagi tak dapat..sebab? masalah connection door..tombolnye rosak..lamanye lah kami tunggu nak settle..lepas sejam lebey..xsetel jugak..sudahnya kami redho je la..penyelesaian secara manual..xlarat nak masuk bilik settlekan diri..dah penat..fuh..masa ni mcm hotsss jugak lama benor nak diselesaikan masalahnye..adoiii..


ini depan receptionist..ada kaunter kalau kita nak amik pakej mangrove tour, etc..

akhirnya masuk la ke bilik..


ini superior room..space alhamdulillah besar..boleh beli toto dan tido beramai2 lagi kat bawah tu..haha..

bilik air selesa..cuma berhati2 dengan divider antara shower dgn sink tu..agak bahaya kalau tak perasan boleh jatuh


wardrobe berkonsep terbuka..dengan safety box sekali..simpan lah barang beharga yang nak ditinggalkan situ


kettle utk hot water ada..n macam biasa ada tea, coffee disediakan with mineral water..kalau dh beli coklat, boleh letak dlm fridge kat bawah tu...tak la rupa bentuk coklat berubah yeee..hehe

kalau mineral water dah habis boleh top up air sebab kat luar lepas keluar dari lif aje dah ada water dispenser..nak minum ayor sejukkk pon bolehhhh..


opss gambo tv cermin solek trlupa pulak nak amik..so belanja gambo selfie depan cermin sekeping..

overall keadaan bilik puas hati..cuma masalah tombol connecting room tu aje la..nasib xde sebarang masalah masa kami dok 3 hari 2 malam tuu

makanan??

breakfast secara buffet disediakan..


ini view nak pegi cafe tok tijah (kalo tak silap namanya)


depan tu org sibuk tunggu turn amik telur mata..chef tgh bzz masak

kat sini boleh pilih makan di dalam (air-cond) atau makan di bahagian luar..
hari pertama kami makan kat dalam, so hari kedua kami makan kat luar..hehe..

dari segi menu..tak ada beza sangat hari pertama dan kedua..nasi lemak kekal menu utama..yang berbeza menu2 pasta, pancake, mee goreng, bihun sup

menu lain yang kekal porridge, cereals with milk, roti2, buah2an..

hari kedua punya sarapan

dari segi makanan..kat sini agak kurang umphhh..so korang mungkin akan rasa sikit kecewa sbb hotel ni dr segi fizikalnya ok, tp makanan tu x la mcm yang diharapkan..hari 1st taste better drp 2nd day..tp sebab dh include skali kan..kena jugak la makan..rugi pulak kalo tak makan kan..

haaa..jom tengok apa yg best dr segi fizikalnya kat sini..


kolam renang untuk anak2 main air!! haha..

takde petugas yang jaga ye..kita kena monitor sndri anak2 yang mandi kat sini..

hariz seronok lps naik slide tu..nafiz naik dgn abahnye..tp takot bila dh masuk air..huhu..mama? tukang tangkap gambo aje la..

lepas mandi kolam boleh mandiiii..air pancutt..yeayyy!!

yang cantik kat de baron ni pemandangan laut..hehe bebrapa gambo snap utk itu!!

sebelah kanan resort

sebelah kiri resort..boleh nampak jeti feri


rilek2 kejap sebelum jalan

selfie dgn incik hubby..


ada jugak mini playground utk budak-budak

ini pemandangan de baron dari arah menghadap laut

susur untuk ke pool dan ke arah laut

hati2 bila nak ke susur ke pool ni..sebab laluan ni kena lintas kolam ikan..kena la pegang anak2 supaya tak tersasar dari jalan. budak2 ni eksited le pulak jenguk ikan dalam tuu..adess..

dari sudut pandangan depan menghala ke jalan..ini pemandangan de baron resort

replika enjin ketapi lama kt pintu masuk de baron resort

incik hubby dgn kids..hariz dah tutup muka dgn ultraman

so mama tgkap gambo dgn hariz

owh ye berhadapan dgn main building resort ada lagi part hotel de baron ni..
yang ini untuk deluxe room biasa (harga yang lebih budget)

so yang menarik tentang de baron resort ialah: 
1. lokasi yang dekat pekan..ada pasar malam yang org jual macam2 baju dan makanan sebelah kiri resort..jalan kaki je ye..dh macam karnival malam
2. lokasi yang dekat sangat (jalan kaki jugak) untuk ke RAMs
3. bilik yang selesa..luas
4. pemandangan yang cantik
5. pool yang best untuk kanak-kanak

yang kurang best cuma
1. makanan - makan pagi kurang variety dan kurang rasa
2. room service - smpai kesudah kes tombol rosak tak baiki pon..hai lah..

selebihnya ok je utk menginap di sini..iollss sebelum datang ada tnya kalau breakfast not included kan..tp hmm xdpt la pulak..kalau uolls nak dtg..ce try yg breakfast not included..harga bilik jadi murah sikit dan boleh try breakfast kat kedai sekitar hotel tu!

okey..nak karang next entry on pulau langkawi lepas nih..kereta sewa kami..heeee..













Perancangan Pendidikan Anak: i-GREAT IQRA

Assalammualaikum. Sharing iollss pagi ni dari website financial planner..The Great AZ advisors.

Bagaimana kita rancang masa depan anak-anak2??
macam mana kita yakin kita mampu hantar anak kita untuk menuntut ilmu?

Jombaca!

---------------------------------------------------------------------------------------------


​Az percaya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk si kecil mereka. Sebagai ibu bapa kita ingin melihat kejayaan bersama mereka. Namun dalam dunia mencabar hari ini, kejayaan dalam pendidikan memerlukan kos yang agak tinggi. Jadi, seawal dalam kandungan lagi Az cadangkan bakal ibu bapa mula untuk merancang perbelanjaan rutin dan simpanan perlu buat anak yang bakal lahir. Bukan apa, bila perancangan awal dah ada, kita akan automatik BERUSAHA untuk menjayakan perancangan tu..betul? betul? Jangan tunggu hingga tiba masa anak nak ke universiti baru kita nak cari duit pendaftaran. Sudahnya kita terlibat dengan HUTANG..hmmm itu yang tak best! HUTANG..kenapa perlu pilih hutang sekiranya kita sebagai ibu bapa punya masa 18-20 tahun untuk menyimpan dalam tabung pendidikan anak2? ye SIMPAN..SIMPAN..mula awal boleh simpan sikit2..lama2 jadi bukit..betul? betul?

Baiklah..bagi yang dah mula fikir nak SIMPAN bagi tabung pendidikan anak2..kita nak elak HUTANG kan? kan? Az perkenalkan satu produk yang telah dilancarkan oleh Great Eastern Takaful Sdn. Bhd  yang dinamakan 
i-Great Iqra'. Produk ini direka khas untuk tabungan si manja anda! 




Hmmm kita tak mau la kan dengan kesilapan perancangan hari ini, anak2 kita nanti terpaksa berlapar, ikat perut untuk bayar yuran pengajian. Makanya Az cadangkan untuk masa depananak2 yang lebih baik,, bermulah hari ini dengan pelan i-Great Iqra’! Ianya ialah tabung keperluan untuk masa depan anak anda yang lebih terjamin.  Tabung yang anda pilih hari ini akan berkembang dengan peningkatan peruntukan pelaburan dan yang terbaik, malah bonusnya, ia datang dengan perlindungan juga.


Antara Faedah yang di beri ialah:
  • Kematian
  • Lumpuh
  • Kematangan
  • Hadiah Pencapaian Cemerlang


Mengapa kita perlu mulakan hari ini?
  • Dengan adanya plan tabungan beserta pelaburan jangka panjang ini, kita mampu mencipta masa depan anak2 kita jauh lebih baik daripada yang kita jangkakan.dengan seumur 18 tahun, si manja kita akan mendapat sejumlah simpanan yang besar RM40,000-200,000. Adakah ini sangat membantu bagi kita membiayai sendiri pendidikan anak2 kita? membantu kan?
  • Simpanan bulanan yang sangat rendah bermula RM125 sebulan, selain daripada simpanan yang diperolehi yang dimanfaatkan untuk pembiayaan pendidikan (yuran universiti/kolej dll), ada manfaat lain yang sangat berfaedah yang tidak terdapat di mana-mana spt mana anda menyimpan di tabung haji atau bank bank.
  • Manfaatnya: jika berlaku sesuatu kepada pencarum (mendapat penyakit kronik@lumpuh@mendapat malapetaka yang tidak membolehkan pencarum bekerja lagi) iaitu bapa/ibu yang bertindak sebagai pencarum tidak perlu lagi mencarum kerana Great Eastern akan mengambil alih sebagai pencarum bulanan sehingga umur si manja 25 tahun! Istimewa kan?
  • Ada lagi yang ISTIMEWA!  Jika si manja mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, si manja akan dihadiahkan wang tunai...sebagai tanda "tahniah!!".Secara tak sedar hadiah ini adalah mewakili ibu bapa. Mungkin tak ada wang ringgit untuk dihadiahkan ketika itu, inilah penggantinya..tak perlu risau lagi setiap kali menjelang peperiksaan memikirkan hadiah & duit yang perlu disediakan.Semuanya sudah tersedia utk si manja anda!
  • Selain itu tabungan ini sangat terjamin (guaranty) dan "secure"! Kenapa?? bermula sahaja bulan pertama caruman, jaminan masa depan si manja adalah PASTI. .Ibu bapa tidak perlu lagi bimbang tentang masa depan dan KEWANGAN si manja.
  • Best tak?
  • Best kan?
  • Dengan pelan seperti ini..kita tak perlu lagi mengharap kepada sesuatu yang tak pasti..contohnya ada yang beritahu pada Az tak pe..diaorg merancang supaya anak2 boleh dapat biasiswa..hmmm bagus tu..tapi bagi Az mengharapkan sesuatu yang bukan di atas kuasa kelulusan kita bukan lah mudah..ada yang bersyarat kadang2..ada yang perlu ikuti pengajian dalam bidang2 tertentu baru lah dapat biasiswa..sedangkan anak anda tak minat pon course tu..hmmm..kesian pada anak. Hidup ini ialah pilihan..adalah lebih baik kita lakukan perancangan yang benar2 pasti dan kita punya FULL power on controll..jadinya kita boleh hantar anak kita melalui pilihan sendiri..universiti mana? Course apa? namakan saja dan kita boleh pilih untuk menghantar anak kita ke tempat terbaik dengan course terbaik! pilihan di tangan kita!
  • Sebab tu Az selalu kata..perancangan hari ini ialah untuk hari esok yang lebih baik!

Terima kasih kepada yang sudi membaca.......

Great Az Advisors
012 682 5197


---------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, 13 January 2016

Demam Dilwale : SRK dan Kajol

Salam Pagi!

Moga hari ini ceria2 aje..

Jom layan lagu Janam Janam dari filem Dilwale!

Iollss suka sangat this couple.. Shah Rukh & Kajol..dari cerita Dilwale Dulhaniya Le Jayenge sampai la yang latest ni..lovely sungguh la..hehe..

Jom layanzzz...
Wednesday, 6 January 2016

Percutian ke LANGKAWI..macam mana nak tempah tiket feri ONLINE?

Selamat malam kawan2..

kerana stressnye lah memikir assignment, iollss nak sharing dlu..

macam mana cara nak tempah tiket FERI ke LANGKAWI secara online..



Faedah tempah online:

1. boleh pilih waktu perjalanan sendiri..takde la bila pegi ke kaunter kata lagi 2-3 jam nak tunggu feri sbb feri FULL..masalah iollss kalo gitu hero dua org ni sgt lah hebat kalo lama menunggu!

2. elakkan daripada tak ada tiket nak ke langkawi pada hari tersebut..hal ini berlaku kalau musim cuti sekolah! seyes akan ada yang kena sewa penginapan kat kuala perlis tu nanti. kan dah berlari2 budget! baik buat duit beli coklat! hihi

3. terus tunggu announcement dan terus tunjuk tiket pada penjaga gate berlepas..yang ni mmg best sbb masuk aje terus boleh ke gate pelepasan tanpa nak pegi kaunter tiket beratur panjang2! lenguh iolss!!

so..kat mana nak mula? hee google aje tiket online feri langkawi!

akan jumpa ini:


Langkawi Ferry Line.. boleh klik kat sini!

then ini step2 yang perlu diikuti..simple sgt!


isikan : 1- pilih perjalanan..sehala/dua hala dan dari mana nak ke mana
              2- jumlah penumpang- dewasa / kanak-kanak
              3- pilih tarikh dan masa perjalanan anda


             4- isikan butir2 setiap penumpang


 setiap kali isi bhgn 1-4, jgn lupa hujung kanan ada button NEXT warna hijau..kena tekan tu dulu lepas isi no 1, klau tak tak leh proceed ke no 2. mcm tu lah seterusnya..

lepas dah siap isi nama penumpang boleh proceed kepada pengesahan dan bayaran.

cara pembayaran yang uolls boleh pilih:


lepas bayar..uollss boleh check email atau pegi ke webpage semula untuk check my e-ticket status..akan ada link diberi untuk download, save dan print e-ticket kita..



ni lah rupenye e-ticket kami yang dah dipotong masa nak naik feri hari tuu..


dah siap ada no seat..jadi bila masuk terus cari no seat dan duduk..hehe..senangkan?

selamat bercuti!!
Tuesday, 5 January 2016

Tabung pendidikan: Takaful vs Unit Amanah..mana satu nak pilih? Episod 1


BAGI DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK


Mana Satu ye??


VS


Tabung pendidikan

Takaful atau unit trust episod 1:

biasa dengar pelan pendidikan untuk anak-anak yang dipromosi oleh agen unit amanah atau takaful?

hmm apa bezanya ye?
mana satu perlu utama? yang mana lebih baik?

kedua2 industri ini membantu anda dlm perancangan masa depan anak2..

tetapi antara kelebihan masing2 ialah:

1. takaful adalah perlindungan, kebanyakan sykt takaful mempunyai pelan perlindungan dan pelaburan pada masa yang sama..ini sgt baik sebab kita tak tahu bila masanya musibah datang menjenguk. takaful ibarat payung pelindung dikala susah..malah ada pelan yang mana jika terjadi apa2 kepada ibu atau bapa yang membayar caruman setiap bulan, syarikat akan terus membayar caruman sehingga anak berusia 18 tahun! terjamin kan?

2. tetapi dalam takaful pembayaran caruman dibahagikan untuk perlindungan dan pelaburan, maka nilai akhir utk pelaburan bukan lah seperti hasil jika anda 100% letakkan duit utk melabur..mestilah gitu..sebab takaful adalah satu instrumen dimana kita membantu org lain sbg peserta takaful untuk perlindungan dari sebarang kejadian tidak diingini..sambil mencarum..dapat pahala kan bantu org?

3.unit amanah ialah 100% pelaburan yang mana untuk jangka masa panjang, hasil pelaburan yang diperolehi adalah 100% bagi pelaburan, tak ada yang dibahagi2kan kerana matlamat unit trust adalah untuk pelaburan. jadi pelaburan ini baik bagi yang memang nak simpanan menjadi berganda. berapa lama nak berganda tu? anda memerlukan jangka masa panjang sekurang2nya 7 tahun diperlukan bagi menggandakan pelaburan anda!

4. unit amanah tiada pelan perlindungan kecuali bagi dana PITSEQ dan PITTIKAL yang menawarkan free personal accident or death protection for FREE!

Justeru..mana nak pilih?

Hmmm...

Pikir2 dlu malam ni..esok iollss sambung lagi ye!..

Selamat malam
Myza
0126825197
Friday, 1 January 2016

Goodbye 2015, Welcome 2016!



2015 bakal berlabuh..banyak memori tersimpan di ingatan..banyak perasaan yang terpahat di hati..apa pun syukur pada Allah atas segala yang diberikan sepanjang tahun ini.

antara yang best dalam tahun ini 

bila dapat APC 2014 tanpa disangka2..

berjaya hadir dan lulus semua subjek untuk MBA (tinggal last 2 subjects dan 1 mini thesis)

berjaya jadi Unit Trust consultant yang berkongsi manfaat unit amanah yang patuh syariah pada klien2..

percutian family yg best ke cameron highlands dan langkawi

hadir majlis konvokesyen MY80G di hati..i miss uoolss..

berjaya mencari jawapan hikmahnya Allah letak di tempat sekarang (sabar dan jadi pencetus semangat)

dh jadi Mak Long! anak saudara pertama perempuan lahir pada bulan november

paling penting

Allah pinjamkan pendorong terbaik..suami, mak abah, mertua, anak2 dan adik ipar yang disayangi..semoga Allah terus beri kesihatan yang baik buat kita sekeluarga..

sungguhpun begitu tahun ini juga adalah tahun dugaan kesihatan bila aku dan anak2 terkena jangkitan kaki tangan dan mulut..buat pertama kalinya admit ward di Salam (terima kasih pada GE takaful..untung jugak ada medical card..bill dijelaskan oleh GET..errr..tahun depan boleh ambik pada saya tau! hehe..i perunding takaful bermula 2016 tau)
hujung tahun juga kami diuji dengan kesihatan yang kurang baik..tapi alhamdulillah Allah sebaik2 pelindung kami..

tahun ini juga tahun kehilangan bapa saudara tersayang..adik mak, Pakcik Yu dah meninggalkan kami setelah hampir 2 tahun sakit..kalio terakhir menziarah Pakcik Yu pada raya aidilfitri tahun ini..smoga Allah tempatkan roh Pakcik Yu dikalangan yang beriman..al-fatihah

itu antara kenangan besar yang boleh dikongsi..yang berlalu itu smoga menjadi pendorong untuk kejayaan masa hadapan.

jadi Selamat datang 2016!

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!



2016 tahun yang dijangkakan lebih mencabar..

tahun 2016 sekali lagi iolss memakia topi yang banyak! haha

1. i am a lecturer

2. i am an online boutique owner (boleh follow Ig atau FB page Ayneez)

3. i am a MBA student

4. i am a unit trust consultant from no 1 company in unit trust: Public Mutual

5. i am going to be a takaful agent of the no 1 takaful operator in Malaysia: Great Eastern Takaful

and yes i am mother of two, wifey of Incik Ainullah..

I want to be a person that can give my knowledge to others, helping women to find high quality shawl with affordable prices, helping muslims to invest in shariah based unit trust and takaful..

May Allah ease my way in 2016..
May Allah lend me family & friends that are supportive like before

Happy New Year!!