Pages

Tuesday, 14 June 2016

Resipi Daging Goreng Berlada Simple!


Apalah nak makan untuk berbuka ni ye?

Kalau nak cepat dan sedap boleh try resipi kegemaran sekeluarga ni. Daging goreng berlada! Simple tapi sedap!

Jom terus ke bahan2:

Daging (ikut nak 1kg ke 500g ke)
Cili kering (blend)
Minyak masak
Bawang besar (potong bulat)
Sedikit garam dan kunyit serbuk


Cara2:

1. Potong daging nipis. Basuh dan toskan. (tips basuh daging: boleh guna tepung gandum atau limau nipis untuk kurangkan bau). Gaul dengan sedikit garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng garing daging tersebut. Siap, angkat dan tos minyak.
3. Blend cili kering. Panaskan kuali dengan minyak, masukkan cili kering yang sudah diblend. Masak sehingga cili nampak garing. Masukkan sedikit garam..hati2 jgn terlebih..(tips: lebihkan minyak supaya cili akan lebih mudah garing)
4. Masukkan daging yang sudah digoreng. Gaul rata, masukkan bawang yang sudah dipotong bulat.
5. Bila nampak bersalut, angkat terus dan hidangkan.

Senang kan? Masa goreng daging boleh masak sayur ke, buat air ke..kan senang?

Selamat mencuba!!

Kak Mai.
Seremban.
Thursday, 9 June 2016

Resipi Sup Ayam Simple bersama cendawan enorki


Hi uolsss..semalam balik kerja dan fikir nak masak cepat dan senang..

Nasib masih ada perencah sup siam dalam fridge.

perencah ni sedap masak sup daging..tapi sebab ayam yang tak beku, masak sup ayam jelah.

Bahan2 sup senang ni:

1.Potongan ayam
2. perencah sup siam
3. cendawan enorki
4. fried fish balls
5. fish balls
6. bawang besar
7. lobak merah
8. daun bawang
9. garam

Cara2:

1. Rebus ayam.
2. apabila sudah mendidih, masukkan perenah sup siam, kacau.
3. Masukkan hirisan lobak merah, fried fish balls dan fish balls.
4. Apabila lobak merah sudah empuk, masukkan cendawan enorki. Kacau. (jangan biar enorki lama sangat nanti layu,bila makan dah tak terasa kenyal)
5. bila cendawan nampak sedikit layu, masukkan garam, daun bawang dan potongan bawang besar.
6. biarkan mendidih dan angkat.


sangat senang, boleh masak sayur atau goreng ayam masa masak sup nih.

selamat mencuba!

Resipi Brokoli Goreng Udang


Sapa suka makan brokoli??

Sedapnya brokoli ni sebab rangup ja..ada jugak kata brokoli bagus untuk kesihatan.

petang ni kita tengok resipi senang dan sedap untuk brokoli na..

Bahan2:
1. Brokoli
2. udang
3. bawang putih
4. sedikit halia
5. tepung jagung
6. minyak masak
7. sedikit garam

Cara2:
1. Tumiskan bawang putih, halia yang dipotong panjang dan masukkan udang. Pastikan udang dah nampak oren.
2. Baru masukkan brokoli. 
3. kacau2, pastu bancuh tepung jagung. Masukkan bancuhan tepung jagung dalam kuali. masukkan garam. kacau rata.
4. bila nampak kuah tepung jagung dah bersalut dgn brokoli, padamkan api dan terus masukkan dalam pinggan untuk dihidang!

Senang cepat simple dan sedap!

Selamat mencuba!

Resipi Berbuka Puasa Simple: Sosej dan Daging Burger Goreng Sos


Hi semua..lama sungguh i sepi menyepi dari kongsi resipi masak2 kan.
Hari ini 4 Ramadhan..dok pikir nak masak apa.

Ini resipi simple semalam:

Sosej dan Daging Burger Goreng Sos

Baha-bahan:

1. Sosej 4 ketul
2. daging burger (ayam/daging lembu) 2 ketul
3. Bawang putih 2 ulas, potong halus
4. Bawang Besar separuh 
5. Sos Tomato 4 sudu besar
6. Sos Cili 2 sudu besar
7. Cili kisar 1 sudu
8. Minyak masak
9. Daun sup buat hiasan

Cara-cara
1. Potong sosej dan daging burger kepada bentuk yang lebih kecil
2. Goreng sosej dan daging burger separa garing. Angkat dan toskan.
3. Tumis bawang putih, masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili. Kacau dan letakkan sedikit air.
4. Apabila kuah sos sudah masak, masukkan sosej dan daging burger yang digoreng tadi, Gaulkan semuanya supaya kuah sos melekat pada sosej dan daging burger.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar potong bulat2 dan daun sup sebagai hiasan.

Nota: Bagi masak sos ni, kuah sos yang pekat jarang bubuh garam sebab biasanya dah rasa masin. kalau nak sos rasa masam manis boleh picit sikit limau datau lemon dan buh gula sesudu kecil.

Selamat memasak!


Wednesday, 10 February 2016

Ade ke pelaburan TANPA MODAL TUNAI?

Pagi ni iollss terbaca info dari www.greatfinancialplanner.weebly.com

Rupanya iollss dan uollss boleh invest guna akaun 1 KWSP ke dalam unit trust ye..ni ha artikel tu..


__________________________________________________________



Hari ini AZ nak sharing satu langkah bijak iaitu:

Bagaimana melabur tanpa modal dalam unit trust?

Ramai yang nak melabur tapi ramai juga yang hentikan niat melabur bila dapat tahu perlu ada min RM1000 sebelum mula melabur di unit trust. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ramai yang mengeluh dan akhirnya mendiamkan diri untuk melabur.

Tapi Az nak bagi tau, ada satu lagi cara untuk melabur dalam Unit Trust: menggunakan wang dari simpanan KWSP.

Bagaimana cara nak melabur dalam unit trust melalui KWSP?

Pertama: Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Semak berapa jumlah simpanan dalam akaun 1 KWSP anda. Anda boleh menyemak dengan: i-Akaun (online KWSP), Penyata KWSP (diposkan), Pusat panggilan KWSP 03-8922 6000, Ke kiosk KWSP termasuk di RHB Easy kiosk atau ke pejabat KWSP berhampiran anda.

Kedua: Anda boleh terus menghubungi kami Az advisors bagi pengiraan dan perbincangan dana yang sesuai kepada anda.

Ketiga: Pengiraan jumlah amaun yang layak dilaburkan. pelabur hanya layak melaburkan 20% daripada jumlah simpanan yang lebih dari nilai Simpanan Asas yang telah ditetapkan oleh KWSP. Nilai simpanan asas ini bergantung kepada umur anda. Contoh jadual simpanan asas:

Bagaimana nak kira?
Formula pengiraan: (Jumlah dari Akaun 1 - Nilai simpanan asas) x20%
Contoh:
Sekiranya Alyn berusia 30 tahun dengan nilai simpanan dalam akaun 1 ialah RM60K,
Nilai yang layak dilaburkan oleh alyn ialah: (RM 60,000 - RM 27,000) x 20% = RM 6, 600.

Alyn layak melaburkan RM 6,600 daripada jumlah simpanan di dalam akaun 1 beliau.
​(jumlah layak melabur minima ialah RM1000)

Keempat: Setelah dikenalpasti layak melabur, anda dikehendaki menyediakan fotokopi IC depan dan belakang di atas kertas A4 putih. Pastikan anda tak scan ye. Fotokopi hitam putih saje. ini untuk memastikan dokumen anda diterima oleh pihak KWSP nanti (KWSP sgt strict..salah sikit kena REJECT).

Kelima: Kita set masa untuk berjumpa. Area seremban, Kl atau melaka..kalau anda tak berada di ketiga2 lokasi itu, maklumkan pada pihak kami supaya kami boleh aturkan pengurusan dokumen anda.

Keenam: Setelah berjumpa dan dokumen dilengkapkan, pihak kami akan menghantar kesemua dokumen bagi urusan pelaburan! 

Mudah bukan? Tiada pengeluaran tunai diperlukan. Hanya Semak, Kira dan lengkapkan dokumen yang diperlukan.
Maka dengan ini anda sudah menjadi pelabur unit trust!

Semoga bermanfaat!
Myzatul
0126825197

               

Apa itu WAIVER dalam takaful?



Hi uollss..hari ni sharing dari www.greatfinancialplanner.weebly.com
Semoga kita (uolls + iolls)  bertmbah pengetahuan dalam ilmu pengurusan kewangan uolls!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan: Apa jadi dengan perlindungan medical card dari takaful sekiranya tiba2 disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal?

Jawapan: Semak semula polisi anda bagi yang sudah memiliki..adakah ada tambahan raider "waiver of contribution"? bagi yang belum memiliki pastikan polisi anda nanti mempunyai raider ini.

Apa itu 'waiver of contribution’ for person covered?


Dengan adanya waiver ini, sekiranya anda disahkan mengalami sakit kritikal atau hilang upaya kekal, anda TIDAK PERLU MEMBAYAR sumbangan tahunan sehingga tamatnya term medical card pada usia 80 tahun. Anda sudah dikecualikan dari mencarum setiap bulan / tahun, tetapi anda layak menerima manfaat medical card, elaun harian (sekiranya anda mengambil manfaat tambahan ini).

Bukan itu sahaja!
terdapat juga manfaat "waiver of contribution" for payor.
Ini manfaat terbaik yang diterima oleh pembayar, sekiranya pembayar itu membayar bagi pihak isteri atau anak-anak, tetiba jatuh sakit kritikal atau hilang upaya kekal atau meninggal dunia, ayah atau ibu yang membayar ini tak perlu bimbang dengan caruman bulanan / tahunan takaful kerana sudah dikecualikan daripada membayarnya. Anak anda akan terus menikmati kemudahan takaful dan medical card secara PERCUMA sehingga 25 tahun! Malah CASH value dalam simpanan takaful juga akan tetap bertambah! CASH value ini boleh digunakan oleh anak anda untuk membiayai perbelanjaan semasa memasuki universiti pada usia 18 tahun nanti.

Sangat bermanfaat kan "waiver of contribution" ni?

Konsep Tabarru' (donation) yang diamalkan dalam takaful mampu menjadikan anda PEMBERI dikala orang lain susah dan mampu juga menjadikan anda PENERIMA dikala anda kesusahan.

"tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"

Semoga bermanfaat!
0126825197
Wednesday, 3 February 2016

Kenapa perlu takaful?

Hi uollsss..ini perkongsian pembacaan i tentang TAKAFUL..
Dipetik dari: www.greatfinancialplanner.weebly.com

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk Apa Takaful ni AZ? Insurans nak buat apa AZ?

Begini..takaful ini diwujudkan sebagai perlindungan. Payung perlindungan di kala kita kesusahan sebab masa depan yang kita tak pasti. 
Apa yang kita perlu lindungi?

Jawapan: 

Kita ambil contoh mudah. Harta yang kita nampak secara fizikalnya. Perlindungan harta benda:
Picture
Semua orang ada kereta kan? Kereta ada perlindungan tak? 
ADA kan.
​Bagi KERETA :
Takaful cover pinjaman kereta.kalau sakit/hilang upaya @ mati kereta tak payah bayar. Takaful tolong selesaikan baki yang tinggal..kereta kita jadi milik anda & keluarga. Tak perlu bergolok gadai atau terjual kereta tu...guna aje macam hak milik sendiri. takaful tak minta cagaran apa2.

Picture
MLTT-takaful utk rumah.mcm mana? Kalau kita sakit/hilang daya lg nak bekerja rumah tetap kena bayar.Kebanyakan kes rumah didiamidi lelong oleh bank apabila pinjaman tidak dapat dibayar akibat uzur / sakit yang menimpa...
Maka jalan yang baik ialah dengan membeli perlindungan iaitu TAKAFUL!
Jika uzur, baki pinjaman bank dilangsaikan sepenuhnya oleh pihak takaful. Malah kadang2 ada lebihan RM tau!  Boleh lah kita guna untuk sara hidup"sudah jatuh tak kena timpa tangga" hihi. perumpamaan baru!

Rasanya setiap daripada anda ada kan kedua2 perlindungan untuk KERETA dan RUMAH?
Harta pon kita LINDUNG..jadi diri sendiri pon perlu juga ada PERLINDUNGAN. Tapi ramai yang masih rasa tak perlu untuk diri sendiri..ruginya lah kalau kita tak ada perlindungan diri kan..bukankah yang paling beharga ialah diri kita??

Apa perlindungan untuk diri yang boleh kita pilih?
Picture
KESIHATAN. Ini ialah nikmat yang paling berharga kepada kita..apa salahnya kalau kita lindungi kesihatan masa depan dengan adanya kad perubatan sendiri.
kad perubatan ialah keperluan asas. KENAPA? Sebabnya sakit & manusia tak boleh dipisahkan. Selalunya ramai yang jawab..tak pe..saya takkan sakit AZ, sihat lagi ni, tak pe, Az saya amalkan pemakanan seimbang dan saya ambil supplement kesihatan. Bagus sangat pada yang berusaha kekalkan kesihatan. Tetapi, sebanyak mana pun kita ambil supplement "berapa % kita yakin sakit takkan pernah datang pada kita? Paling tak pun pasti demam/sakit kepala/cirit birit/denggi/kemalangan boleh menjenguk tanpa kita undang. Eh, sakit tu kifarah dosa AZ..hmmm..itu bermaksud kita masih ada kepercayaan satu hari nanti sakit akan menjenguk kita. Tetapi untuk sakit, kita tak dapat membuat pilihan, sakit apa yang datang. Sungguhpun begitu, ada satu perkara yang kita boleh pilih iaitu kos rawatan yang lebih murah atau PERCUMA ketika sakit datang pada kita. Bagaimana? MEDICAL CARD. Iyer bukan lah percuma medical card ni AZ..sebab bulan2 kena bayar..betul tu. Tapi tahukah anda dengan medical card ini, anda mampu langsaikan bill hospital tanpa mengeluarkan wang cash ketika sedang sakit! Bayangkan kalau dlm masa 2 tahun selepas bayar medical card, anda jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan. Harganya mungkin mececah RM10,000 ke ats. Sedangkan  masa tu kita baru bayar RM3,600 (monthly RM150). Mana datang duit banyak lebih ni? Inilah hasil perkongsian dlm konsep takaful..tabarru'..setiap ahli dlm takaful akan membantu untuk memberi sumbangan kepada anda untuk selesaikan bill tadi..best kan? Pahala pon dapat. Walaubagaimanapun, ini boleh dipilih..bagi yang nak lebih selesa dengan jaminan terbaik untuk kesihatan diri, ambil lah medical card. 

Picture
Pendidikan anak-anak. Ini bagi menjamin masa depan anak-anak kita.

Rancanglah simpanan pendidikan anak-anak..kos pembelajaran semakin meningkat xkira peringkat! Sek/uni/kolej/dip/ijazah/degree/master/phd, semua peringkat pembelajaran ini memerlukan DUIT untuk membayar yuran pengajian.  Ibu bapa yang BIJAK akan mula menyimpan sikit2..lama2 jadilah bukit simpanan tu..bila masanya anak-anak ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, duit sudah tersedia!!
"Impian jadi kenyataan tanpa pinjaman". Usia kita di dunia hanya pinjaman dari Allah, sekiranya ibu bapa ditakdirkan meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal atau hilang upaya, simpanan pendidikan anak2 akan disambung simpanan bulanannya oleh takaful! Great Eastern akan mengambil alih sebagai pencarum bulanan sehingga umur anak mencecah25 tahun! Istimewa kan?Ini dinamakan sebagai "waive" future contribution free & disambung oleh takaful. Inilah keistimewaan simpanan melalui takaful berbanding simpanan di bank2 biasa yang mana jika kita hilang upaya atau meninggal dunia, tiada yang akan sambung untuk menyimpan bagi anak-anak. Apa yang anda pernah simpan, itu sahajalah yang ada. Jadilah ibu bapa yang bijak! Ambillah peluang keistimewaan pelan pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih "CERAH" .

PERLINDUNGAN PENDAPATAN
Gaji bulanan. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu , ramai yang terdedah dengan risiko kehilangan kerja. Bukan mudah utuk menghadapi kehidupan saat hilang gaji sedia ada(takde duit). Jika ditambah pula dengan keadaan tidak mengizinkan seperti masalah kesihatan, pastinya akan menjadi lebih perit. Masa inilah takaful datang melindungi..menjadi "PAYUNG" keramat untuk menjadi alat "income replacement". Tidaklah susah hati berhadapan keadaan cemas ini sekiranya berlaku..Wang pampasan bagi.10 tahun gaji in advance diserahkan! bahagia ke bahagia? Silap2 lahir jutawan dalam saat hampir hilang punca...Paling berharga, hidup mampu diteruskan



USIA TUA
hari tua sesuatu yang ditakuti tapi tidak mampu lari...setiap yang muda pasti akan tua jika umur panjang.Sebaiknya saat tua kita dinikmati tanpa bebanan kewangan..tanpa bebanan hutang..sebaliknya kita menikmati baki kehidupan dengan kesyukuran & keseronokkan tanpa tekanan kewangan. Justeru, Az cadangkan menabunglah untuk persaraan melalui tabung takaful dari usia muda remaja. Simpanan ditakaful  selamat dan mempunyai pampasan..



Takaful itu perlu untuk PERLINDUNGAN. Apa yang nak dilindungi sebenarnya ialah "WANG" dan harta..masalah kewangan biasanya menjadi lebih teruk apabila hadirnya 3 perkara ini:
1. Sakit kritikal
2. Cacat Kekal
3. Kematian

Ketiga2 ini akan menyebabkan sumber pendapatan TERPUTUS. Bila tiada pendapatan, rumah, kereta, kesihatan, wang perbelanjaan dan simpanan pendidikan dan simpanan persaraan akan hilang sumbernya. Tetapi TAKAFUL akan memastikan wang yang diperlukan akan terus ada, kerana adanya ko nsep perkongsian (tabarru') dan adanya "waiver" yang memastikan caruman anda diteruskan sekiranya ketika2 masalah ini datang. Maka Az nasihatkan anda memilih TAKAFUL bagi mendapatkan kesemua perlindungan di atas. Rancang masa depan yang bijak bukan hanya untuk diri sendiri, rancanglah masa depan untuk diri dan keluarga. 


Dah bersedia untuk memilih payung?? 

Jika YA dan perlukan nasihat..hubungi AZ. Insyaallah anda akan dibantu.
Terima kasih kerana membaca.

Semoga beroleh manfaat!

Maizatul
Az Advisor
​0126825197